Kenapa Secara Tiba - tiba Kita Teringat Dengan Seseorang??

30 Januari 2015/Jumaat
Assalamualaikum...

Apa maksudnya secara tiba - tiba kita teringat dengan seseorang walaupun kita tidak langsung tak pernah ingat dengan orang itu??

Nampak pelik tak dengan perseoalan aku??

Ya...Bagi korang,memang pelik kan dan bagi aku pula lagi pelik.

Sebab...

Aku pun tak tahu macam mana orang yang langsung tiada kaitan dengan aku,and then kami tak pernah berhubung....tiba - tiba pula aku teringatkan dia selepas aku terbangun dari tidur.

Adakah aku yang rindu dengan dia atau dia yang rindu dengan aku??

Rindu aku yerr??Ehmm...Siapa lah yang nak rindu rinduan dengan aku ni??!!Hahaha...

Tapi,tu lah..aku pelik...Kenapa orang yang tiada kaitan dengan aku dan secara tiba - tiba aku teringat kan dia...

Korang pernah tak mengalami kejadian seperti ini.Datangnya secara tiba - tiba bukannya kita yang selalu teringatkan dengan seseorang..

Kalau selalu kita teringatkan dengan seseorang tu walaupun hari - hari kita nampak dia,itu angau dah namanya.Tapi,bagi persoalan aku ni ia berlaku secara tiba - tiba...

Orang dulu - dulu cakap,kalau kita tiba - tiba teringatkan dengan seseorang tu,maknanya orang tu sedang ingat kita dan kawan - kawan aku juga cakap begitu.Jawapannya sama.Tapi,betul ke ni??

Review : Suamiku En. Perfect 10

25 Januari 2015/Ahad
Assalamualaikum...

Seperti mana kita tahu,filem Suamiku,Encik Perfect 10! ni merupakan filem adaptasi dari novel hasil tulisan novelis Syamnuriezmel.Filem dah pun ditayangkan di pawagam bermula pada 22 Januari 2015/Khamis dan kepada sesiapa yang belum berkesempatan untuk menonton filem ini,cepat-cepat lah korang pergi ke pawagam berdekatan dengan korang untuk menonton filem ini sebab jalan ceritanya tersangat sangat lah best...Paling aku suka watak Aaron Aziz..Hehe..



Jom...kita baca dulu sinopsis filem Suamiku,Encik Perfect 10! ni...

 Kisah Suamiku, Encik Perfect 10! bermula apabila satu pertemuan yang tidak diduga di antara seorang pelajar perubatan iaitu Aleeya Azmeen dan Zarief Danial, seorang ahli perniagaan ketika mereka sama-sama dalam penerbangan pulang dari Heathrow, London ke KLIA, Malaysia. Pertemuan itu akhirnya membawa mereka menjadi pasangan suami isteri. Namun, perkahwinan itu hanya lakonan semata-mata bagi mengaburi mata keluarga Aleeya dari mengetahui tentang kisah sebenar yang disimpannya.
Sementara itu, Zarief yang sudah pun bertunang dengan Azura Hanim mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangan itu kerana mula menyayangi Aleeya. Di saat cinta mula berputik di antara Aleeya dan Zarief, bekas kekasih Aleeya iaitu Syed Muzaffar kembali bagi menuntut cintanya. Konflik bertambah rumit apabila keluarga Syed Muzaffar turut campur tangan dengan cuba merebut anak yang dikandung oleh Aleeya kerana ingin mendapatkan waris demi harta dan kekayaan.
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar yang merupakan ayah kepada anak yang dikandungnya? Atau Zarief Daniel iaitu lelaki yang berjaya mengubat lukanya sebelum ini? Adakah Aleeya Azmeen akan memperolehi suami encik perfect 10 seperti yang diharapkannya selama ini?
 
 
Yang ni cerita time dalam flight.Perkenalan pertama antara Aleeya Azmeen dan Zarief Daniel.

Part yang ini pula,Zarief Daniel jadi penyelamat Aleeya Azmeen.

Dan,yang last ni pula adalah part di mana Zarief Daniel melamar Aleeya Azmeen...Dan,disini start  sudah  part yang sedih-sedih sampai menusuk di kalbu...Ceewahhh!!

