Pencarian Bloglist January 2015 di Blog Nurul Baidurah

30 Disember 2015/Rabu

Assalamualaikum

Hai korang.Selamat pagi.Hari ni merupakan hari kedua terakhir dalam tahun 2015 dan tidak lama lagi kita akan masuk ke tahun 2016.Pejam celik pekjam celik dah nak masuk tahun 2016 sudah kan.

Jadi hari ini Nurul nak mencari blogger yang ingin memasuki di bloglist blog Nurul Baidurah untuk bulan January 2016 punya.Ini adalah pertama kali Nurul buat pencarian bloglist ni tau!So,Nurul harap biar pun tak ramai yang join untuk masuk di bloglist Nurul nanti,Nurul akan buat juga bloglist untuk kegunaan Nurul juga supaya dapat jalan-jalan pi blog korang kan.Tarikh tamat adalah 31 Disember 2015 jam 11.59 Pm.Jadi,korang yang ingin masuk ke dalam bloglist Nurul cepat-cepat la korang join yer...:)..

Macam mana nak join??Cara-cara nya ialah :

1.Follow blog Nurul Baidurah.Buat satu entry yang bertajuk : Pencarian Bloglist January 2016 di Blog Nurul Baidurah.

2.Letak banner ni kat entry korang dan backlink kan ke entry ini :

3.Dalam entry tu,korang kena nyatakan sebab musabab kenapa korang nak masuk bloglist di blog Nurul Baidurah.

4.Lepas dah habis,korang jangan lupa untuk tinggalkan link entry korang di ruangan komen entry ini sahaja.Entry lain tidak akan dilayan walaupun telah di publish.

Itu sahaja syarat-syaratnya.Senang kan korang nak join.Bukan susah pun :p..

Cepat-cepat lah korang join yer sebab tarikh tamat nya besok yer..Siapa cepat dia dapat !!

Terima kasih sebab sudi baca entry ini...

" First Mini Giveaway by Tashira "

27 Disember 2015/Ahad

Assalamualaikum

Hari ni rajin jer aku join GA dari Tashira.Korang pun yang tengah baca blog aku ni jom la meriahkan lagi GA yang dianjurkan oleh Tashira ini..











Done ikut semua syarat dan Fb dan Insta tu aku tak de..Sorry..

Jangan Mengharapkan Benda Yang Percuma Sahaja !!

27 Disember 2015/Ahad

Assalamualaikum

Cerita ni berdasarkan pengalam aku lah yang terlalu obses dengan dunia internet sehingga akhirnya aku terpengaruh dengan jurujual di kioks Maxis Broadband di Centre Point,Kota Kinabalu.

Ceritanya begini...

Pada petang itu,aku sama kawan aku si Jokcsim pergi ke Centre Point sebab aku mau bayar bill broadband aku manakala kawan aku si Jokcsim dia beli broadband baru.Selepas selesai aku buat bayaran bill,aku tanyalah macam mana mau tukar pelan maxis yang lebih murah lagi.

Jadi,si penjual tu dia terus kasih promo la sama aku kalau ambil Maxis OnePlan tu dapat hp free dan kita cuma perlu bayar bill broadband sahaja.Jadi,aku pun tanpa berpikir panjang aku ambil lah yang Maxis OnePlane tu dan aku pun dapatlah hp free berjenama Lenovo A6000 Plus.

Setelah aku ambil yang Maxis OnePlan tu.broadband aku yang lama tu aku matikan sudah dan sekarang ni aku sedang menikmati pelan Maxis OnePlan tu.

Setelah beberapa minggu aku pakai hp Lenovo,mulalah hp tu buat hal.Aku call dia punya owner,kenapa hp Lenovo tu ada masalah..So,aku bagitau la masalah hp tu macam mana dan owner Maxis tu cakap itu hp memang original.Dia bercakap dengan nada suaranya yang marah-marah lah.Malas aku mau dengar bebelan dia lagi,terus aku potong cakapnya..Hahahaha!!

Aku tanya dengan owner tu,kalau tukar dengan hp lain boleh ka??Dia cakap ndak boleh sudah..Aiyaaa...Jadi,aku ambil keputusan la aku mau kasih berenti tu broadband terus kasih balik tu hp yang uzur sudah...T______T

Sekali masa di Maxis Centre,dia cakap bayar RM 7OO lebih kalau mau kasih berenti tu broadband...Whattt???!!!RM 700 lebih????Aku tanya lah macam mana boleh sampai pigi RM 700 lebih sedangkan bulanan aku RM 105.00...Errhhmm...rupa-rupanya...dia punya utility.Dari situ lah aku menyesal yang tiada guna sudah sebab aku ambil pelan maxis tu.Mau ndak mau kena la tunggu 2 tahun lagi kontrak dia untuk aku kasih berenti tu broadband aku dan hp tu jadi milik aku  walapun aku ndak mau sudah pakai tu hp sebab hp tu menyusahkan!!Dan broadband tu aku bagi kakak aku pakai dulu sebab kalau di kg aku line Maxis memang menghampakan.Memandangkan kakak aku di semenanjung,aku bagi lah dia pakai.

Selepas kejadian ini terjadi,akhirnya aku sendiri yang tiada telefon...Terpaksa pinjam Samsung Galaxy Tab A mak punya dan dalam waktu yang terdekat ini....aku nak beli fon baru yang betul-betul original(trauma sudah sama hp free....) yang sudah lama menjadi kegilaan aku semenjak hp tersebut di lancarkan iaitu ........ jeng     jeng     jengggggggg...

Inilah dia hp kegemaran aku iaitu Iphone 6 Plus yang sudah menjadi kegilaan aku..Dalam waktu yang terdekat ni la aku akan miliki...Inshaallah..Kalau kamu mau tau dia punya detail lagi,kamu boleh pergi ke website Lazada.

Terima kasih sebab sudi baca entry ini.

The Infirmary, Imago Mall.

22 November 2015/Ahad

Assalamualaikum

Alkisahnya,pada hari Jumaat lepas (06 November 2015/Jumaat)...Datanglah 4 sekawan ke Imago Mall,Kota Kinabalu dengan hasrat yang sangat mendalam iaitu untuk memasuki rumah hantu di Imago.Tapi,15 November 2015 rumah hantu di Imago ni tutup dah...

Kronologi 4 sekawan yang ingin memasuki rumah hantu :

-Kami pergi kolej dulu sebab ada urusan yang mau di kasih selesaikan hari tu juga.
-Ntah jam berapa kami bertolak dari kolej dan terus jalan pergi Imago Mall,Kota Kinabalu.
-Sampai sana,terus makan sebab lapar.Hihihi.
-Kami memilih Upperstar Cafe & Bar Sdn.Bhd,Imago.Apa-apa jenis makanlah yang kami pilih di sana supaya sampai RM50 kami punya resit supaya dapat masuk rumah hantu.
-Macam mana mau masuk rumah hantu tu??Okey,aku cerita kemudian ya..
-Berbalik cerita pasal makanan,aku order Nasi Lemak King dan air aku order Coca Cola.


