Sejauh Mana Korang Selesa Bergelar Single??

14 Februari 2015/Sabtu...
Assalamualaikum...

Hey,aku nak tanya korang ni...Sejauh mana korang selesa bergelar single?Mesti korang terfikir kan sekarang ni dah berapa lama korang single.Ada yang lama,ada yang sekejap...Kan..Tapi,tipulah kalau korang cakap yang korang tak pernah hidup single.Ya kan..Mungkin ada di antara korang yang hidup single tidak lama dan mungkin ada yang hidup single sudah lama.(Cakap orang,diri sendiri yang menaip ni pun lama juga hidup menyingle ni...kikiki...).Hahahahaaaa....

Tapi betul lah kan.Ada di antara kita yang sudah lama hidup single.Orang yang lama sangat  single ni susah sangat nak bercinta balik kan sebab dia rasa lebih selesa hidup single ni sebab dia tak berharap sangat kepada pasangan nya itu.Dia boleh buat sendiri dengan apa yang dia mahu tanpa bergantung harap sama orang lain.Tak payah fikir sakit hati,otak tidak berserabut fikir pasal pasangan dan macam macam lah kan kalau dah masuk dunia percintaan ni.Hihi..Tak kan nak beli barang keperluan pun nak harapkan pasangan jugak??

Tadi,aku ada terbaca pasal Tanda Tanda Terlalu Selesa Bergelar Single di blog NISA KAY dan dia tanya SEJAUH MANA KORANG SELESA BERGELAR SINGLE?Sekarang,aku nak jawab soalan dari NISA KAY...hihihi...

1.Bila kena tanya mengenai status hubungan, korang boleh jawab dengan jujur, takde dolak-dalih, takde kisah drama samarinda ke apa. Sebab korang tak rasa dengan menjadi “single” tu memalukan atau salah.

2. Bila ada orang merasakan “Eh something wrong la kan si polan tu, duk single je dah berapa lama dah tu..” Maka, korang pulak akan membuat kesimpulan bahawa orang yang berprasangka itulah yang something wrong nya ! Kann ???

3. Korang abaikan saja mesej-mesej manis yang datang dari entah siapa-siapa sebab korang tahu yang korang takde masa nak layan benda-benda yang kelihatannya bukan untuk jangka masa panjang. Korang boleh dapat agak kalau seseorang tu tak serius dengan korang atau pun orang tu tidak muncul sebagai “pasangan berpotensi” HAHA !

4. Korang mungkin ada keinginan serta perancangan awal untuk berkahwin, settling down.. tapi korang tak pernah rasa tertekan mengenainya, jauh sekali nak rushing cari calon ke apa. Korang takde lah rasa tertekan nak melancarkan kempen “30 hari mencari cinta” ke apa.

5. Korang tak suka atau RIMAS dengan ideologi (perghh) bahawasanya kalau korang ada kapel dengan someone, korang kena mintak izin atau repot kat pasangan korang mengenai setiap benda yang korang buat. Nak keluar kedai beli Kotex pon nak repot ke ? Hahaa. Sudahnya, korang lagi selesa single. Pergi mana-mana pun sukahatilahh.

6. Korang takde masalah bila bersendirian. Korang tak rasa serba kekurangan tulang rusuk ke, tulang kaki ke, sup tulang ke. Hahaha.. Korang just.. nikmati masa yang ada dan lakukan apa yang korang nak.

7. Korang tak rasa terkilan di atas kegagalan hubungan lalu. Haa malah, bersyukur pulak yang hubungan tu berakhir ! Takde sakit hati, takde makan hati ke.. limpa ke.. Kalau hubungan tu tak berakhir, korang tak sebahagia sebagaimana korang sekarang. Haaa gituu !
 