Kalau masuk part yang sweet-sweet tu,boleh melayang aku dibuatnya,mengalahkan heroin dalam filem tu pulak...Alahai!!Sudahlah aku minat sama Aaron Aziz dan Lisa Surihani.

 

 
 
 

Anugerah Juara Lagu 29 ( 18 Januari 2015/Ahad )

19 Januari 2015/Isnin
Assalamualaikum....

Fuhhhhhh!!Masih terngiang-ngiang lagi AJL29 semalam yang mana persembahan Mojo yang dibawakan oleh kumpulan Caliph Buskers.Punyalah semarrtttt suara dia nyanyi lagu Roman Cinta semalam...Aku bagi 10 bintang sama dia..hihi...

Fuuhhh!!Pasti ramai kan yang tengok AJL29 semalam....Ada persembahan yang best lepas tu ada persembahan yang tak best..Hahaha..Jujur aku cakap...Tapi,bila persembahan kumpulan Mojo yang dibawakan oleh Caliph Buskers,Fuhhh...Terdiam aku tengok dorang buat persembahan.Terpegun dan sebak...Memang terbaiklah semua kumpulan Caliph Buskers.

Lepas  habis persembahan, semua bersorak gembira. Bukan stakat dalam stadium, kat rumah pun terjerit-jerit. Kan? Dan seperti yang diharapkan Mojo menang persembahan terbaik!Alhamdulillah. Happy sangat-sangat. Rezeki OKU. Jangan pandang rendah ok..

Tapi,kenapa bukan Awira yang membuat persembahan di atas pentas?Nak tahu sebabnya??Okeh..Jom baca kat Kumpulan Caliph Buskers.Aku pun baru tahu hari ini....

Senarai Pemenang AJL29

Juara -  Joe Flizzow & Sonaone ( Apa Khabar )
Naib Juara - Shila Amzah ( Masih Aku Cinta )
Tempat Ketiga - Dayang Nurfaizah (Di Pintu Syurga )
Persembahan Vokal Terbaik - Dayang Nurfaizah ( Di Pintu Syurga )
Persembahan Terbaik - Mojo (Roman Cinta )

P/S - Sebenarnya,aku tidak puas hati kenapa Shila Amzah pula yang menang tempat kedua??Aku ingatkan Hafiz atau Alyah yang menang..Rupanya...Erhmmm..Persembahan Shila Amzah di AJL29 semalam tidak menonjol sangat..So,apa pun tahnia lah kepada para pemenang...

Review : Strawberi & Karipap ... Sesat Kat Paris

10 Januari 2015/Sabtu
Assalamualaikum...

Haaaa...aku tahu betapa lambat nya aku nak review pasal filem ni.Sepertimana yang korang tahu,filem ni dah pun ditayangkan di Astro First.Dan,sesiapa yang belum lagi menonton wayang ini,korang boleh beli DVD nya di kedai..Hehe..

Misi Satukan Cinta , Jadi Sesat di Kota Cinta.

Cerita ini memaparkan pengembaraan dan kegigihan dua kanak kanak iaitu Nini (Mia Sara) dan Haikal (Rykarl Iskandar) ke Kota Paris untuk menyatukan cinta Aunty Lisa (Nelydia Senrose) dan Pak Su Hairi (Zizan Nin) yang semakin renggang.Misi mencari makcik Lisa di Paris menjadi hura hara apabila Nini dan Haikal sesat di kota besar itu.Nini dan Haikal memulakan pengembaraan yang hebat mencari makcik Lisa mereka yang mendapat tawaran kerja sebagai jurugambar profesional di Paris.Pelbagai peristiwa lucu berlaku apabila dalam perjalanan itu mereka secara kebetulan telah bertemu dengan pasangan suami isteri iaitu Sofea (Lisa Surihani) dan Faris (Nabil Ahmad) yang sedang berbulan madu.Pengembaraan mereka menjadi huru hara apabila secara tidak sengaja telah merosakkan percutian Sofea dan Faris yang baru berkahwin.

Berjayakah Nini dan Haikal untuk menyatukan cinta Aunty Lisa dan Pak Su di Paris??

Kalau korang nak tahu sampai habis pasal cerita ni,korang bolehlah langgan cerita ni di Astro First atau korang boleh beli DVD nya..



Selamat menonton...