Sempat selfie sebelum makanan datang...



Ni lah dia Nasi Lemak King.Tengok lauknya..perrgghhh...Banyak aihh...Di mana dalam dia ada Nasi putih + ayam masak kari + sate ayam + sambal lada + Kacang + ikan bilis + ayam panggang + telur + timun.Perrgggghhhh...banyakkan lauknya...Hohoho..


Ni adalah air Coca Cola yang aku order.Coca Cola nya ni special sangat sebab dia letak lemon.Sedap weyhh...

-Lepas siap makan,kami terus pergi ke rumah hantu tu lah untuk tukar resit.


Resit ni kamu tukar dapat tiket masuk.Ni sesudah tukar resit dan dapatlah tiket masuk...


Ni lah dia tiket masuk ke rumahn hantu tu.

Cara-cara ingin memasuki rumah hantu : 
-Beli barang apa-apa sahaja sampai harga RM50 lepas tu kamu pigi sana di rumah hantu tukar resit kamu pigi kad masuk.Pastikan kamu beli barang di Imago sahaja.Beli barang di Mall lain tidak diterima.
-1 resit maksimum boleh masuk 2 orang dan 4 orang.
-Sebelum masuk,cek ic sama cek darah sebab umur dibawah 16 tahun tidak boleh masuk.Tekanan darah 140 ke bawah dibenarkan masuk manakala tekanan darah di atas 140 tidak dibenarkan masuk.
-Tapi,kamu dikehendaki bersabar ketika menunggu giliran untuk memasuki ke rumah hantu tersebut sebab barisannya amat panjang.Kamu kena tunggu 1 jam atau 1 jam lebih untuk memasuki rumah hantu tersebut.Bersabarlah wahai sayang...kikikiki...

Semasa memasuki rumah hantu : 
-Sebelum masuk,kamu akan diberikan taklimat oleh staff di rumah hantu berkenaan dengan apa yang kamu perlu buat bila kamu sudah berada di dalam rumah hantu tersebut.Hanya 5 minit sahaja masa yang dibenarkan untuk berada di dalam rumah hantu tersebut.Mereka akan tentukan di tingkat mana kamu akan dapat.
-Yang time aku masuk tu,aku sama kawan-kawan aku dapat di tingkat bawah(Nasib!!).Ditingkat bawah tidak berapa mencabar permainan dia tapi di tingkat atas adalah sangat mencabar.
-Mula-mula,staff akan bagi kamu satu kad.Kegunaan kad itu ialah kalau kamu surrender dan kamu ndak mau main lagi kamu angkat sedja itu kad.Tu tandanya kamu kalah sudah.
-Sebelum masuk tu,staff tu suruh kamu cari kunci untuk membuka pintu pertama dengan menggunakan lampu LED.Lepas kamu dapat buka pintu yang pertama kamu teruslah cari pintu keluar yang lain tapi hati-hati sebab akan ada kejutan yang menanti dihadapan.

Start kami memasuki pintu pertama,aku kasih ceritalah pengalaman aku ketika berada di rumah hantu.Hihihi.

Lepas sudah masuk di pintu pertama,ndak silap aku lah time pertengahan sudah...Dengan slumbernya aku pusing belakang sebab masa tu aku yang paling belakang sekali.Sekali aku pandang belakang rupanya ada yang mengikut.Siapa yang mengikut??Jawapannya hantulah yang mengikut sebab semua kawan-kawan kau di depan tapi kau sorang jak yang di belakang.Lepas tu,hantu tu mau kasih terkejut aku tapi aku ndak tau lah apa aku mau buat masa tu.Mau ketawa inda jua.Mau teriak inda jua.Sebab suara aku inda terkeluar masa tu.Haha.Jadi,aku pusing lah depan balik.Tu hantu masih juga mengikut.Patutpun yang kawan aku tu dia suruh cepat time kami mencari kunci.Rupanya ada sudah muncul.Haiyaaah..Apa punya hantu.Hahaha.

Bila aku sudah pusing depan balik,rupanya ada lagi yang menunggu di depan.Kawan aku paling depan tu lah kesian.Hantu tu tiba-tiba muncul lepas tu dia kasih terkejut urang di depan.Ndak sia-sia kena maki tu hantu oleh kawan aku.Sot!!Bila sudah masuk di pintu yang seterusnya,kami jumpa lagi hantu gantung diri.Lepas tu,di sana lah  hantu tu mula menangis,menyanyi dan macam-macam lagilah bunyi yang dia kasih keluar.Sampai ada satu lorong yang sangat gelap dan sunyi....aduiii!!Di situ bikin seram.Semua gelap.Hitam.Bila sudah kami keluar di sanalah juga depan pintu tu kami nampak pocong tapi nasib pocong tu inda begarak.Kalau begarak naaaa...matai lah kami..Hahaha..

Seterusnya...kami jumpa sudah pintu keluar..Kihkihkih!!Rupanya,hantu yang mengikut dari awal sampai habis tu dia macam menghantar kami..Mungkin untuk menjaga keselamatan kami di dalam.Cehh...Di mana ada hantu,di situlah jalan keluar nya.Gituuu!!

Paham dah aku permainan hantu-hantu ni tu pun lepas keluar dari rumah hantu tu.Hohoho....Memandangkan hari Jumaat tu last sudah aku kami berjumpa,jadi kami pun  berselfie-selfie lah di Imago sebagai kenangan kunun..


Kami bergambar lepas masuk dari rumah hantu.Semua kami cover ni sebab semua muka kami pucat.Hahaha!!


Sebelum balik selfie lagi...Alaa...lepas ni teda lah jumpa dengan dorang sudah sebab semua kami praktikal di tempat lain...Erhmmm...


And the last one...Hihi...yg ni selfie sendiri..Haha..Sesungguhnya,kenangan memasuki rumah hantu di Imago masih segar hingga ke hari ni....Hihi...


Terima kasih sebab sudi baca entri ini...











CONTEST REVIEW LYNK.MY 2015

10 November 2015/Selasa

Assalamualaikum

Hallu hallu hallu kawan blogger....Hari ni aku ada berita bagus ni mau share sama kamu urang semua hari ni.Erhm....Masih belum terlambat lagi kamu mau join satu contest ni.Sebelum tu,aku akan memperkenalkan apa itu LYNK.MY.