Waduuuhhh....banyak nya...Rupanya ada 7 benda yang aku rasa selesa bila bergelar single ni.Hihi..Ni betul tau,bukan main main..Ya..Memang aku rasa selesa bila hidup single ni.hihi...Sejujurnya,bagi aku tidak salah kalau hidup single lama lama ni.Kalau jodoh belum sampai,takkan nak dipaksa-paksa pula nak datang kat korang dengan cepat.Tidak.Bukan begitu.Jodoh kita Allah dah tentukan.Dan sekarang,aku betul betul rasa selesa dengan kehidupan aku sekarang ni...:)..

Tapi,tidak apa...Hanya bersabar dan menunggu masa yang sesuai bilakah Allah akan hantarkan kepada ku seorang bakal imam yang sudah Allah pilih untukku..Cehhh...Ayat...

Travel : Nurul Baidurah ke Kudat...

14 Februari 2015/Sabtu...
Assalamualaikum....

Halloooo....

Pada 01 Februari 2015/Sabtu,saya berpeluang untuk mengembara ke daerah Kudat.Ini adalah kali pertama saya sampai ke Kudat.Kudat merupakan salah sebuah daerah di Sabah dan ia terletak di bahagian paling utara bagi negeri Sabah ini.Untuk pengetahuan korang semua,ada sebuah tempat di Kudat ini yang terletak di penghujung Kepulauan Borneo.Tempat tersebut yang dikenali dengan nama PENGHUJUNG TANDUK BORNEO adalah THE TIP OF BORNEO,TANJUNG SIMPANG MENGAYAU.Saya bertolak dari Kota Kinabalu seawal jam 9 pagi dan sampai di Kudat adalah dalam jam 12.30 tengah hari kot.

Jom...kita layan beberapa gambar semasa saya di Kudat.

Ini adalah tanda aras THE TIP OF BORNEO
TANJUNG SIMPANG MENGAYAU...

THE TIP OF BORNEO...
TANJUNG SIMPANG MENGAYAU....

THE TIP OF BORNEO
TANJUNG SIMPANG MENGAYAU
Dapat juga akhirnya merasa kan menyentuh itu tanda aras di Kudat...

Gambar di ambil dari atas


Melihat pemandangan pantai di mana air nya bersih serta kebiru biruan gitu...








Dari sinilah korang boleh lihat dua laut telah bertemu iaitu LAUT CINA SELATAN dan LAUT SULU.Memang jelas kelihatan dua arus dari dua lautan ini bertemu dan akan terbentuk seperti sebuah lorong air.

Hanya mampu tunjuk jak dari atas sebab saya tidak berani turun ke bawah kerana angin terlampau kuat...Hahaha...

Kuat betul anginnya sampai saya pun mau ikut terbang.Eh,salah..Kuat betul anginnya sampai beg saya pun sikit lagi ikut terbang..Hehehe...

Sempat menjamah JAGUNG BAKAR di Kudat...

Hidangan tengah hari...
NASI GORENG AYAM...

Cerita pasal nak ke Kudat...
  • Tidak perlu bawa banyak duit ke TANJUNG SIMPANG MENGAYAU sebab di sana tiada jual jual.
  • Korang kena cari makan di Pekan Kudat sebab di sana baru ada jual jual.Hihi..
  • Benda yang harus di bawa ke TANJUNG SIMPANG MENGAYAU ialah CAMERA dan MONOPOD.Kenapa?Sebab bila sampai sana,korang akan teruja dengan keindahan alam di TANJUNG SIMPANG MENGAYAU.Bergambar sekali,korang rasa tidak akan puas sebab tempat di sana terlalu cantik.Mesti ambil gambar banyak-banyak.Hihi.
  • Waktu-waktu yang sesuai korang harus ada di TANJUNG SIMPANG MENGAYAU ialah waktu tengah hari atau time cuaca dalam keadaan baik.Maksudnya cerah lah.
Itu saja yang saya nak cerita kan ngan korang kalau korang ada planning nak ke Kudat tapi jangan lupa yah ajak saya sekali..Hehehehe...

Selamat membaca..