Ramadan tiba lagi...

29 Jun 2014/Ahad

Hoi!Assalamualaikum...


Pertama sekali,aku nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat islam di muka bumi ini.Di sini,aku ingin memohon maaf atas salah dan silap tanpa aku sedari.Semoga kita diberikan kesihatan yang berpanjangan sepanjang kita berpuasa di bulan ini.Amin...

Nasiblah hari pertama berpuasa ni aku masih lagi di kampung.Ingat lagi aku masa pertama kali aku berpuasa di perantauan.Masa tu aku sem 1 and then pelajar junior lah kan kalau budak yang baru masuk ni.Duduk hostel jugak masa tu.Nak tahu apa menu berbuka puasa aku ngan kawan kawan aku masa tu?Ahahaha...bila aku kasih tayang gambar makanan nanti,mesti korang pun ndak percaya kan...

So,dengan senang hati yang senang aku akan uploudkan gambar nya sebentar lagi...




Ha,itu lah dia menu berbuka puasa aku ngan kengkawan aku masa 1nd time berpuasa di perantauan.Ye lah,first time datang kat tempat tu mana lah biasa.Masa tu aku ngan kawan aku ndak tau pun ada bazar dekat ngan hostel yang aku duduk dulu.Last-last masa nak cuti Hari Raya baru aku tau.

So,hari pertama puasa kali ini nasib aku memang baiklah sebab aku masih lagi berada di kampung and sedang menghabiskan cuti semester yang tinggal 4 hari lagi.End the end,selamat berpuasa  dan jangan sesekali ponteng puasa ya..:)..



Tps : Bina Semangat Semester Baru

26 Jun 2014/Khamis

Hoi!Assalamualaikum...

Apabila lama bercuti,mulalah perasaan malas timbul dan menebal dalam diri.Tambah pula bila dah lama korang merehatkan minda.Secara tiba-tiba sahaja,korang terpaksa menggunakan semula,Jangan panik,ada beberapa cara untuk naikkan semula semangat korang melangkah ke semester baru.

1.Hias Meja Belajar
*Berbulan lamanya korang bercuti pasti meja belajar penuh dengan habuk dan kekotoran .Apa kata seiring dengan semester baru ini,korang kemaskan meja belajar secantik yang mungkin menggunakan kreativiti korang.Nak lebih menarik,jangan lupa letakkan sekali gambar korang bersama keluarga atau teman-teman rapat di meja sekali ya!

2.Kata-kata Semangat
*Minta ibu bapa sentiasa mendoakan korang agar dapat memulakan langkah pembelajaran baru agar lebih bersemangat.Doa dan kata-kata daripada ibu bapa merupakan ubat paling mujarab bagi korang untuk berjaya.Minta mereka agar berikan korang galakan agar korang dapat memberikan keputusan yang terbaik setelah habis belajar kelak.

3.Cari Kawan
*Tentu pensyarah sudah memberikan tugasan secara berkumpulan kan?Jadi,apa kata korang senaraikan nama kawan-kawan sekelas yang boleh dijadikan pasangan korang dalam kumpulan tersebut agar kerja-kerja yang melibatkan kumpulan tersebut agar kerja-kerja yang melibatkan kumpulan ini berjalan dengan lancar.Ini kerana markah korang semua akan bergantung kepada kerjasama yang di lakukan sepanjang sesi semester itu.

4.Pasang Azam dan Motivasi
*Tanamkan dalam minda korang sikap optimis dan buang sikap malas sekiranya korang ingin berjaya dalam pelajaran.Sekiranya korang sentiasa memitivasikan diri dan berazam tinggi,segala kerja yang korang lakukan pasti berjaya tidak kira di mana sahaja korang berada.

5.Nota Ringkas
*Awal sesi pembelajaran,jangan saratkan otak dengan nota-nota yang berat.Buat nota ringkas agar otak korang dapat menerima input pelajaran secara perlahan-lahan.Kemas dan susun segala nota tidak diperlukan lagi.Atur strategi pembelajaran bersesuaian dengan jadual korang agar tidak bertindan dengan aktiviti lain.

Nuffnang...nuffnang...Apa masalah kau ni???

26 Jun 2014/Khamis

Hoi!!Assalamualaikum...

Eeeeeee,napa ngan Nuffnang aku ni erk?Apa masalah dia ni?Lepas dia bagi aku SPONSOR POST,earning Nuffnang aku tak naik lagi sampai lah sekarang.Kenapa tu erk?

Adakah mungkin kerana TRAFFIC BLOG aku?

Sesiapa yang dapat tolong aku pasal Nuffnang ni,tolonglah yerr...

Tips : 7 Cara Halus Tegur Kesalahan Orang

25 Jun 2014/Jumaat

Hoi!Assalamualaikum...

Menegur keselahan orang memanglah sesuatu yang mudah namun ia sebenarnya tidaklah semudah yang dijangka.

Walaupun individu itu melakukan kesalahan korang tidak seharusnya memalukannya apatah lagi melukai perasaannya.Ada cara yang lebih sesuai untuk menegur kesalahannya selain dari terus membebel dan menegur.

Kalau tidak,korang sendiri harus ditegur dan sama seperti individu yang melakukan kesalahan.Jadi,jom ketahui 7 cara menegur kesalahan orang lain dengan cara yang halus dan tidak memalukan diri.