Apa itu LYNK.MY??
LYNK.MY ni adalah satu laman sosial di mana ia nya menyediakan satu servis pemendekkan URL dan memberikan bayaran kepada pengguna mengikut jumlah pelawat.Jika kamu pendekkan URL kamu dengan menggunakan LYNK.MY,kamu juga boleh menjana pendapatan melalui LYNK.MY.Macam mana mau jana pendapatan melalui LYNK.MY ni??Okey...Lepas ni aku kasih cerita...

LYNK.MY juga ada menawarkan dua servis iaitu PUBLISHER dan ADVERTISER.

Apa itu PUBLISHER??

Publisher merupakan penyiar iklan yang tidak dikenakan sebarang bayaran dan kamu boleh menjana pendapatan melalui URL iklan yang telah dipendekkan oleh lynk.my.


Kalau kamu berminat untuk jadi seorang publisher,caranya sangat mudah.Cara nya ialah :
-Kamu misti pigi ke link ini.
-Klik join now.
-Isi kamu punya details dan pilih publisher.
-Lepas tu,tekan button "I Want To Join Lynk".Masa tu juga,kamu misti verify link tu dekat emel kamu.
-Pastikan URL Shortener digunakan dan kamu misti share di lama sosial kamu untuk menjana pendapatan melalui itu.Bila banyak sudah yang klik kamu punya URL tu maknanya banyak juga pendapatan yang kamu dapat.

Itu sedja caranya.Mudahkan!!Then,Advertiser pula.

Apa itu ADVERTISER??

Advertiser ni ialah kamu akan membuat bayaran sebanyak RM10 berkenaan dengan iklan yang ingin dijalankan.Selepas pembayaran dibuat,advertiser akan membuat kempen di lynk.my dan lynk.my akan membantu advertiser untuk menyebarkan kempen kamu.

Seperti biasa,kamu misti join lynk.my dulu sebagai ahli advertiser untuk mengiklankan apa-apa bisnes kamu di lynk.my.


Apa kata kita layan dulu video santik ini....



Best kan video ni...Aku ada satu pengumuman untuk kamu semua..Untuk semua blogger Malaysia...Hihu...

Lynk.My ni telah mengadakan satu contest yang dinamakan CONTEST REVIEW LYNK.MY 2015.


Syarat-syarat untuk join contest ni kamu boleh klik sini.

Senarai Hadiah :

Top lynkUNDI 
Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100

Top SEO
Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100

Top Creative
Tempat Pertama - RM1000
Tempat Kedua - RM500
Tempat Ketiga - RM200

50 penyertaan terawal layak menerima Gajet Khas daripada ikedaikami.

Wauuu...banyakkan hadiah nya.Lumayan!So,kamu bila lagi?Jum lah join sikarang sebab contest ni sampai 27 Disember 2015.Naaa...jadi,kamu diluar sana tu cepat-cepat lah join contest ni..Orang cakap,cuba nasib kunun...:)..

So,itu sedjalah barang bagus yang aku mau kasih share sama kamu.

Papai...

 




JUALAN PPENGHABISAN STOK!!

15 Oktober 2015/Khamis

Assalamualaikum

Okeh...Sekarang ni aku nak test kat blog yang aku ingin menjual TUDUNG BAWAL KANGAROO dengan harga yang berpatutan.So,sesiapa yang ingin memiliki TUDUNG BAWAL KANGAROO tersebut sila lah whatsapp atau sms aku di no 019-8020499...


Kenapa aku cakap JUALAN PENGHABISAN STOK kat atas??Sebab hanya tinggal 10 helai sahaja yang ada sekarang dan InsyaAllah akan ada lagi tudung-tudung yang akan datang.Jadi,siapa yang betul-betul nak memiliki TUDUNG BAWAL KANGAROO ini cepat-cepat lah korang Whatsapp atau sms aku di no 019-8020499.

Ciri-ciri TUDUNG BAWAL KANGAROO :
  • Sehelai RM 10.00(Sabah & Sarawak)
  • Sehelai RM 15.00(Semenanjung Malaysia)
  • Harga tidak termasuk postage.RM  6.00(Sabah & Sarawak) & RM 10(Semenanjung Malaysia).
  • Warna boleh pilih
  • Bidang 45
#Untuk yang serius sahaja.Ok!!
#Siapa cepat dia dapat...
#Tq...

Selamat Hari Raya AidilAdha

23 September 2015/Rabu

Assalamualaikum

Esok dah raya haji.Mesti ramai yang dah start cuti ni kan tapi aku dari kemarin lagi aku dah start cuti.Hehe..Kelas aku kansel start dari kemarin sampai hari jumaat.Tu la aku cuti awal...

So,aku ucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam di seluruh dunia.Moga ibadah yang sedang di jalankan berjalan dengan lancar.Amin.

Selamat bercuti kepada mereka yang bercuti dan selamat berkerja kepada mereka yang sedang berkerja..

Aku ni blogger ka lagi??

23 September 2015/Rabu

Assalamualaikum


Sedihnya bila aku mau kasih tinggal ni dunia blogger.Tapi,bila di pikir-pikir sampai 2.6 billion kali,rasa sayang juga sama ni blog sebab blog ni boleh dijadikan sebagai tempat mencari kerja di kala keboringan.Kannn...

Last-last,aku kasih cancel la niat mau berenti dalam dunia blogging.Sebab nya banyak benda yang aku mau share di sini cuma teda idea mau buat ayat.Tu jak.Haha..

Erhmmm....apa lagi ya??

Korang masih kenal dengan aku ka lagi??Inshaallah,kalau mood rajin aku keluar aku akan jalan-jalan cuci mata kat blog korang er..

Okey,next time aku akan kasih rajin diri aku untuk berblogging..Hehe..
So,jawapannya aku masih lagi blogger..

Jom shopping di Nille.Com.My

02 Ogos 2015/Ahad

Assalamualaikum

Hey,aku tau korang kat sini rata-ratanya suka shopping kan.Samalah macam aku.Aku pun suka shopping jugak tau.Hehe.Tapi awal-awal aku nak cakap dengan korang yang aku nak minta maaf lah dengan korang ya sebab nak tak nak aku terpaksa jugak introduce kat korang tentang nile.com.my ni.Kenapa??Sebab nile.com.my ni adalah salah satu website yang menawarkan harga yang paling murah teramat murah pada abad ini.Korang nak tau berapa murahnya?Haaaa...Korang baca entry aku sampai habis.Hehe..

Dalam website nile.com.my ni,ketahuilah bahawa selain pakaian wanita yang ada kat website tu pakaian lelaki juga turut di jual.Selain daripada pakaian-pakaian yanga da,korang juga boleh dapatkan barang perhiasan rumah,barang peralatan sukan,novel dan sebagainya di website nile.com.my ni.Macam-macam ada!

