Kenapa Blog Aku Sunyi Sepi?

21 November 2016/Isnin

Assalamualaikum

Uwaggggggghhhhhhhhhhhhhhhhh..Lama dah aku tak pot pet pot pet kat dalam blog ni.Kalau dulu syok jer and rajin jer aku update apa-apa cerita kat blog.Almaklumlah cerita ku banyak aku share kat facebook dan insta tu lah sebab nya blog pun jarang-jarang berupdate.Maybe umur aku dah meningkat kot sebab tu lah kalau ada masalah aku lebih banyak berdiam diri daripada ceritakan dengan orang lain.Cehh..

Sekarang aku baru je nak melibatkan diri aku dalam dunia bisnes.So,hari-hari dari pagi ke sampai malam insta jer lah yang aku hadap.Bisnes aku ada dua.Satu aku jual Skincare dan yang kedua lagi aku jual shawl dan inner.Jeng jeng jeng..

Selama blog aku menyepi ni,macam-macam yang dah terjadi dekat aku Mula-mula Aku dah habis study.Lepas tu aku mula melibatkan diri aku dalam duni bisnes.And yang terbaru aku dah pun selamat berkonvo.........Yeahhhhhhhhhh!!Alhamdulillah.And now i nak kembangkan lagi bisnes aku yang baru jer bermula.Korang korang korang,korang boleh lah follow ig bisnes aku ya..hek...hek..@N.a.nhijabs_ dan @ejbynbdrah_ ..Tq korang!Jangan risau..Semua harga mampu milik..:)..

So,lain-lain story nanti aku ceritakan key bila mood rajin aku dah ada..:)..

Terima kasih kerana sudi baca entry ini.

Blog Berbaju Baru lagi??

11 Oktober 2016/Selasa

Assalamualaikum

Uwarghhhhh..Lama rasanya aku tak hupdate blog ni..Rindu pulak nak bebel panjang-panjang kat sini.Ada nampak perubahan kah blog aku ni??

Designed template tetap sama cuma aku tukar colour jer.Header pon tetap sama.Sebab aku nak tukar warna blog ni sebab aku nak nampak blog aku ni segar freshh lah katakan.Aku nak korang nampak blog aku ni macam korang sedang tenung laut.Biar nampak ada kedamaian di situ.Cehh..


So,aku harap korang dapat lah terima designed blog aku yang baru ni..Dan dapatlah aku jalan-jalan ke blog korang lagi..Kan..

Semua designed blog ni 100% aku edit sendiri tau kecuali icon-icon comel tu dengan header tu aku tempah dengan blogger hebat yang pandai edit cantik-cantik blog orang..Kalau korang nak cari tutorial yang mudah dan senang faham meh lah rujuk kat senarai BLOGGER TUTORIAL yang aku baru buat tu..:P..

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

PLMPB : Ujian jpj (Part 4)

20 September 2016/Selasa


Assalamualaikum




Haiiiii......Bersambung lagi kita entri pasal test jpj kali ni..Ni dah masuk ke bahagian 4 dah..Orang lain post entri dorang pasal test jpj ni satu atau dua entri...Sementara aku nih sampai ke part 4 pulak dah..haha..Nampak tak aku lah orang yang paling bengap sekali update entri pasal test jpj sampai 4 bahagian..Hahaha...Kalau nak kecam aku kecamlah..Tak ku kesah..hahaha..Okay lah..aku nak teruskan cerita aku pasal ulangan test aku yang keempat ni...Wkwkwkwkwkwkwkwkwk..