1.Tegur Secara Lembut
  • Tak perlu berkasar,tegur sahaja dengan cara yang lembut.Jika tak apalah maknanya teguran kamu itu.Mana tidaknya,jika hinaan lebih banyak dari teguran itu bukan nasihat tetapi itu lebih ke arah memalukan.
2.Di Tempat Yang Tersorok
  • Tempat awam,hadapan khalayak ramai dan tempat-tempat yang boleh di lihat oleh orang lain selain dari korang berdua adalah tempat yang paling tidak sesuai untuk korang menegur.Sebaiknya pilihlah tempat yang lebih privasi dan tersorok.Ini kerana mungkin niat korang untuk menegur tetapi bila di lokasi yang salah ia bertukar seperti cuba menjatuhkan dan memalukan.
3.Double Meaning
  • Jika korang ingin menegur individu yang sensitif,gunalah perkataan atau ayat yang mempunyai maksud tersirat.Contoh,jika si dia pakai pakaian yang terlalu terdedah,jangan terus kata "kau pakai seksi ni kau tak takut mati ke?".Sebaliknya,cuba guna ayat seperti "kan lebih bagus jika kamu pakai pakaianyang labuh sedikit...yelah tau jelah mata-mata orang zaman sekarang.Takut mengundang bahaya pula kan."Walaupun tidak terlalu direct sekurang-kurangnya si dia tahu pakaiannya itu tidak patut dipakai.Bukankah begitu?
4.Jangan Guna Perkataan Yang Kasar
  • Jangan jatuhkan standart korang dengan melemparkan kata-kata yang kesat dan kasar.Ingat,jika korang sebut sahaja perkataan-perkataan yang memalukan itu bukannya si dia yang malu tetapi korang sendiri yang memalukan diri kerana berperilaku seperti orang tidak berpelajaran dan tidak di ajar untuk bersopan.
5.Jangan Terlalu Jujur
  • Ya.Jujur itu perlu dan sangat di sarankan.Tetapi bagaimana jika kejujuran korang itu mampu membuatkan individu yang ditegur itu terluka dan berkecil hati?Jadi,sebaiknya fikir sebelum bercakap.Jika ia boleh mengundang air mata baik korang tukar dengan sesuatu yang lebih sedap untuk didengari tetapi mempunyai maksud yang sama.
6.Sertakan Contoh
  • Setiap yang ingin korang sampaikan pastikan berserta contoh.Contohnya,korang sedang menasihati adik-beradik yang sedang bergaduh,pilihlah kisah tauladan seperti "Kisah Si Adik Yang Derhaka" atau apa sahaja yang boleh dijadikan contoh agar si dia lebih memahami apa yang ingin korang sampaikan dan secara tak langusng menyedarkan si dia.Jika cerita itu hanya rekaan pun tidak menjadi masalah asalkan mempunyai mesej yang tepat,jelas,mudah difahami dan logik.
7.Dengar Dua Pihak Dahulu dan Jangan Buat Konklusi
  • Jika korang sedang menasihati orang yang sedang bergaduh,elakkan daripada membuatkan konklusi sendiri.Malah jangan hanya mendengar sebelah pihak sahaja.Perkara ini akan menunjukkan korang seorang individu yang berat sebelah dan bukanlah pendengar yang baik.

Segmen I Love Nuffnang by Dunia Sebenar Shida

22 Jun 2014/Ahad



Hoi!Assalamualaikum...

Hari ni aku dengan semangatnya ingin menyertai satu segmen yang di anjurkan oleh blogger Dunia Sebenar Shida sebab ini pertama kali nya aku join segmen bersama Nuffnang a.k.a Segmen I Love Nuffnang by Dunia Sebenar Shida.

Syarat?Mula-mula tu,memang lah susah tapi bila baca balik-balik syarat-syarat nak join segmen ni,tak lah sesusah mana pun.Korang cuma usaha jer..Macam aku,mula-mula aku memang cakap syarat yang Shida buat ni susah tapi bila dah baca sampai faham,jadi senang pula.

Pengalaman aku bersama Nuffnang ni,ermm...Nuffnang memang tak pernah mengecewakan lah pihak pengguna.Nuffnang ni sangat-sangat jujur tau.So,apa pun..I LIKE NUFFNANG..

Tarik tutup segmen ni ialah pada 28 Jun 2014/Sabtu.

So,kalau korang nak join korang tekanlah cepat-cepat banner kat atas tu..:P..

Tips : 4 Jenis sahabat yang harus di jauhi

20 Jun 2014/Jumaat

Hoi!Assalamualaikum...

Dalam persahabatan korang akan berjumpa dengan macam-macam jenis sahabat.Ada yang baik dan ada yang sebaliknya.Ya,memang sukar untuk kita nilai hati mereka kerana adakalanya tidak semua yang kita sangkakan benar-benar terjadi.Betul tak?

But,kata orang,bila kita dah kenal siapa kawan kita,kita akan tahu sikap sebenar si dia.Masa itu lah kita harus bijak memilih jenis sahabat yang sesuai kita jalinkan bersamanya.

Oleh itu,ketahuilah 4 jenis sahabat yang harus korang jauhi:

1.Si Pengatur Hidup
>Kawan seperti ini akan membuatkan kamu rasa dikawal dan di kongkong.Individu seperti ini tidak boleh melihat kamu lebih daripadanya.Bila bergaduh,golongan ini akan menjadi individu yang paling mempunyai ego yang tinggi.

Cadangan
>Jangan sesekali cuba berbalah dengan mereka.Tiada gunanya kerana mereka sukar menerima kekalahan.Sebaiknya cuba cari jalan untuk mengatakan tidak pada sesuatu yang korang tidak setuju.Beritahu padanya korang juga ada pendirian hidup.Korang berhak membuat keputusan dalam hidup. 

2.Profesor Serba Tahu
>Ceritalah tentang apa saja,pasti si dia tahu juga.Individu seperti ini seorang yang bersifat angkuh.Dia akan sentiasa cuba tunjukkan kebodohan korang dan menampakkan dia pintar dan berpengalaman.Hati-hati,silap hari bulan si dia sentiasa ada cara untuk malukan korang.

Cadangan
>"dengar boleh,percaya jangan!".Buat-buatlah setuju kemudian ubah topik dengan segera supaya korang kelihatan tidak berminat mendengar cerita kosongnya itu.Lama-kelamaan,si dia pasti akan sedar dengan kelemahannya.

3.Si Pengeluh
>Kerjanya asyik mengeluh sahaja.Baik cerita kawan-kawan,musuh,makanan,bar dan apa sahaja yang boleh dijadikan bahan si dia akan sentiasa mengeluh.Sekali sekala memang simpati tapi lama-kelamaan ia akan membuatkan korang penat dan lebih mendengar keluhannya.

Cadangan
>Jangan mulakan perbualan dengannya dan jangan mudah bersimpati dengannya.Jika ia berlebihan dengan tegas tegur si dia dan katakan keluhannya itu agak berlebihan.

4.Si Talam Dua Muka
>Golongan ini sangat pandai berlakon dan pura-pura.Di depan bukan main si dia bercakap,segalanya baik sahaja.Sekali di belakang,dialah musuh pertama kita.Siap bercerita buruk tentang kita lagi.Lagi menyakitkan tanpa bersalah dia cerita segala rahsia kita pada orang lain.