Antara barangan yang sudah aku miliki di website nile.com.my ni ialah :

1.XCTX595 Round Neck Stripe Blouse

http://www.nile.com.my/product_info.php?products_id=14882
Harga baju ni aku boleh dapatkan sebanyak RM 22.90.Korang tak percaya?Ha,korang klik jak gambar tu kalau nak tengok harga.Haha.

2.WCWX16342 Bird Design Woman Blouse

http://www.nile.com.my/product_info.php?products_id=12876 

Korang boleh dapatkan harga blouse ni sebanyak RM 35.80.Tengok??Murah kan...:).. 

3.WBZ98613 Fashionable Striped Lady Large Capacity Canvas Bag

http://www.nile.com.my/product_info.php?products_id=13319 

Haaaa,beg ni pulak korang boelh dapatkan harga sebanyak RM 19.90 jak.Murah kan.

So,itu lah barang-barang yang aku sudah dapatkan di nile.com.my.Serius!Memang murah gila..Bila korang dah tau yang harga barang dekat nile.com.my ni murah-murah belaka korang tidak akan menyesal singgah membeli sebab harga dia murah sangat-sangat.Betul!Cuba dulu baru tahu.Hihi.

Cara penghantaran pula,kalau area Kuala Lumpur dan Petaling Jaya mereka akan hantar melalui door to door.Lepas dapat barang dari nile.com.my tu barulah korang bayar dekat mereka.Wahh..Bestnya.Kalau area Sabah & Sarawak tu,mereka hantar melalui pos laju..:)..


Jadi,korang dah tahu kan apa website yang menawarkan harga-harga barangan yang paling murah abad ni??So,marilah korang usha dekat website nile.com.my..Hehe..Mesti berulang-ulang kali korang nak repeat order lagi.Hehe..

Terima kasih kerana sudi baca entry ini!



Saya Nak Masuk Bloglist Lyssa Faizureen Bulan Ogos 2015

01 Ogos 2015/Sabtu

Assalamualaikum

http://www.lyssasecret.com/2015/08/bloglist-ogos-2015-saya-nak-masuk.html#.Vbzh_rVq3N5 

Blog saya mengenai cerita tentang kehidupan seharian saya,info & tips yang berguna untuk korang.



Info : 5 Perkara Ini Lebih Menyakitkan Dari Putus Cinta

01 Ogos 2015/Sabtu

Assalamualaikum

Perpisahan dalam percintaan pasti amat menyakitkan dan perit apatah lagi jika perhubungan itu telah terjalin sekian lama.Putus cinta bukan bererti segalanya akan berakhir dan rasa sakit yang korang alami tidak sehebat 5 perkara yang akan aku senaraikan ini.

1.Terpijak kepingan logo yang bersepah di lantai


Sakit dia jangan cakap lah,kalau dah terpijak tu mesti rasa nak baling semua kepingan logo tu dekat orang yang bikin panas.Kannnn..Haha...

2.Apabila smartphone korang terjatuh


Ni pun lagi hebat sakit dia lagi-lagi kalau skrin dah pecah atau retak.Lagi-lagi kalau orang yang guna Iphone 6 plus tu.Perghhhhh...Makin tambah la tu sakitnya.Kannn.

3.Kereta korang dicalarkan oleh orang lain


Lagi stress kalau orang yang parking di sebelah kereta kita tu buka pintu sampai tercalar kereta kita.

4.Bila  Gerrard dilayangkan kad merah hanya selepas 38 saat berada di atas padang


Haha.Yang ni cuma peminat Liverpool jak yang paham ni situasi kat atas ni.Hahahaha..Aku sendiri pun tidak paham situasai dia macam mana.

5.Apabila komputer atau laptop korang "crashes" secara tiba-tiba sebelum korang sempat "save" assingment yang diberikan oleh pensyarah korang


Yang ni lagi parah.Korang sudah siap tulis sampai 3000 perkataan ,tiba-tiba laptop buat hal.Sudah lah assingment mau kena hantar esok.Siapa pernah kena macam ni??Hahahaha...





Cerita cuti aku sudah habis

13 Julai 2015/Isnin

Assalamualaikum

Hai korang,How are you?I'm fine.Hehe.Sebenarnya aku cuti 2 bulan dan cuti tersebut telah pun habis.Kiranya sekarang aku dah pun kembali ke KYS selama 1 minggu dan kini aku kembali ke kampung halaman ku untuk menyambut hari raya bersama keluarga yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.Untuk semester yang baru ni pulak,aku kini bergelar seorang pelajar tahun akhir dalam bidang binaan bangunan.Aku kini sudah menjadi pelajar senior tahu.Sila beri tunduk hormat jikalau terserempak di mana-mana.Ohohohohhohohoho...

Alhamdulillah,setakat ini aku pass semua exam.Belum pernah lagi aku repeat biarpun pointer aku cukup makan sahaja.Yes.Asal lulus janji tidak repeat subjek.Jangan tanya aku macam mana aku lakukan untuk lepas semua exam sebab korang semua ada cara belajar yang tersendiri kan.Haha.Tapi,bagi aku exam ni hanyalah ujian kecil yang biasa kita lalui dalam kehidupan,masih banyak lagi ujian-ujian lain yang kita perlu hadapi di kemudian hari.Di kala umur semakin meningkat tapi perangai tidak kena sama umur.Cehhh...Tiada-tiada bah..Haha..Dikala umur kita yang semakin meningkat ini,semakin banyaklah bermacam-macam ujian yang datang dalam hidup kita.Jadi,kita perlu hadapi ujian-ujian yang datang dalam hidup kita ni dengan tenang dan sabar.Pasti ada hikmah disebalik ujian yang datang tempat kita.Percayalah!Selagi kita usaha,berkat dan doa dari ibu bapa kita,percaya pada rezeki Allah,kita tak perlu risau apa-apa.So,don't worry.

Oh ya,selama aku cuti 2 bulan ni aku penuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik.Selain jalan-jalan di Labuan,aku juga banyak mencuba resepi baru di rumah.Nama resepi tu entah aku lupa sudah.Selain daripada belajar memasak di rumah aku telah pun mula berbisnes secara kecil-kecillan waktu cuti.Bisnes apa?Nanti aku ceritakan,yah...

Tidak dilupakan jugak kepada korang yang sudi singgah di blog aku ni yang tak berapa mantap macam blogger otai-otai.Hihi.Entry pun baru seciput jak.Apatah lagi follower aku.Kikikiki...Apapon,good luck semua.Semoga kita sama-sama menjadi manusia yang berguna.Manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya.