Murah...Murah...Jom Shopping di Tudung2u.com

10 Januari 2015/Sabtu
Assalamualaikum...

Korang pernah dengar tak pasal website Tudung2u.com??Pernah tak??Pernah tak??Kalau korang tak pernah dengar pasal website Tudung2u.com ni,meh sini...Aku nak kongsikan sedikit sebanyak pasal website Tudung2u.com ni...

Asal korang nak tahu yah,Tudung2u.com ni merupakan tudung online shop yang terbesar di Malaysia dengan fesyen tudung terkini dan terbaru.99.1 % pelanggan mereka berpuas hati dengan kualiti dan harga barang yang dijual dalam website Tudung2u.com.

Betul ni.Aku sendiri pun sangat sangat berpuas hati dengan barang barang yang mereka jual sebab mereka jual barang mereka dengan harga yang murah.Serious!!Sangat sangat murah.

Di dalam website Tudung2u.com ni,dorang ada jual bermacam macam jenis tudung antaranya ialah Tudung Bawal (Tudung Bawal ni banyak jenis dorang jual),Shawl Half Moon,Shawl Labuh,Tudung Chiffon Awning,Tudung Lycra Awning,Tudung Syria,Tudung Hoodie dan bayak lah lagi jenis jenis tudung yang di jual dalam website Tudung2u.com ni.

Dan...tidak dilupakan juga selain tudung dijual di website Tudung2u.com ni,aksesori tudung juga ada dijual di website Tudung2u.com ni seperti kerongsang,gelang tangan dan rantai.

  


Wah...lawa lawa kan semua sampai aku pun jadi rambang mata mau beli semua ni barang barang yang ada di website Tudung2u.com ni..Hihi...

Kalau korang nak shopping untuk beli barang barang tersebut,korang bolehlah pergi bershopping di website Tudung2u.com ni..Hehe..

WEBSITE : Tudung2u.com.my 
SMS / WHATSAPP : 017-3585244
EMAIL : Contact@Tudung2u.com.my



 



Kepada student yang nak masuk sem baru yah!

09 Januari 2015/Jumaat
Assalamualaikum...

Fuhhh!!Rasa penat sangat hari ni banyak benda kena buat.Kemas rumah sewa selepas dua minggu bercuti.Yeahh!!Kerja part time di rumah sewa sendiri ketika waktu hujung minggu di rumah sewa sendiri.Rasa nak duduk diam pun tak boleh sebab selagi rumah tu kotor selagi tu lah aku tak boleh duduk diam..cehh..By the way,siapa siapa yang dah tengok result final exam KYS semester lalu tu,tahniah di ucapkan.

  • Pejam celik....pejam celik...lagi beberapa hari lagi nak masuk semester baru kan...
  • Dah masuk semester baru ni...nak tanam azam baru...
  • Tak nak ponteng kelas...
  • Tak nak buat assignment last minute...
  • Tak nak enjoy banyak sangat...
  • Tak nak selekeh selekeh bila pi kelas...
  • Tak nak main makdal makdal...opss...makdal makdal not my type...ok..
Haaahhhh....lepas ni siapa yang nak tanam azam,tanam kat kolej atau university,baru lah tercapai,dari tanam azam kat mulut je...Hehe...

Semester Baru Pun Bermula

7 Januari 2015/Rabu
Assalamualaikum...

Hello!!Hello!!Hello!!
Yeah,now sekarang ni kita dah pun berada di tahun baru 2015 di mana aku pun juga berada dalam semester baru pada tahun ini...

Semester 4 dalam bidang Diploma Teknologi Binaan Bangunan (DBB) adalah semester yang busy.Sebab kebanyakannya semua yang aku pelajari dalam semester 4 ni adalah dalam bentuk amali.Lagi lagi semester ni semester pendek sampai bulan 4 je aku belajar.Last belajar dalam semester 4 ni tarikhnya aku belum tahu lagi sebab belum tengok takwim lagi.

Harap-harap sepanjang aku berada dalam semester 4 ni,dapat lah aku update blog sekali sekala.Tak nak yang macam dulu.Beberapa bulan blog terabai gara gara busy yang sangat sangat busy masa tu.

Doakan saya supaya pada semester ini lagi sukses dari semester yang lepas.Amin.