Cadangan
>Jangan sesekali bercerita tentang rahsia atau maklumat sulit padanya.Elakkan keluar berdua duaan dengan si dia.Golongan seperti ini korang tidak boleh meletakkan kepercayaan 100% kerana tidak semua yang dia katakan benar dan ikhlas. 

Sedikit sebanyak pesanan dari Nuffnang

19 Jun 2014/Khamis

Hoi!Assalamualaikum...

Kelmarin petang,masa aku bukak email aku,aku dapat email dari Nuffnang dan dalam email tersebut,Nuffnang bagi nasihat.tips dan sedikit tutorial pada aku dan juga untuk blog aku

So,dengan hati yang ikhlas ini aku akan kongsikan apa nasihat yang aku dapat dari Nuffnang.

Silalah baca...jemput baca...:)..

1.Anda boleh terus menghasilkan kandungan yang berkualiti supaya dapat menarik lebih banyak pembaca dan mengukuhkan demografi belog anda.Dengan ini,belog anda juga berpeluang dipilih oleh pihak pengiklan untuk kempen-kempen yang boleh menjana pendapatan selagi belog anda dikemaskini dari semasa ke semasa.

        Selain itu,kajian selidik (survey) membenarkan pihak pengiklan untuk mengenali belog anda dengan lebih teliti.Dengan ini,pihak pengiklan akan tahu sama ada belog anda sesuai untuk kempen mereka atau tidak.Oleh itu,anda dinasihatkan untuk memastikan bahawa kaji selidik belog anda dikemaskini dari semasa ke semasa.

1.Trafik belog anda merupakan salah satu faktor yang menarik pihak pengiklan supaya memilih belog anda untuk menerima kempen -kempen.Selain itu,anda juga boleh memastikan supaya semua unit iklan diletakkan dengan optimum.

       Kami mendapati bahawa anda tidak mempunyai unit iklan Large Rectangle yang sepatutnya diletakkan selepas blog post pertama anda.Unit iklan anda tidak dapat diletakkan di tempat optimum akan menjejaskan keputusan pengiklan untuk memilih belog anda kerana terdapat banyak belog lain dalam rangkaian kami yang mempunyai iklan yang ditempatkan secara berkesan.

      Untuk memasukkan unit iklan Large Rectangle,anda boleh mendapatkan kodnya dalam halaman "Add Ad" selepas anda login ke dalam akaun Nuffnang anda.Selepas itu,anda login ke dalam akaun Blogger.com dan mencari laman "Edit HTML" lalu mencari kod </b : if> atau </b : loop>.Letakkan kod unit iklan Large Rectangle di antara kedua-dua kod itu dan "save" template itu.Unit iklan Large Rectangle itu akan muncul di bawah post pertama belog anda.

So,itulah nasihat,tips dan sedikit tutorial dari Nuffnang yang aku dapat dan untuk pengetahuan pihak Nuffnang,aku sudah pun meletakkan iklan Large Rectangle di blog aku.

Terima kasih kepada pihak Nuffnang atas tunjuk ajar yang telah engkau berikan kepada ku..(cewahhh!!)

GA Mini Popia Ikan Bilis Nurul Yui

18 Jun 2014/Rabu

Hoi!Assalamualaikum...

Hari ni,bukan kemain semangat lagi aku nak join satu GA yang terbaru.Nak tahu apa Ga terbaru yang aku maksudkan?Korang just klik gambar di bawah ni.

Klik...Jangan tak klik!!
nurul yui punya ga

Syarat no 1 dah ikut.Sekarang,nak ikut syarat no 2 pula.Syarat nya berbunyi begini...

Saya nak Mini Popia Ikan Bilis Nurul Yui kerana saya teringin sekali ingin mencuba rasa ikan bilis tersebut hasil tangan dari Nurul Yui dan mak nya.Dari dulu lagi,saya ingin mencuba ikan bilis tersebut tapi tidak berkesempatan akibat kekangan masa.

Okehh!!Semua syarat dah ikut.Senang jak pon syarat nya.Tidak susah.Okehh!!So,korang yang free tu sudi sudi lah join Ga ni untuk memeriahkan Ga dari blogger yui..


Allah hadirkan seseorang itu sekejap sahaja

17 Jun 2014/Selasa

Hoi!Assalamualaikum...

Bosan punya pasal,aku buka you tube and then search Ustaz Kazim Elias punya ceramah.Lepas tu,terjumpalah aku satu tajuk ceramah dari Ustaz Kazim Elias yang sangat menarik iaitu Allah S.W.T. hadirkan seseorang itu ekejap sahaja.Best ceramahnya.Dan akan ku kongsikan sedikit ceramah itu di blog aku ni...

Di bawah ini adalah petikan yang aku ambil dari ceramah Ustaz Kazim Elias...

Kita kena ingat bahawa pada usia kita 41 hari,kita menjadi air,kemudian 40 hari kita menjadi segumpal darah,40 hari kita menjadi seketul daging kemudian bila cukup seketul daging 40,40,40 itu...4 bulan itu,kita di dalam perut ibu kita Allah meniupkan roh.Bila malaikat meniupkan roh atas perintah Allah S.W.T.,malaikat bertanya kepada Allah S.W.T.,pergi ke Luth Mahfuz,catit apa yang ada sehinggalah benda kecik pun dicatit oleh para malaikat termasuklah isu jodoh.Jadi,kalau kita dah sayang seseorang tiba-tiba menjadi suami kita,isteri kita dan sebagainya itu adalah ketentuan tuhan.Jodoh Allah S.W.T. memang orang yang baik dai akan gantikan yang lebih baik daripada itu.Itu lah kenyataannya...

By,
Ustaz Kazim Elias.

Rezeki Bulan Jun 1# : Menang dalam Mrs Erry 2nd Giveaway...

17 Jun 2014/Selasa

Hoi!Assalamualaikum...

Alhamdulillah..Rezeki bulan Jun...Ini adalah rezeki pertama yang aku dapat setelah aku join Mrs Erry 2nd Giveaway ari tu...Link penyertaan >>>Mrs Erry 2nd Giveaway.

Dan,dalam senarai pemenang tu,aku dapat hadiah topup...



