10 Tips Buang Rasa 'akward' Saat Presentation

13 Julai 2014/Ahad

Assalamualaikum...

"Alamakkkk....esok aku ada presentation lah....belum ready lagi ni...lagi pun ini kan presentation aku yang pertama dalam sem 3..Mudah mudahan jak lah semuanya baik-baik jak besok.Amin..."

Besok,dalam kelas,aku ada presentation dan ini adalah presentation aku yang pertama dalam sem 3.So,adalah jugak kan rasa gugup tu bila mau bercakap depan kawan sekelas.

Di sini,aku akan sediakan tips-tips untuk korang semua dan juga pembaca blog aku ni macam mana nak buang rasa akward saat presentation.



1)    Fahami dan dalami slide yang kamu bakal bentangkan. Kalau tidak keberatan, cuba berlatih buat presentation beberapa kali agar sebutan dan percakapan kamu jelas dan lancar.

2)    Pakai pakaian yang kamu selesa dan kemas. Jangan jadikan ia sebagai peluang untuk kamu memperagakan fesyen dan gaya.

3)    Perlu di ingat, tujuan utama yang harus kamu lakukan adalah untuk menyampaikan sesuatu maklumat pada pendengar. Jadi pastikan segala maklumat yang kamu masukan dalam slide ringkas dan mudah di fahami.

4)    Minum air putih dan tarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mulakan presentation. Keadaan ini akan membuatkan kamu lebih tenang dan berada dalam keadaan yang terkawal.

5)    Cuba berlatih di hadapan cermin. Pastikan kamu bercakap dalam keadaan tersenyum bukan berkerut. Ini kerana, apabila kamu berkerut, kamu akan membuatkan penonton kamu rasa lebih tertekan dan tidak selesa dengan kewujudan kamu di hadapan mereka. Oleh itu, senyuman mampu membuatkan penonton memberi feedback yang positif.

6)    Hati-hati, ada sesetengah pihak memang menunggu peluang untuk ‘menghentam’ kamu. Jadi cuba minimalkan segala kesalahan dan jika ada masalah yang timbul bertenang dan jangan terlalu panik.

7)    Bagi sesetengah pihak, eye contact sangat penting saat membuat presentation. Tetapi, jika terlalu banyak membuat eye contact juga boleh membuatkan kamu hilang fokus dan rasa lebih gugup. Jadi, tiada salahnya jika kamu tetapkan satu titik fokus agar hilangkan rasa gugup.

8)    Sesuaikan gaya bahasa kamu dengan penonton yang ada. Jika banyak golongan muda, pastikan bahasa yang kamu guna mudah di fahami dan lebih bersahaja. Jika banyak dewasa gunakan bahasa yang lebih formal dan teratur.

9)    Ketika membuat presentation jangan lupa selitkan sekali elemen-elemen lawak dan mencuit hati. Jadi, penonton tidak akan bosan dan hilang minat mendengar segala maklumat kamu.

10)  Jika kamu jenis yang gugup. Saat memberi ucapan / membuat presentation cuba gengam sesuatu seperti klip kertas, tisu, pen atau apa sahaja yang boleh membuatkan kamu rasa lebih yakin. Tetapi perlu di ingat, sebolehnya jangan sampai orang tahu yang kamu sedang menggengam sesuatu ya!

Selamat membaca dan selamat mencuba!

Tips : 4 Cara Elakkan Mulut Berbau!

13 Julai 2014/Ahad

Assalamualaikum...

Saat berpuasa, ketakutan bagi orang ramai adalah nafas berbau. Bukan apa, apabila kamu tidak makan dan minum, bakteria di dalam mulut berkumpul dan membiak dengan aktif di kawasan lidah. Kerana itulah mulut mengeluarkan bau yang kurang enak.

Sungguh pun begitu, jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk kamu semua mengabaikan kebersihan mulut ya! Jom lakukan 4 cara untuk elakkan mulut berbau agar kamu rasa lebih yakin dengan diri sendiri.



1)   BERUS LIDAH
Sebelum tidur dan selepas sahur jangan lupa berus gigi terutamanya di bahagian lidah, agar segala bakteria dan kotoran yang terkumpul di kawasan itu berkurangan dan hilang.

2)   BASAHKAN DENGAN AIR LIUR
Sesekali jika kamu ingin bercakap, pastikan mulut kamu dibasahi dengan air liur dahulu. Jangan biarkan ia kering. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya kamu dapat mengurangkan bau yang kurang enak itu.

3)   JANGAN MINUM TEH / KOPI
Kafein yang ada dalam minuman teh dan kopi boleh membuatkan nafas kamu berbau. Sebaiknya cuba elakkan minum minuman yang mengandungi kafein saat bersahur kerana ia akan lebih memburukkan keadaan.

4)   GUNAKAN UBAT GIGI KHUSUS UNTUK MASALAH NAFAS BERBAU
Ya, mungkin ini klise tapi ia sangat membantu! Pilihlah ubat gigi yang khusus buat nafas berbau dan mempunyai perlindungan selama 12 jam atau 24 jam. Selain itu, kamu juga boleh pilih yang mengandungi perisa mint.

Selamat mencuba dan selamat berpuasa :)..

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My

01 Julai 2014/Selasa

Assalamualaikum...

Wahh...Wah...Wah...Ada Contest terbaru lah..Contest ni dari Nile.Com.My.Kalau korang nak join,korang tekan lah banner kat bawah ni...:)..


Kalau aku dapat RM300.00 dari Nile.Com.My tu,masa hari raya nanti aku gunakan duit itu sebagai duit raya untuk tetamu yang datang beraya ke rumah aku nanti dan sekiranya duit itu ada lebih,aku akan belanja keluarga aku makan di tempat yang sedap-sedap seperti di Secret Recipi...InsyaAllah..

Tarikh tutup untuk join contest ini ialah pada 21 Julai 2014,11.59 pm.

Hantarkan link contest korang ke give_away@nile.com.my dan bagi detail korang macam ni =

Raya Giveaway(Nama penuh korang)
a)Link Blog
b)Nama Penuh
c)H/p Nimber

So,kalau korang rasa-rasanya nak join contest ini...jangan ragu-ragu untuk tekan banner kat atas tu ye...

Selamat bercontest...

P/s : Pemenang akan diundi menggunakan random.org.