Cerita Hujung Minggu Aku

04 Januari 2015/Ahad
Assalamualaikum...




Aku ni bukanlah seorang yang rajin,tetapi bab bab pasal kebersihan bahagian dapur rumah ni aku rajinkan jugalah untuk tulang aku yang ada 4 kerat ni..Nak kata rajin sangat tidaklah.Tapi,kalau mood aku masa tu mood rajin alamatnya bersih lah tu ruang dapur aku kerjakan.

Kenapa aku hari ini tiba tiba bercerita pasal bahagian dapur rumah pulak??Sebabnya,sampai sampai aku di rumah sewa kemarin,ya Allah...terdiam seketika aku tengok peti sejuk kat dapur tu.Peti sejuk tu kering.Tidak sejuk.Bila buka jak pintu peti sejuk tu,erhm...macam macam bau yg keluar..Nak aku ceritakan lagi sampai habis??Oh..aku tak sanggup.haha..Apatah lagi nak bersihkan peti sejuk tu..

Tapi....

Mau tidak mau aku kena jugak bersihkan peti sejuk tu pada waktu itu juga.Nak tunggu housemeet lain,oh....rasanya...tak payahlah..sebab keadaan peti sejuk kat rumah sewa aku tu berada dalam keadaan yang sangat sangat kritikal masa tu...OMG...

So,aku mulakan dengan bismillah....

Mula mula aku buang semua barang yang ada di dalam peti sejuk tu sebab barang barang yang ada dalam peti sejuk tu semua sudah tidak boleh di selamatkan lagi..So,aku buang je lah semuanya.Tidak kan jugak kan aku simpan sampai habis semester tu barang barang yang sudah rosak.Hihi..

Lepas tu,aku bukalah satu satu rak dia untuk memudahkan aku membuat kerja pembersihan badan peti sejuk tu.

Bila semua aktiviti pembersihan peti sejuk tu dah selesai,so aku akhiri dengan ucapan alhamdulillah..
Siap dah kerja kerja tu semua alah...rasa lapar la pula..Makana lagi tak ada masa tu..Tapi,baru ingat...Delivery kan ada...hihi...So,aku delivery je lah makanan..

Dan,seterusnya,alhamdulillah...Kenyang jugak akhirnya..hihi...

So,lepas kenyang,duduk diam diamlah aku sampai lah aku tertidur...Zzzzzz....

Hello 2015


01 Januari 2015/Khamis
Assalamualaikum...

Happy New Year !!

Terima kasih kepada tahun 2014 untuk pelbagai pengalaman yang menarik yang tidak dapat dilupakan.Sebenarnya,aku sudah terlupa lebih 50 % kenangan aku pada tahun 2014.Namun aku sangat berterima kasih kepada lappy ku kerana masih sudi menyimpan semua foto foto aku di tahun 2014 ini.

Kehidupan aku sebenarnya tiada yang menarik...Sangat sangat tidak menarik...cuma aku suka mengingati kembali peristiwa peristiwa yang telah aku lalui sepanjang berada di tahun 2014 dan kalau aku ingat pun aku akan ketawa sendiri bila mengingati semua peristiwa itu....Hehe...Bagi aku,apa yang berlaku dalam kehidupan kita adalah mempunyai kenangan dan pengajaran yang membuatkan kita akan menjadi lebih dewasa dan matang...Cewah..ayat..

Imbasan 2014 =)

  • Samsung Galaxy Grend Quatro akhirnya menjadi milik ku sudah..hihi..10 Ogos 2014..

  • Mandi air tejun di Kiansom,Inanam with housemates...16 Ogos 2014...

  • BBQ time with classmates at Pantai Teluk Likas,Kota Kinabalu...24 Ogos 2014...

  •  Bermula lah sudah assigment lukisan iaitu Lukisan Sivil & struktur 2...Tarikh nya aku tidak ingat..kikiki...
  • Last amali Kerja Bata...
 



  • Time dah ready untuk presantation Penulisan Ilmiah...

  

  • Penialaian Lukisan Sivil & Struktur 2...21 Oktober 2014...


  • Selfie with lecturer after final exam finish...
  •  Selfie with Santa Clause with frends at 1borneo Hypermall,Kota Kinabalu..hhuu..

  • And,the last oh the wold is a me..haha..


Kira-kira,kehidupan aku dalam tahun 2014 kebanyakannya adalah sebagai seorang pelajar.Aku berharap agar pada tahun ini akan kehidupan ku akan menjadi lebih baik daripada tahun lepas...Amin...