Dan..aku dah bagi semua detail pasal aku pada sponsor hadiah and topup nya pun dah sampai tadi pagi...Terima kasih yerr SPONSOR YANA...

Kalau Dah Jodoh...What Is CINTA???

15 Jun 2014/Ahad

Hoi!!Assalamualaikum...

1.Maksud Cinta??
*Cinta itu dua hati jadi satu.Dua hati jadi satu.Dua orang hatinya satu.Itulah namanya cinta.

RASA CINTA PASTI ADA PADA MAKHLUK YANG BERNYAWA SEJAK LAMA HINGGA KINI TETAP SUCI DAN ABADI TAKKAN HILANG SELAMANYA...

*Bimbing cinta agar menjadi baik.
*Cinta mesti bersih.
*Cinta mesti murni.
*Cinta jangan dicemari dengan perbuatan dosa.
*Cinta itu berakhir dengan perkahwinan yang baik tetapi cinta juga sebenarnya ialah tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan.
*Cinta tidak semestinya berakhir di atas pelamin.
*Cinta tidak semestinya berakhir dengan dendam.
*Cinta harus dipertahankan walaupun badai melanda,gelora mendatang.
*Cinta yang benar datang dari keredhaan orang tua.

By...
Ustaz Kazim Elias...

Adab Islam = Hati-hati Dengan Munafiqun

15 Jun 2014/Ahad

Assalamualaikum...
Kalau tak jawab dosa...
Kalau jawab korang awesome...

Secara kasar,dia kelihatan sungguh baik budi pekerti sehingga tidak Nampak sebarang keburukan yang dilakukan.Namun begitu,disebalik kebaikan budi pekertinya itu,terselindung sifat buruk di dalam dirinya.Ini merupakan cirri-ciri seorang munafik.

       Korang tahu apa itu munafik?Orang munafik ini adalah orang yang menunjukkan kebaikannya tetapi menyembunyikan kejahatan diri.Tindakan bijak ini mampu disembunyikaan daripada mata manusia tetapi tidak di mata Allah S.W.T.Apakah ciri-ciri orang Islam yang munafik?

Ciri-ciri orang Islam yang munafik ialah =

1.Melakukan Kebinasaan
Ø     Perkara yang haram dihalalkan dengan alasan untuk kebaikan masyarakat.Itu antara motif biasa manusia zaman sekarang.Bumi ditarah ibarat manusia tiada lagi perikemanusiaan semata-mata mengejar kesenangan dunia.Riba berleluasa kerana tamakkan harta yang hanya pinjaman dari Allah.

2.Menuduh Orang Lain
Ø     Kekayaan dan kekuasaan yang diniliki seseorang merupakan salah satu ujian Allah yang perlu lulus sebaiknya.Dek kerana nafsu,kedua-dua ini boleh melangkaui batas.Sebab itu terjadinya pentingkan diri sendiri,tidak mahu mengikut ajaran Allah dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.Mereka hanya percaya pada logic akal sedangkan ilmu yang diperolehi sebenarnya datang dari Yang Maha Esa.

3.Malas Beribadah
Ø     Solat hanya mengambil masa lima minit sahaja manakala puasa hanya sebulan dalam setahun.Itu pun menjadi kesusahan kepada umat Islam yang malas menunaikan ibadah dengan alasan tidak cukup masa melakukan pekerjaan di dunia.Hartanya juga dilaburkan ke jalan yang tidak elok daripada bersedekah kepada mereka yang memerlukan.



4.Pertikaikan Hukum Allah
Ø     Golongan munafik berlagak seperti orang Islam,tetapi berdolak-dalik melakukan hokum Allah dan ajaran Rasul.Mereka tahu apa yang diwajibkan,tetapi tidak pernah memenuhi tuntutan Islam itu sendiri.Ketika senang mereka langsung lupa pada Yang Maha Pencipta,tetapi mereka seolah-olah menyesal apabila ditimpa kesusahan.

5.Mengejar Habuan Dunia
Ø     Sebelum melaksanakan tugas,orang-orang munafik akan apakah aka nada balasannya?Sama ada deri segi wang ringgit atau pun kebendaan yang lain.Hilang rasa ikhlas kerana berfikir pengorbanan harta benda dan tenaganya tidak berbaloi.Pelbagai alasan diberikan jika ia hanya membawa keuntungan ke akhirat.

6.Menghina Kebenaran
Ø     Kadang-kadang,kebenaran itu terpampang di depan mata tetapi orang yang munafik tidak mengakuinya.Pelbagai alasan yang diberikan supaya tidak mahu menerimanya.Mereka lebih suka mengikut kata hati dan membuat hokum sendiri sesuai dengan kehendak nafsu kejahatan.Jauhkan diri korang dari golongan ini!

PANAS HATI...

KENYANG MAKAN NASI SAMA MAKAN DALAM HARI INI...SEMUANYA KERANA KAU!!

Tips Sahabat = Sahabat Sejati...Secebis Nasihat Imam Syafie...

13 Jun 2014/Jumaat

Assalamualaikum...
Kalau tak jawab dosa...
Kalau jawab korang awesome...

Kita adalah sahabat kepada seorang sahabat.Begitu juga sebaliknya.Sunyilah hidup ini tanpa seorang sahabat.Ada kalanya,sahabatlah orang pertama yang ditemui untuk berkongsi segala rasa suka dan duka.

1.Sahabat yang baik
     “Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku,seakan-akan aku mencintai sanak-saudaraku.Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka.Jika itu aku dapatkan,aku berjanji akan selalu setia padanya.”

2.Mencari sahabat setia dalam duka
      “Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka.Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka-duka.Kalau suka melanda,aku sering bertanya.Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?Di kala aku senang,sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati,namun giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.”

3.Menghadapi musuh
      “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki,hatiku lega,jiwaku bebas dari bara permusuhan.Ketika musuhku lewat dihadapanku,aku sentiasa menghormatinya.Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.Aku tampakkan keramahanku,kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci,sebagaimana kutampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul apabila kita mendekati mereka.Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.”

4.Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang yang jahat
     “Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa,lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.Duduk bersendirian untuk beribadah dengan tenang adalah kebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti aku berwaspada.”


5.Pasang Surut Persahabatan
      “Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.Namun,ketika musibah menimpaku,kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan.Jika hidupku berlumuran kebahagiaan,banyak orang iri hati,jika hidupku berselimut derita mereka bersorak-sorai.”