Oh iya,korang jangan lupa pulak ya doakan aku supaya semester ni lebih sukses daripada semester yang sebelumnya.Amin.


Gambar di atas ni semua adalah benda yang aku belajar sepanjang aku berada di semester 1 hingga semester 3.Semester 4 belum ada lagi gambar dan semester 5 pula amali dia belum mula lagi.Lepas cuti hari raya ni baru mula belajar.
Terima kasih kerana sudi baca entri ini!


Nurul Baidurah versi terbaru

30 June 2015/Selasa

Assalamualaikum

Hai,korang...Apa khabar korang di sana??Sihat ke??Aku di sini sihat jerr...*Macam tulis surat lah pulak..*Ehemm....Apa cerita dengan blog aku ni tiba-tiba bila korang nak buka blog aku,baca blog aku tup tup tak dapat bukak??Apa kes ni??

Kalau korang nak tau kan....kenapa blog aku tak dapat buka minggu lalu....sebab.....

Impian aku untuk merenovatekan blog aku akhirnya tercapai....Alhamdulillah..Sebenarnya,dari dulu lagi aku nak renovate blog aku ni cuma tiada idea dan tiada masa...Tu jerr...Lepas tu,bila dah habis pikir macam mana nak start edit blog ni,dengan itu aku mulakan edit blog aku dengan cara memprivatekan blog aku sebab masa aku sedang edit blog,aku tak nak orang buka blog sebab masa tu blog aku memang macam tongkah pecah..Hahaha...

Pikir balik pikir....Nak ikut tutorial siapa pulak ya sebab aku ingatkan aku nak ikut tutorial dari blog Amalinalee tapi bila bukak blog dia,tak dapat bukak pula sebab domain dia dah tamat tempoh....*buat muka menangis*...Sampailah saat akhirnya aku ikut bermacam-macam tutorial dari blog Lyssa Faizureen....Kalau ada masih yang belum kenal siapa Lyssa Faizureen tu boleh lah korang jenguk beliau kat blog dia...Tapi..mustahil lah korang tak kenal siapa Lyssa Faizureen tu kan..Alahh...Lyssa Faizureen tu yang blog dia kiut miut tu...Korang tak percaya???Haaa....korang pergi jerr kat blog dia...link dah aku bagi yerr...Korang klik jerr nama Lyssa tu..')..

Bila start sudah aku update blog tu,tiba-tiba pulak idea terhenti di situ dekat edit Html sebab tak tahu dah macam mana nak mula...*Ini kemungkinan sebab lama dah tak edit blog*...*Banyaklah aku punya sebab*...Mula-mula ada jugaklah aku fikir nak buat tempahan edit blog sahaja tapiiiiii ada pulak hal-hal yang menghalang...So aku buat je lah tempahan header + menu tab dari blog Mkhai sebab kalau pasal nak edit header dan menu tab tu memang aku tak reti lah tapi edit blog reti pulakk tu pun time ada panduan jerr baru reti nak edit blog..Harharhar!

Back to the story,terimalah blog Nurul Baidurah versi terbaru ni yang kelihatan sedikit ceria dari blog aku yang sebelumnya....*cerialah sangat*...New layout,new template,new menu tab and new header.Di sini,aku nak bagitau dengan korang bahawa aku telah pun terdelete kesemua entry pasal cabaran The Single Woman's 30-Day Blogging Challenge! tu....Waaaa...Macam mana boleh terdelete tu aku pun tak tau lah...Nampak sangat aku cuai kannnnn....Huwaaaarrgghhh.....Itu bermakna aku gagal la kan ikut cabaran pasal The Single Woman's 30-Day Blogging Challenge! tu....Huaaarrgghhh....Tapi,aku dah gagal bukan bermakna aku tak update lagi entry pasal The Single Woman's 30-Day Blogging Challenge! tu...Tidakkk....Aku akan buat balik entry tersebut sepanjang berada di bulan 7...InshaAllah...

Aku jugak berharap,dengan berubahnya keadaan blog aku ni aku dikurniakan idea-idea yang berguna untuk dikongsikan dengan korang dalam blog ni...Lastly,dengan rasaa rendah dirinya aku ingin memohon maaf dengan korang andai kata-kata aku selama aku menulis blog ni nampak kasar serta isi kandungan aku yang nampak mengarut.Tolong maafkan ya korang??Inshaallah,aku jugak akan memperbaiki diri aku dari masa ke semasa.Untuk berubah jadi matang,susah sangat walaupun umur aku sudah semakin meningkat tapi perangai aku tidak kena sama umur..Hahaha...Lolllzzz...Okeyy..Tu jerr..Jaga diri korang!

P/s :Satu aku lupa nak bagitau dengan korang ni...Dalam blog aku nih...dah ada Cbox...Bila Cbox dah ada,korang bolehlah start blogwalking di blog aku...Tu jerr...Hihi...

Terima kasih sebab sudi baca entry ini!

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015

23 June 2015/Selasa

Assalamualaikum...

http://www.nile.com.my/page.php?cd=101


Hai kalian semua...setelah beberapa hari blog menyepi so hari ni aku kembali mengupdate entry terbaru di blog aku...Dan...entry pasal cabaran The Single Woman's 30 - Day Blogging Challenge! pun masih berjalan dan aku sudah ketinggalan beberapa entry...Hihikss...

Ndak terasa kan yang kita puasa ni sudah hampir seminggu and tinggal 3 minggu je lagi kita puasa...Lepas habis 3 minggu tu,kita raya......*excited sangatt aku nih...*Baju raya korang macam mana??Dah siap ke belum??Kalau aku,baju raya aku tengah siap lah ni..hehewww..

Ok lah...aku kasih pendek ni cerita...sepanjang bulan Ramadhan ni,nile.com.my yang merupakan Website Online Shopping Malaysia akan mengadakan Giveaway untuk semua blogger di luar sana dan hadiah - hadiahnya ialah :

5 x Pemenang Bertuah RM 150 Shopping Voucher Nile.com.my

Jom ramai - ramai kita join bagi memeriahkan lagi Giveaway ni.Aku pun join tau Giveaway ni...Di bawah ni,aku akan senaraikan 5 items yang aku nak daripada nile.com.my.

http://www.nile.com.my/product_info.php?products_id=11888

Product: Indentation Woman Bag
Price Meletop: RM7.50
Date: 03/07/2015
Time: start: 3.00pm
Quantity: 150 pieces


 Product: Haniya Shoulder Design Blouse
Price Meletop: RM14.90
Date: 06/07/2015
Time: start: 2.00pm
Quantity: 140 pieces


 
Product: Cardigan/Sweater
Price Meletop: RM9.90
Date: 29/06/2015
Time: start 4.00pm
Quantity: 200 pieces


 Product: Simple OL Flats
Price Meletop: RM9.90
Date: 01/07/2015
Time: start: 11.00am
Quantity: 150 pairs

http://www.nile.com.my/product_info.php?products_id=9888



 Product: Travel Durable Backpack Malaysia
Price Meletop: RM19.90
Date: 10/07/2015
Time start: 4.00pm
Quantity: 60 units

1...2...3...4...5...Okeyyy!!Cukup 5 items yang aku nak sangat - sangat barangan daripada nile.com.my.So,lepas tuh nak buat apa pulakk??