Lepas dah bayar yuran apa semua aku dah dapat dah no giliran aku yang keberapa...Nak tahu yang keberapa??Haaa....Giliran aku masa test ulangan yang keempat ni ialah no 3...Yesss...Nasib bukan no 1 lagi and kali ni calon mengulang banyak pulak ya sampai 8 orang..Huhu..Rata-rata perempuan yang ramai mengulang masa ni dan semua pun kandas di bukit...Okay kita geng!Haha,,

Sebelum ceramah mula,yang calon ulangan tu termasuk aku kumpul lah sama-sama di luar...Nak masuk ke bilik kuliah ke atau tak payah sebab nanti tu penceramah dia suruh calon ulangan keluar jugak..So,ngam-ngam pegawai jpj masa tuh dah sampai dan penceramah tu pun dah nak mula dah ceramah dia...kami pun tanyalah dengan penceramah tu...Penceramah ni pegawai jpj ugak ya..
"Tuan,kalau kami yang calon mengulang ni bolehkah kami ndak payah lagi masuk dalam..Kami tunggu di luar jak.."Penceramah tu pun jawablah "Boleh..Kamu tunggu di situ lah..Tempat biasa ar.."...Okay cun...Kami pun tunggu lah di ruangan menunggu bahagian 1 (RPK & RSM)..

Tunggu punya tunggu..giliran no 1 pulak kena panggil dah..Fuhh!!Nasib aku bukan no 1..Kalau tak..Habis bergegar seluruh badan..Haha..Giliran no 2 dah pun di panggil dan tiba giliran aku pulak yang kena panggil.Dan...aku pon siap dapat pegawai jpj yang pendiam tapi dalam diam ubi berisi..Hehe..Pegawai tu tanya aku "Nama siapa"...Berkerut dahi aku tiba-tiba dia tanya nama aku pulak..Padahal first aku jumpa dia dia jumpa aku...siap main kutuk lagi jerawat aku ya masa tu..Kalau korang belum baca lagi cerita tu boleh baca entry ini ya...Aku jawab lah soalan pegawai tu "Nurul Baidurah"..Pegawai tu pun suruh aku mula.."Okay mula"

Sebelum aku mula tu,sempat lagi aku senyum-senyum dengan kawan baru aku tu...Giliran dia ni n yang ke-4..Entah pasai apa tetiba aku senyum sama kawan baru aku tu..Hahahaha..Lepas RPK dah siap now buat RSM pulak..Nasib yang ni aku salah sikit jak..hihi..sudah..gerak-gerak lah sudah tangan pegawai tu tick mana-mana kesalahan yang aku buat..Nasib jak kena potong markah..Kahkahkah...Kan sudah aku kata pegawai ni diam-diam ubi berisi..Erhm...

Siap dah bahagian 1 (RPK & RSM) kini..tiba pulak bahagian 2 (litar)...Ni yang aku nerbes sangat nih..Takut tak lepas lagi kali ni..Dalam otak aku masa tu...kalau aku tak lepas lagi test kali nih...aku kasih pancit lah tu tayar kereta viva..haha..

Bila tenaga pengajar dah keluar kan pembesar suara dan pegawai jpj pon dah berdiri nak gerak ke bahagian litar..tu tandanya nak mula dah test kat litar..Tapi..bila dah nak mula...calon baru pulak yang kena panggil...Hairan lah kami yang calon ulangan ni belum lagi kena panggil untuk test..So tunggu jak lah...Boleh lah hilangkan sikit rasa nervous tu...Boleh borak-borak dengan kawan baru..Sebelah menyebelah..

Time tengah borak-borak kat ruang menunggu tu kan,tetiba hakak comel chubby tu tanya dengan kami yang calon ulangan ni "kamu bila mula test?Belum kena panggil lagi?"Kami cakaplah "Belum lagi"..Ngam masa tuh ada sorang cikgu tu entah nama dia apa dia kata "sampai no 10 calon baru dah buat test,baru calon ulangan pulak yang buat test"Alright...cantekk..hihi..So tak lah nervous sangat aku masa tu..

Tiba sudah giliran calon ulangan no 1 dah dipanggil,aku tenang jak tunggu giliran..No 2 pon dah kena panggil dan tiba lah giliran aku untuk buat test kat litar,aku mulakan peralanan ke litar dengan bismillahirrohmanirrohim..

Sebelum nak masuk selekoh s pon aku baca bismillah jugak.Dan akhirnya...yesss..pass jugak aku dekat selekoh s...Asal korang tahu eh..asal aku nak masuk selekoh s mesti aku tak pernah failed kat situ..hihi..dan test yang keempat ni pon aku lepas jugak keluar dari selekoh s tu..hehe..