6.Rosaknya keperibadian seseorang
      “Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan.Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka,bersikaplah bagai apai yang dapat membakar duri-duri itu.

7.Tempat menggantungkan harapan
       “Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia,maka dekatlah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.Hanya orang yang jiwa mulia yang dapat menjaga nama baik ketika hidup mahupun setelah mati.”

Psikologi = Virus Murung Hati...Jangan Sampai Makan Diri!

06 June 2014/Jumaat

Assalamualaikum...
Kalau tak jawab dosa...
Kalau Jawab Korang awesome...

Jangan Sampai Makan Diri!
"Arghhhh!!!Tertekannya...Kenapa mesti macam ni?Aku benci semua orang!Benci!!!Lebih baik aku sendiri dari berhadapan dengan mereka".














Akibat mengalami tekanan hidup yang melampau,ia menyebabkan kamu menjadi individu yang tersisih.Kamu lebih selesa andai terasing daripada dikelilingi teman.Pada masa yang sama,kamu juga sering hilang fokus dan sentiasa moody.Mana tahu ada simptom kemurunguan hati?

Tanda-Tanda Awal : 

1.Lembap
        Jika sebelum ini kamu sangat efisyen terhadap kerja atau tugasan kolej,namun secara drastik,tahap keyakinan kualiti kerja kamu makin berkurangan dan kamu juga lembap di dalam menyiapkan sesuatu.Pasti ada sesuatu yang berlaku yang menyebabkan masalah ini terjadi.

2.Moody
          Cepat terasa dan sensitif terhadap perkara biarpun dalam hal remeh.Bila kamu mudah sentap,mulalah kamu bermasam muka dan menjauhkan diri dengan orang lain.

3.Hilang Minat
          Selalunya kamu minat dengan aktiviti lasak,contohnya mendaki gunung atau sukan-sukan ekstrem,tapi sejak dua menjak ini,kamu tidak lagi berminat untuk melakukan hobi tersebut.Kamu malas dan menganggap sukan itu terlalu membosankan dan hanya buang masa!

4.Perubahan Fizikal
         Paling ketara,bila fizikal kamu mulai berubah.Berat badan kamu mulai susut dan penampilan kamu juga seakan tidak kena gaya.Perubahan drastik ini memberi impak besar dalam diri.

5.Hubungan Renggang
     Siapa sangka hubungan baik yang dulunya bukan main rapat,tiba-tiba jadi sebaliknya.Wujud pertengkaran dan perselisihan faham antara kamu dan keluarga,sahabat dan kekasih hati.Keadaan ini membimbangkan semua orang yang mengenali kamu.

6.Sering Jatuh Sakit
          Kamu kerap mengalami masalah sakit kepala,muntah,gastrik dan sebagainya.Dalam sebulan,pasti ada saja penyakit yang menyerang.Kamu juga kelihatan lemah dan tidak bermaya.

7.Tidur Terganggu
        Kerana kerap melakukan aktiviti pada waktu malam,ia seharusnya akan memberi refleksi kepada kualiti tidur kamu dan sekali gus membuatkan kamu bangun lambat sama ada untuk ke pejabat ataupun kuliah.

8.Fikiran Negatif
         Beranggapan bahawa diri tidak berguna dan sering memikirkan kematian.Kamu selalu merasakan bahawa orang sekelilingmu tidak memerlukan kamu lagi.

9.Mengkritik Diri
          Selalu beranggapan bahawa kamu seorang yang punya banyak kekurangan.Ada saja benda yang kamu tidak puas hati dengan kebolehan diri.Kamu paling tidak suka bila orang lain mempersoalkan kebolehan dan mengkritik kamu sesuka hati.Langkah mudah,kamu cepat terasa hati dan mula meminggirkan diri.

10.Prestasi Menurun
     Kamu boleh dikatakan antara pelajar cemerlang di sekolah mahupun di kolej.Setiap kali peperiksaan,kamu pasti mendapat markah tertinggi antara yang lain.Tapi sejak akhir-akhir ini,kelihatan graf kecemerlangan kamu semakin menurun dan menurun.Mengapa jadi begini?Wake up girls!

Singkirkan Fikiran Hal Negatif:

1.Hentikan Fikiran Hal Negatif.
       Bila tertekan,kamu selalu menyalahkan diri dan menyakiti diri sendiri.Sedangkan kamu tahu semua itu bukan berpunca daripada kamu.Kamu perlu sedar,apa yang berlaku tidak boleh diubah lagi.Sebaliknya,cuba perbaiki dan selesaikan hal yang berlaku dengan berbincang.

2.Usah Bersendirian.
        Jika kamu takut atau boleh nak kawal diri,jangan sesekali duduk bersendirian.Maksudnya,kamu kena selalu berhibur bersama keluarga mahupun teman.Paling tidak pun,isi masa terluang itu dengan menonton filem kegemaranmu.Mudah bukan?

3.Minta Nasihat @ Pandangan.
     Mohon pertolongan atau nasihat dari individu terlatih seperti kaunselor untuk mengatasi masalah kamu.Belajar untuk meluahkan sesuatu perkara itu walaupun pahit untuk ditelan.Kamu perlu buang segala benda buruk yang terbuku dihatimu itu.Jangan pendam!

4.Beri Ruang Pada Diri
         Sebelum membuat apa-apa keputusan,pastikan kamu berfikir terlebih dahulu.Ambil masa sekurang-kurangnya dua atau empat hari.Cara ini boleh membuatkan kamu berfikir sama ada tindakan tersebut wajar atau sebaliknya.Jika perlu,luahkan pada sesiapa saja yang kamu rapat,biar terhapus segala rasa tidak enak dalam diri.

Happy reading dan selamat memcuba!

X-Tra = Cantik + Tak Cerdik = 'Miss Bimbo'...Itu Kamu @ Tidak?

06 June 2014/Jumaat

Assalamualaikum...
Kalau tak jawab dosa...
Kalau jawab korang awesome...

"Muka jer cantik,tapi otak letak kat lutut.Tak bijak langsung dalam menyelesaikan sesuatu perkara.Buat malu jer!"