Haaaa....Tu diaaa...Soalan yang baguss...

Lepas kita siap buat entry pasal Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015,kita hantar terus entry kita di emel give_away@nile.com.my  berserta dengan detail dan tajuk :

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015

Link Blog : 

Nama Penuh :

No.Telefon :

Lepas tu,tekan lah send....Dan...Lepas hantar entry korang dengan nile.com.my tu,korang boleh lah cek result nya di sini.Tarikh tutup untuk korang update entry pasal giveaway ni adalah pada 14 Julai 2014 jam 11.59 pm.

So,pada korang yang nak join giveaway yang awesome ni...Cepat - cepat lah korang join sebelum tarikh tutup.Nanti menyesal korang tak join..Benda free maaa...Sape yang tak nak kannnnn...

Ok.....Tu jeee...Selamat membuat entry giveaway ni dan jangan lupa hantar entry penyertaan korang tu kat emel di atas ya...Nanti korang buat entry pasal giveaway ni lepas tu terlupa nak hantar emel ngan diorang...menangis sambil main tapuk - tapuk di bawah meja nanti...Hihikkss...

P/S : Pemilihan berdasarkan undian melalui Random.Org....





Salam Ramadhan

19 Jun 2015/Jumaat

Assalamualaikum...

Pertama sekali,aku ingin ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia.Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh berkat.Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lepas.


Yang penting jaga mulut,jaga sikap,jaga telinga dan semuanya lah yang harus di jaga supaya kita tidak melakukan sesuatu yang sia - sia di bulan Ramadhan yang mulia ini.Selamat menunaikan ibadah puasa untuk semua umat Islam.

Sabahan Bah Ni : Legenda Tatanak Di Dalam Masyarakat Bisaya,Borneo.

09 Jun 2015/Selasa
Assalamualaikum...


 Etnik Bisaya merupakan salah satu masyarakat pribumi di bumi Borneo. Ini kerana etnik Bisaya boleh didapati di Sarawak terutamanya di Sungai Limbang dan kemudian di Sabah iaitu terutamanya di Daerah Beaufort. Selain itu etnik Bisaya juga ramai didapati di Negara Brunei Darussalam. Di dalam artikel kali ini, Borneo Oracle akan memaparkan satu legenda bagaimana etnik Bisaya, Borneo ini mendapat nama dan artikel kali ini dinamakan Legenda Tatanak Di Dalam Masyarakat Bisaya, Borneo.

Sebagai pembuka bicara adalah lebih molek untuk kita membuat pencerakahan ringkas di dalam memperkatakan Etnik Bisaya, Borneo ini kerana terlalu ramai yang melabelkan bahawa etnik Bisaya, Borneo sama ataupun berasal dari satu kumpulan masyarakat di Filipina yang bernama Bisaya, Binisaya atau Visayan. Hakikatnya etnik Bisaya yang ada di bumi Borneo sebenarnya tidak mempunyai kaitan langsung dengan m
asyarakat Visayan di Filipina baik dari segi bahasa mahupun asal keturunannya. 

 Etnik Bisaya, Borneo BUKAN berasal dari Filipina.

Jika dilihat dari rumpun bahasa, bahasa Visayan, Filipina dipanggil bahasa Cebuano yang diklasifikasikan di dalam rumpun bahasa Austronesian, Malayo-Polynesian; Phillippine, Central Phillippine; Visayan. Dan bahasa etnik Bisaya, Borneo yang dipanggil bahasa Tatana pula diklasifikasikan dibawah rumpun bahasa Austronesian, Malayo-Polynesian, North Borneo, Sabahan, Dusunic, Bisaya, Southern. Dan secara ringkasnya boleh dikatakan bahasa Bisaya, Borneo adalah lebih merujuk kepada dialek berbanding dengan bahasa etnik Visayan, Filipina.
xz
Jika diingkap dari segi asal cerita legenda keturunan etnik Bisaya, Borneo pula dikatakan berasal daripada satu keluarga yang menghuni utara Borneo suatu waktu dahulu. Penghijrahan 7 adik beradik ini yang bernama Peti Berambai atau pati Berabai, Si Garamba, Peti Garamba, Peti Runa atau Pati Bagunak, Smaun atau Simaun dan Alak Betata atau Urak Betatar atau Lok Batata atau Awang Alah Bertabar dan seorang anak perempuan yang bernama Siti Duyah atau Duri atau Bunga Sunting adalah asal kepada etnik Bisaya yang ada diseluruh Borneo pada masa ini.

Dan menurut cerita legenda asal keturunan Etnik Bisaya, Borneo ini juga berkaitrapat dengan penentuan pemerintah Brunei yang pertama iaitu Alak Betatar yang telah memenangi pertandingan lumba perahu bagi menentukan siapakah yang layak bergelar raja dan raja yang pertama inilah yang bergelar Awang Alah Betatar yang kemudiannya bergelar Sultan Mohamad setelah memeluk Islam dan menjadi Sultan pertama Negara Brunei Darussalam.

Selain daripada itu dari segi pengkajian sejarahwan menyatakan bahawa etnik Bisaya yang menghuni bumi Borneo sekarang menurut laporan Beyer H.O pada 1926, Hester E.D pada 1954 dan Harrison pada tahun 1956 sependapat menyatakan bahawa etnik Bisaya merupakan kumpulan masyarakat yang berasal daripada Kerajaan Srivijaya melalui panglima mereka yang bernama Sri Bisaya. Pendapat ini juga disahkan oleh seorang pengkaji sejarahwan iaitu Sonza pada tahun 1972.

Manakala untuk masyarakat Visayan, Filipina pula asal keturunannya tidak langsung mempunyai kaitan dengan etnik Bisaya, Borneo kerana masyarakat Visayan, Filipina adalah merupakan sekumpulan masyarakat yang dipimpin oleh seorang pemerintah yang bernama Lapu-Lapu. Raja Lapu-Lapu ini merupakan pemerintah awal satu kerajaan kuno yang bernama Kingdom of Mactan yang wujud sekitar tahun 1200 Masihi. Dan sejarah Kingdom Of Mactan ini ada diceritakan oleh seorang pengembara bernama Ferdinand Magellan yang terlebih dahulu menjadi bangsa Eropah yang pertama berkomunikasi dengan masyarakat Visaya pada tahun 1521. Pada ketika itu ianya diperintah Raja Humabon. Dan setelah kedatangan Sepanyol, ianya lebih dikenali sebagai Islas De San Lazaro.