     Pasti ramai di antara korang yang pernah dengar perkataan 'bimbo'.Apabila bercakap mengenainya,hal tersebut lebih terarah kepada gadis yang tidak berapa cerdik,tetapi memiliki fizikal yang cantik.Benarkah?Jom intai apa yang dimaksudkan dengan 'bimbo'.

Apa Itu 'Bimbo'?
     Bimbo ialah perkataan slanga Bahasa Inggeris yang membawa maksud 'perempuan yang cantik dan menarik tapi kurang daya pemikirannya.'Antara perkataan yang membawa maksud yang sama termasuklah 'dumb blond' dan 'valley girl'.Perkataan slanga ini asalnya digunakan di Amerika Syarikat pada awal tahun 1919 untuk melebel lelaki yang agak kasar dan kurang pandai.

       Manakala pada tahun 1920,perkataan tersebut mula digunakan terhadap perempuan apabila beberapa filem dan lagu pada masa itu mula meletakkan stereotaip 'bimbo' pada jantina yang berlainan.Frank Cumit misalnya,seorang komposer lagu pada tahun 1920 telah menulis sebuah lagu bertajuk My Little Bimbo Down yang mengisahkan seorang gadis pulau yang kurang bijak.

       Filem senyap yang berjudul Desert Night yang dibuat pada tahun 1929 pula melebel seorang penjenayah perempuan yang juga kurang bijak sebagai 'bimbo'.Akhirnya,perkataan tersebut secara rasminya dikhaskan untuk perempuan pada tahun 1929 apabila perkataan itu telah dimasukkan ke dalam kamus Oxford dan hanya dikhaskan untuk perempuan sahaja.

Bagaimana Mahu Kenali Bimbo?
Jika korang ingin mengenali seseorang itu bimbo atau sebaliknya,biasanya si bimbo akan...
  • Selalunya mereka akan ketawa dengan suara yang nyaring dan dengan cara yang mereka fikirkan comel di mata orang lain bila ada yang memanggil mereka bimbo.Mereka akan ucapkan terima kasih pada korang sebab mereka fikir perkataan bombo itu merupakan satu pujian!
  • Mereka sangat suka menyanyi!Tapi sayangnya suara mereka tidak selunak yang mereka sangka.Tidak pelik kalau korang dengar mereka menyanyi dengan lirik yang salah sebab mereka memang suka mengubah lagu yang mereka nyanyikan atau mereka hanya sekadar ingin menunjuk-nunjuk yang mereka tahu lagu yang mereka nyanyikan.
  • Matematik bukan subjek yang sesuai untuk mereka.Mereka mungkin akan mengambil masa 30 minit untuk menyelesaikan satu masalah Matematik mudah dan menulis jawapan mereka dengan pen merah jambu.
  • Mereka boleh dilabel sebagai gadis yang 'drama queen'!Mereka mungkin akan menangis tiba-tiba dengan perkara mudah.Contohnya,kalau kuku mereka patah atau ada jerawat di wajah mereka atau mereka tak jumpa kasut yang berpadanan dengan baju yang mereka akan pakai.
  • Mereka akan tengok cermin setiap 5 saat,jika ramburt mereka okay atau tidak setiap 7 saat dan pergi ke tandas setiap 10 minit untuk menambah solekan.Mereka akan menghabiskan masa paling kurang 20 minit di dalam tandas sambil membetulkan rambut dan pakaian mereka sebelum mereka berpuas hati dan keluar semula dari situ.
Status Bimbo & Selebriti
        Pada masa sama,gelaran tersebut turut terpalit dengan beberapa selebriti popular dunia kerana gaya hidup dari kisah seni mereka.Meskipun tiada laporan atau rujukan khusus mengenai perkara tersebut,namun ada pihak yang memberi telahan bahawa mereka dicop sebagai artis yang bimbo kerana sering terlibat dengan hal yang tidak masuk akal.

Miss Bimbo
Paris Hilton.

         Selebriti ini cukup terkenal dengan gaya hidup mewah dan penampilannya yang menarik.Tapi bukan itu sahaja,Paris juga terkenal dengan perangai buruk yang dimilikinya.Pernah ditahan oleh polis kerana memandu dalam pengaruh alkohol dan menggemparkan Hollywood dengan skandal video seks yang dirakam sendiri,selebriti ini dilabel sebagai selebriti bimbo oleh kebanyakan penerbit dan media di Hollywood.













miss bimbo
Lindsay Lohan
        
        Cukup dikenali sebagai pelakon kanak-kanak yang menyinar namun banyak pula masalah yang ditimbulkannya apabila menginjak dewasa.Hingga kini,Lindsay bukan sahaja dikenali sebagai artis yang berbakat,tetapi juga sebagai artis yang banyak menimbulkan masalah walaupun sudah keluar daripada pusat pemulihan.







Miss Bimbo
Nicole Richie

        Selebriti ini bukan sahaja cantik dan popular,malah merupakan teman baik Paris Hilton dalam siri program TV berjudul The Simple Life.Juga pernah ditahan polis atas dakwaan penyalahgunaan dadah dan memandu di bawah pengaruh alkohol,selebriti ini memang banyak timbulkan masalah suatu ketika dahulu.













Paparan Watak Bimbo Dalam Filem
        Di samping itu,watak sedemikian juga sering diketengahkan dalam filem sebagai antara satu cara untuk mewarnai perjalanan sesuatu filem.Biasanya,watak tersebut diwujudkan di kalangan sekumpulan pelajar di kolej.Contoh-contoh filem tersebut ialah She's The Man,House Bunny MeanGirls dan banyak lagi.


Peria baik untuk penghidap kencing manis

05 June 2014/Selasa


Assalamualaikum...
Kalau tak jawab dosa...
Kalau jawab Sayang...



Apabila bercerita tentang buah peria pastinya ramai yang tidak menyukainya terutamanya golongan muda-mudi sekarang.

Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia, adalah antara sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden. 

Meskipun rasanya yang pahit tidak digemari ramai, namun ia mempunyai banyak kebaikan. Antaranya khasiatnya ialah protein, lemak mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium. 

Peria ini juga bagus untuk mereka yang mengidap penyakit kencing manis, ini kerana peria elok diamalkan pengambilannya setiap hari kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah. 

Ia juga sesuai dijadikan jus minuman harian terutamanya sebelum sarapan.

Campak bayi dalam gaung

05 June 2014/Selasa

Assalamualaikum...
Kalau tak jawab dosa...
Kalau jawab korang awesome..

Shah Alam: Seorang dalang agensi pembantu rumah haram dikesan memandu kereta sejauh lebih 80 kilometer sebelum mencampak mayat bayi lelaki ke dalam gaung sedalam lebih 70 meter di kilometer (KM) 3.2 Jalan Genting Highlands, Pahang, Sabtu lalu.
Dia yang berusia 41 tahun disyaki membungkus mayat bayi terbabit menggunakan plastik sebelum menyumbatkannya ke dalam beg pakaian bagi mengelakkan mangsa ditemui.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, perbuatan suspek terbongkar selepas polis menerima aduan daripada ibu mangsa berusia 33 tahun berhubung kehilangan bayi lelakinya itu yang sudah berusia enam bulan.
Menurutnya, mangsa mendakwa bayi itu hasil perbuatan terkutuk seorang daripada rakan suspek yang merogolnya, Mac tahun lalu.
Kehilangan bayi itu hanya disedari Sabtu lalu apabila ibu mangsa menerima panggilan rakan serumahnya mendakwa anaknya sudah meninggal dunia. Dia menghubungi suspek untuk menanyakan keadaan bayinya itu, namun suspek mendakwa sudah menyerahkan kepada individu lain.

Amy Search Sudah Nasihat Nabila Huda

05 June 2014/Selasa

Assalamualaikum...
Kalau tak jawab dosa...
Kalau jawab korang awesome..

Perhubungan keluarga


Sebelum ini pernah kedengaran,hubungan anak-beranak Amy Search dan Nabila Huda tidak begitu baik kerana Amy dikatakan terasa hati dengan sikap Nabila.Bagaimanapun,baik Amy mahupun Nabila tidak pernah mengulas lanjut setiap kali diajukan soalan berhubung dengan perkara itu.

Ketika ditemui di Klinik Pakar Ko, Klang, Selangor pada Selasa, Amy sekali enggan mengulas lanjut. Lelaki berusia 56 tahun hanya memberikan jawapan ringkas dengan memberitahu hubungannya dengan Nabila  baik-baik sahaja.
Ketika diminta mengulas tentang penampilan Nabila atau panggilan mesranya Abil yang semakin seksi sehingga dinobatkan sebagai Selebriti Wanita Paling Seksi , Anugerah Stail Eh! 2014, penyanyi rock ini dilhat agak kurang selesa. Bagaimanapun, dia tetap memberi komen.

“Sebagai seorang bapa, sudah tentu saya ada menegur dia. Tetapi segala tindakan dia adalah tanggungjawab dia sendiri. Saya hanya boleh menasihati,” ujar Amy.
Berbicara tentang karier seninya, penyanyi ini berkongsi  yang dia bakal muncul dengan album solo dalam sedikit masa lagi. Jelas Amy, dia sememangnya menanti-nantikan kehadiran album solo ini memandangkan sudah 13 tahun dia tidak muncul dengan buah tangan terbaru.

“Saya harap album solo ini boleh dilancarkan sebelum hujung tahun ini.  Sekarang kita dalam proses memilih lagu untuk dirakamkan. Saya pilih untuk bekerjasama dengan M.Nasir kerana percaya dengan kemampuan dia. Mungkin kita akan muatkan lapan buah lagu untuk album solo ini. Tapi semuanya masih belum muktamad.  Selain itu, saya juga akan berduet dengan Judika untuk sebuah lagu,” ujar Amy berkongsi cerita.

Tambah pelantun lagu ‘Isabella’ ini lagi, dia menjanjikan sebuah album yang segar dan berbeza dengan album yang pernah dihasilkan sebelum ini. Ini kerana dia mahu menampilkan muzik yang seiring dengan situasi muzik terkini.

“Album solo saya itu nanti lain daripada lain. Saya suka bereksperimen untuk menghasilkan sesuatu yang berbeza. Apa yang boleh saya katakan, album ini lebih segar, bertenaga dan sesuai dengan citarasa peminat muzik ketika ini. Saya harap album ini boleh menjadi satu naskah yang menampilkan sisi saya  yang berbeza ,” ujar Amy teruja.

Entry Trowback : Sem 2 Lebih Mencabar Dari Sem 1

02 June 2014

Assalamualaikum...
Kalau tak jawab dosa...
Kalau jawab korang awesome...

Setelah sebulan lebih aku bercuti,baru hari ni aku bercerita pasal kehidupan aku masa sem 2 dulu..huh!!punya basi sudah entry ni..hahahaha...Aku ada alasan lah napa aku lambat update entry macam ni..

Masa aku study dalam sem 2 ni,aku rasa sem 2 ni mencabar juga ya dari sem 1.Serious!!Memang mencabar sangat-sangat time sem 2 ni.Banyak betul assigmment yang di kasih dan assigment kumpulan yang ingin dibentang.

Subject yang paling membunuh A.K.A killer dalam sem 2 ni ialah subject LUKISAN SIVIL & STRUKTUR 1.Gila!!Memang mencabarlah.Sampai 1 malam ndak boleh tidur selagi lukisan tu ndak siap.Mula-mula tu ok lagi kena suruh lukis 2 lukisan jerr..

Korang tengok lah lukisan pelan rumah yang first aku lukis...


Tapi gambar kat atas tu belum siap lagi.Tinggal mau lukis bingkai je guna pen.And,ada satu lagi lukisan yang akan terkeluar di blog aku dalam bebeapa saat lagi...


Tadaaa...Itu dia...Hehe...yang ni pun sama juga bingkai nya belum siap lagi di lukis...Biarpun korang nampak gambar kedua sama jer ngan gambar first tu,tapi skala dia berbeza tau.Bukan suka-suka hati kami jerr lukis ni pelan.Susah tu memang lah susah tapi bila kita usaha & tawakal ianya akan menjadi lebih mudah.Bukan kah begitu?