Jadi berdasarkan kepada fakta-fakta ini adalah salah melabelkan etnik Bisaya yang ada di bumi Borneo iaitu mereka yang menghuni Sarawak, Sabah mahupun Brunei sebagai mereka yang berasal dari Filipina kerana etnik Bisaya adalah etnik pribumi Borneo sejak ribuan tahun lagi. 

Legenda Tatanak Dan Dang Insum. 

 Tatanak?.. Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar nama Tatanak kerana ianya jarang digunakan apabila berbicara mengenai etnik Bisaya, Borneo. Sebenarnya untuk pengetahuan semua sebelum nama Bisaya diberi, masyarakat ini dipanggil masyarakat Tatanak. Dan keindahan serta kecantikan masyarakat Tatanak inilah menjadi legenda mengapa mereka dipanggil etnik Bisaya sekarang.

Al-sahibul hikayat diceritakan bahawa suatu waktu dahulu Sultan Brunei telah mengadakan pertandingan ratu cantik bagi memeriahkan upacara sambutan puja usia untuk dirinya. Pada ketika itulah Sultan Brunei telah mewajibkan kesemua daerah-daerah jajahannya untuk menghantar wakil di dalam pertandingan ratu cantik tersebut. Sebagai menghormati jemputan itulah dikatakan masyarakat Bisaya telah menghantar seorang gadis yang gah namanya baik dari segi rupa paras yang bernama Dang Insum.

Dang Insum bukanlah sembarangan gadis Bisaya kerana selain daripada keayuannya yang bisa meruntunkan jiwa setiap jejaka yang memandangnya juga digambarkan sebagai seorang srikandi Bisaya kerana beliaulah juga terkenal dengan kehandalannya di dalam ilmu peperangan serta mempunyai kesaktian yang tinggi. Dang Insum inilah juga menurut sejarahnya merupakan antara srikandi yang mempertahankan “Kota Makarang” iaitu jajahan wilayah Damit iaitu hak tulin kepada Pengiran Syahbandar Hassan wakil kepada Sultan Brunei daripada diceroboh oleh pihak British North Borneo Chartered Company suatu waktu dahulu.

Berbalik kepada pertandingan ratu cantik sempena puja usia ini maka apabila tiba harinya berangkatlah kesemua ratu-ratu daripada setiap jajahan takhluk Kerajaan Brunei pada masa itu ke Kota Brunei. Dengan penuh gilang-gemilang maka bermulalah pertandingan ratu cantik tersebut. Sebenarnya pertandingan ratu cantik untuk puja usia Sultan Brunei pada masa itu bukan sahaja berkenaan dengan kecantikan semata-mata tetapi mencakupi bidang yang lain.

Hendak dijadikan cerita, pertandingan ratu cantik ini mempunyai beberapa kategori yang tersendiri iaitu setiap ratu cantik haruslah pandai bermain senjata seperti memanah dan sebagainya. Juga harus pandai menguasai ilmu dapur iaitu memasak dan sebagainya. Dan sudah tentu juga pandai menguasai ilmu seni seperti menyanyi mahupun menari. Dan ketika inilah pertandingan ratu cantik yang penuh pancaroba ini dilalui dengan penuh sabar oleh Dang Insum. Ternyata wanita Tatanak ini amat sempurna di dalam serba serbi sehingga beliau dikatakan menjadi juara di dalam setiap kategori.

Dan kemuncak kepada pertandingan ratu cantik puja usia ini adalah pertunjukan kecantikan dengan pakaian tradisional masyarakat dan ketika inilah apabila Sultan Brunei terpandang kecantikan Dang Insum telah menyebut .. Bisai Yah! Bisai Yah! Bisai Yah! Iaitu bahasa yang bermaksud tersangat cantik. Kerana pujian itulah juga akhirnya Dang Insum menjadi Juara pertandingan ratu cantik puja usia itu.

Kerana adanya rombongan masyarakat Tatanak yang turut serta bagi memberi sokongan kepada Dang Insum itu telah menceritakan segala pujian yang telah diucapkan oleh Sultan Brunei kepada orang kampung mereka. Akhirnya ianya kekal dipertuturkan Bisaya oleh masyarakat Tatanak di dalam memperkatakan nama baru untuk etnik mereka iaitu Bisaya.

Inilah sekelumit perkongsian cerita legenda mengenai bagaimana etnik Bisaya mendapat nama serta ringkasan perbezaan masyarakat Bisaya, Borneo dengan bangsa Visayan, Filipina. Sesunguhnya Legenda Tatanak ini hanyalah cerita oral di dalam masyarakat Bisaya, Borneo dan sudah tentu apabila berbicara mengenai cerita legenda ianya adalah satu cerita benar yang ditokok tambah oleh penglipur lara bagi mencantikkan jalan ceritanya. Yang pasti, memang tidak disangkal sememangnya kecantikan wanita etnik Bisaya, Borneo adalah satu anugerah tuhan yang terindah untuk kita semua. 

#Sumber : FACEBOOK...
#SayaCopyNiSebabSayaAnakBisaya... 

Papaiiii....



Gempa Sabah : Ranau dilanda Gempa Bumi

08 Jun 2015/Isnin
Assalamualaikum...

Pada Jumaat lepas ( 05 Jun 2015 ),satu kejadian gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Ritcher telah melanda Sabah.Kawasan - kawasan yang terjejas teruk ialah di Ranau sebab kawasan tersebut berdekatan dengan tempat gempa bumi berlaku iaitu di Gunung Kinabalu.Terdapat beberapa kawasan - kawasan yang turut merasai gegaran akibat gempa bumi iaitu Kota Kinabalu,Tuaran dan Kota Belud.

Gempa bumi jarang sekali berlaku di Malaysia sebab Malaysia terletak di luar Lingkaran Api Pasifik.Semasa gempa bumi berlaku pada jam 07.15 pagi Jumaat lepas,terdapat beberapa bangunan yang retak dan ramai pendaki yang terkandas di Gunung Kinabalu.Nyawa pendaki Gunung Kinabalu dan Malim Gunung Kinabalu ada juga yang terkorban akibat gempa bumi itu.Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu juga dibatalkan demi keselamatan para pendaki dan malin gunung serta ditutup untuk satu tempoh lama disebabkan oleh gempa bumi itu.Ia bertujuan untuk membaik pulih keadaan Gunung Kinabalu yang banyak rosak akibat gempa bumi tersebut.