Mula-mula,kena suruh buat 2 lukisan.Lepas tu kena suruh buat 6 lukisan.Yang last sekali pula kena suruh buat 10 lukisan pelan rumah.Asal korang nak tahu,yang 7 lukisan tu aku lukis kat kertas A3 TRACING PAPER & yang 10 lukisan tu lagi aku lukis kat kertas A2 TRACING PAPER.Selagi lukisan ndak siap,selagi itulah ndak boleh tidur.Cuma,tidurnya sekejap-sekejap jer.Memang lah ndak baik untuk kesihatan kan tapi dah biasa buat.Kadang-kadang sampai seharian ndak tidur,ndak makan,ndak mandi gara-gara ingin menyiapkan lukisan tu.Bukan sekejap tu mau buat.Mana lagi mau sukat ukuran nya betul-betul.Erhm..lepas tu pulak lukis lagi pakai pen.Kalau orang yang sudah mahir tu,maybe dorang guna pen terus kalau melukis.

Pelan rumah yang kami buat di kertas A2 tu,itulah yang penting sangat sebab nak dinilai.Masa penilaian tu,ok lah juga sebab dapat siapkan tugasan tu sebelum penilaian.Dan...akhirnya,selesai sudah cerita ku pasal lukisan ni..Ngeee...

Itu subject pertama yang aku rasa KILLER dalam sem 2 lepas.Subject yang kedua pula yang aku rasa KILLER dalam sem 2 ni pula ialah  BAHASA KADAZANDUSUN.

BAHASA KADAZANDUSUN...Sememangnya kau memang KILLER.Time final exam tu,entah apa-apa yang aku jawab.Main hentam jak..Sebab,apa yang aku baca di nota yang lecturer dah bagi tu,sikit jerr keluar.Errr..

SAINS KEJURUTERAAN 1...Haaa...yang ni pula subject yang last aku rasa KILLER dalam sem 2 ni.Mula-mula,memang aku ndak tau apa-apa pasal subject ni.Lecturer yang ajar aku pun ndak masuk dalam otak aku.Kosong..Mula-mula tu memang aku rasa subject ni KILLER lah kan sebab time di sekolah menengah dulu,aku ndak pernah belajar ni subject.So,di kolej ni pula first time aku belajar.

Tapi,bila aku cuba menjawab soalan SAINS KEJURUTERAAN 1 ni dengan mengikuti cara-cara yang lecturer bagi tu akhirnya dapat jugak aku tangkap apa yang dia ajar.Senang pula jadinya bila aku betul-betul ingin mengetahui pasal subject ni.Ndak lah juga susah mana pun...Time final exam tu,nasib jua aku dapat jawab subject ni kalau ndak...sanalah aku menangis air mata darah gara-gara ndak terjawab subject ni...eerrrr...palis...palis...

Then...BENGKEL KERJA BESI....subject ni bukanlah KILLER sangat...Tak de KILLER sangat pun...Betul...Korang nak tau apa yang aku belajar pasal subject tu...kejap eh...kejap eh...nak upload dulu gambar..hehe...


Tarrraaaa.....tengok...aku dah pandai dah pasang jubin sebanyak 25 keping..Ndak susah pun...senang jerr...dan best sangat-sangat kalau pasal subject ni...memang best lah..

Sekarang ni,aku sedang menghitung hari ni untuk aku melangkah ke sem 3.Ndak tau lagi ni sama ada sem 3 ni lebih mencabar dari sem 2 atau tidak..Tapi,pastinya dalam sem 3 ni bakal ada subject baru yang akan aku pelajari..Ndak sabar sudah aku mau tau result sem 2 aku...Harap-harap tidak mengecewakan lah..amin...





Yang mana satu akan menjadi pilihan ku???

01 Jun 2014/Ahad

Assalamualaikum...
Kalau tak jawab dosa...
Kalau jawab Korang awesome...

Firstly,welcome JUNE...

Yang mana satu akan menjadi pilihan ku?Sama ada,yang ini atau yang itu...??Cer korang tengok kat bawah ni...


1.Plaid Stylish OL Bag.
   Harganya = RM 16.90

Murahkan.Sengaja aku pilih warna purple sebagai permulaan sebab warna purple ni warna kesukaan aku..>_<..
Gambar first ni adalah gambar pilihan pertama aku dalam shopping beg...


2.Korean Stylish Woman Handbag
   Harga = RM 21.90

Erhm....yang ni pilihan kedua aku dalam shopping beg...


3.Stripe Trendy Woman Handbag With Leopard Scraf
   Harga = RM 23.90

Erhm...yang ni pulak adalah pilihan ketiga ku dalam shopping beg...


4.Simple Navy Stripes Bag
   Harga = RM 39.00

Hampir sama jer kan warna beg kat atas ni ngan warna beg Korean Stylish Woman Handbag kan.Cuma yang berbeza nya Simple Navy Stripes Bag ni warna dia kelabu + Hitam + Putih dan Korean Stylish Woman Handbag ni warna dia Hitam + Putih jer..Harga pun berbeza jugak kan...Ini adalah gambar pilihan yang keempat dalam shopping beg.


5.Korean Fashion PU Leather Bow Rhino
   Harga = RM 49.00

Ini adalah gambar pilihan shopping beg aku yang kelima.


6.Cute Bunny Running Out Bag
   Harga = RM 71.00

Ini adalah gambar pilihan aku yang keenam dalam shopping beg.


7.Spring & Summer Candy Bag
   Harga = RM 97.00

Kikikiuuuuu....Ini adalah the last one pilihan aku dalam shopping beg.Nampak macam budak-budak punya beg kan....Lepas tu mahal pulak kan...Tapi,nampak kiut jerr..hehe..

Kenapa aku senaraikan beg-beg kat atas tu berserta harganya?
Sebab = Sebelum masuk sem 3 ni,aku bercadang nak beli beg baru untuk sem ni.Itu sebab nya aku buat pilihan kat atas tu sebab aku ndak tau beg yang mana satu aku mau beli sebab semua beg-beg yang aku kasih senarai kan di atas tu semuanya simple-simple dan harga pun BOLEH TAHAN juga.

Kenapa aku pilih beg yang simple?
Sebab = Aku cuma nak bawa beg tu ke kelas jerr...Bukan nya aku nak bawa beg tu pi shopping.Just nak bawa pi kelas jerr.Aku suka pilih yang simple sebab aku sendiri pun simple jugak orang nya..:p...:)..(perasan nam mampus!!gedik..hehe..)...

Rasa-rasanya,yang mana satu nanti akan jadi pilihan ku yerr?Bingung ni?Kalau aku pilih semua,ndak pa juga bah kan..Hehe..Dari kita saja bah tu...huhu...