Yang paling menyedihkan sangat ialah satu ikon telinga keldai di Gunung Kinabalu turut rosak akibat gempa bumi itu.Ikon itu dikatakan sebagai lambang kebanggaan Negeri Sabah.

Ramai penduduk Sabah (termasuk aku) mengaitkan kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu pada Jumaat lepas terjadi disebabkan oleh 'Sumpahan Penunggu Gunung Kinabalu'.Kalau korang ingin mengetahui cerita nya,korang boleh KLIK SINI untuk mengetahui cerita lebih lanjut lagi.


Laluan pendakian ke Gunung Kinabalu juga turut rosak akibat dihempap batu besar.


 Jasa Malim Gunung Kinabalu yang bertungkus - lumus menyelamatkan nyawa pendaki Gunung Kinabalu yang terkandas di Puncak Kinabalu.


Dalam kenangan...Robbi Sapinggi..#Wira Kinabalu...#Malim Gunung Kinabalu...# Salam Takziah buat keluarga mendiang...


Seoarang lagi wira Malim Gunung Kinabalu yang telah menyelamatkan nyawa seorang pendaki Gunung Kinabalu yang tercedera akibat gempa bumi.


Sebelum dan selepas kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu pada Jumaat lepas ( 05 Jun 2015 ) yang telah mengorbankan beberapa nyawa.


Kreatif sangat mereka menghasilkan lukisan tersebut di depan bangunan Suria Sabah Shopping Mall sempena mengingati pengorbanan dan jasa - jasa Malim Gunung Kinabalu.


Ramai penduduk Sabah menyalahkan pelancong dari Eropah akibat perbuatan mereka yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu bulan lepas dan akhirnya menyebabkan gempa bumi berlaku di Gunung Kinabalu Jumaat lepas ( 05 Jun 2015 ).

 


#Last aku pi Ranau ni tahun 2012 kalau ndak silap ku lah.Pigi sana pun pi melancong jak...Holiday la katakan.Tapi Puncak Gunung Kinabalu belum sampai lagi.Baru sampai di kaki gunung..Tu pun untuk bergambal sedja.Semua gambal tu pula ntah mana sudah letaknya.

#Salam takziah buat keluarga mangsa - mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu yang terkorban.

#Negeri Sabah berkabung pada hari ini ( 08 Jun 2015 / Isnin ) sempena memperingati mangsa - mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu.

#Berlaku satu gempa bumi di Gunung Kinabalu yang mengorbankan beberapa nyawa pendaki Gunung Kinabalu serta Malim Gunung Kinabalu ( 05 Jun 2015 / Jumaat ).


#Pray For Sabah.

#Pray For Ranau.

#Saya Anak Sabah.

#Negeri Sabah di Bawah Bayu...

#Dalam kenangan ( 05 Jun 2015 ) ...





 
 
 

 



Review : Mora Essential - Minyak Argan Asli

03 Jun 2015/Rabu
Assalamualaikum...

Satu produk yang telah dinamakan sebagai MORA ESSENTIAL telah dilancarkan oleh seorang selebriti wanita dan seorang photographer popular pada 14 Februari 2015 dan acara tersebut telah berlangsung di Juempa D'Rampo yang terletak di Bnagsar.


Yaaaa....ini lah dia selebriti wanita yang aku sebut-sebutkan tadi.Ini lah dia MIRA FILZAH yang merupakan pelakon,model,pengacara KLTV dan sekarang dah jadi usahawan jual MORA ESSENTIAL pulak.


 Selepas pelancarannya beberapa minggu kemudian,aku telah pun mencuba MORA ESSENTIAL ni.Masa tu harga masih dalam promosi iaitu SEMENANJUNG RM 50/FREE POSTAGE dan SABAH SARAWAK RM 55/FREE POSTAGE jugak.Harga sebenar MORA ESSENTIAL ni pulak ialah SEMENANJUNG RM 60/FREE POSTAGE dan SABAH SARAWAK RM 65/FREE POSTAGE.

Bila parcel dah sampai petang hari tu maka malam tersebut sebelum tidur aku apply MORA ESSENTIAL ni.Bila dah pakai kat muka and then dengan baunya yang memang wangi tuh memang best lah melekat di muka.Lembut jak wanginya.Biarpun nama nya MINYAK,tapi 100 % dia tak de bahan kimia.1 atau 3 titis pun korang sudah boleh guna dan sapu di muka korang.Berbaloi lah harga dia aku beli RM 55 untuk SABAH SARAWAK masa haraga dia sedang promosi.


Antara fungsi MORA ESSENTIAL ni ialah :

1) ANTI - PENUAAN : Mengurangkan garis kedutan di muka.

2) MELINDUNGI & MERAWAT : Kulit daripada sejenis masalah kulit seperti jerawat,kulit kering 
     dan alergi gatal - gatal pada kulit.

3) UNTUK KULIT : Yang lebih bersih dan cantik.

Yang paling penting MORA ESSENTIAL ni 100 % minyak argan asli dan tiada bahan aktif / kimia didalam kandungan produk ini seperti yang aku katakan tadi.Minyak argan ni jugak boleh dijadikan sebagai toner kulit,pelembap kulit,serum atau pun sebagai asas solek.Sejak adanya MORA ESSENTIAL ni,segala CC CREAM or bedak muka aku tak pakai dah dan aku hanya pakai MORA ESSENTIAL ni jak sebagai make - up base harian aku.Serius !!Jadi glowing muka lepas pakai produk ni.Lagi pun,produk ni bertahan sampai sebulan.Jimat beb !

Baru - baru ni,MORA ESSENTIAL dah bertukar wajah.Comel pulak wajah baru MORA ESSENTIAL ni.


Haaaa...inilah dia wajah baru MORA ESSENTIAL dan harga MORA ESSENTIAL ni pun dah berubah jugak akibat daripada masalah peningkatan kos yang semakin meningkat.Harga MORA ESSENTIAL yang sekarang ialah RM 60 cuma exclude postage.Untuk SEMENANJUNG RM 6 dan untuk SABAH SARAWAK RM 10.Rasa berbaloi jugak harga MORA ESSENTIAL yang dulu dan yang sekarang dengan saiz botolnya yang comel entah berapa ML tu lupa pulak aku.

                                        MORA ESSENTIAL dah sampai dari MOROCCO.

Kepada sesiapa yang nak try guna MORA ESSENTIAL ni,boleh la korang pergi ke 

Instagram MORA ESSENTIAL

Facebook Page MORA ESSENTIAL

Whatsapp MORA ESSENTIAL : 014-6211280

Papaiiiii...