Now,kita ke bukit pula..Macam biasa lah..Berhenti kejap sebelum naik...sebelum naik tu kan sempat lagi aku tengok siapa pegawai yang jaga di bukit masa tu..Sekali aku tengok..ouh..pegawai yang pendiam tapi dalam diam ubi berisi...okay...pegawai ni ok sikit..jangan jak pegawai yang suka saiko tu yang jaga bukit pulak....Rest punya rest..tekan hon..vrommmm vrommmm...kereta dah naik atas bukit..Pegawai tu tegur "Turun balik...Tayar ndak sampai di garisan kuning"...Aku pon tengok lah tu tayar...Ouh ya..betul..tak sampai di garisan kuning..Tu lah..sempat lagi aku kutuk dorang tadi..haha..Aku naik jak yang kali kedua ni ok!!Cun cun di garisan kuning sebab aku tengok cermin sisi aku cun jugak dengan tiang..Sikit lagi masa tu kereta berundur balik pi bawah..Nasib aku cepat jak kasih naik tu brek tangan free gear sama tekan clucth..Huh!!..kalau tak...erhmmm...see you next text lah jawabnya lagi..Tengah rest tu kan dah sampai jarum tu di angka no 3....kereta pon dah bergerak sikit dah...berngaum ngaum dia...aku pon cepat-cepatlah kasih gerak gerar pi gear 1 dan turunkan brek tangan lepaskan clucth perlahan-lahan..minyak jangan lepas dan automatiknya kereta yang aku pakai masa tuh turun jugak dengan selamat....Yeayyy...Lepas ugak bukit akhirnya...

Sebelum mula nak masuk parking sisi tu ada sorang cikgu tu dia tanya aku "No berapa kau"Aku jawab "no 3.."Cikgu tu cakap "Okay..pigilah masuk sana"Maksud nya dia suruh aku start test kat parking sisi lah...Bila dah mula tu..nak masuk dalam petak tu kan...sikiiiiiiiiiiiiiiit lagi aku lupa step dia..padahal semalam malaman aku dah pon hafal step dia...Aku baca bismillah then aku ingat balik lah apa yang aku patut buat..huhh!!Nasib...Bila cun dah aku kat dalam petak parking sisi tu,aku pandang tu pegawai yang jaga bahagian parking tu kan...aku tengok dia senyum buat isyarat tangan "okay ke tak"...tu pegawai tu angguk jak...Bila dah yakin....aku tekan hon then aku akhirnya berjaya keluar dari parking sisi dengan selamat...Yeayyyy...

Kini....tibalah bahagian tiga penuru pulak..ni kali mesti buat betul-betul..sebab hari tuh aku dah failed kat 3 penjuru ni..So,kali ni misti lepas punya..Tak der langgar benteng lagi sebelum ni..Berpandukan tips yang aku baca semalam...baca bismillah dulu...then..okay..cun...bila aku berenti ngam-ngam paras bahu ku di penjuru meja tempat pegawai tu duduk..aku tengok dia lagi..hahaha..tu pegawai macam besa lah..main angguk-angguk kepala jak..hihi..masa nak reverse masa tu,aku buat dengan berhati-hati dan cun cun jugak lah kereta tu reverse di belakang dengan jayanya..Bila aku nak keluar dari 3 penjuru tu kan...boleh-boleh pulak mati enjin dia..Masa aku nak hidupkan balik enjin dia tu pegawai tengok aku dan aku pon tengok dia balik...Nak mintak kesian lah tu...kahkahkah..Dan..aku pon keluar dari 3 penjuru tu dengan sangat berhati-hati supaya aku tak langgar benteng lagi dan akhirnya....aku berjaya jugak keluar dari 3 penjuru tu dengan selamat...yessss...

Dan paling last sekali..ialah selekoh z..Masa tu aku fikir jer..lepas ke tak lepas ni selekoh z..sebab selama aku ulangan test ni..belum pernah lagi aku masuk di selekoh z..hahaha..Demi tak nak failed lagi test..aku baca bismillah then aku ikut jak tips yang aku kena bagi..Tapi 2 kali jugak lah enin aku mati masa tuh..Dan yang terakhir kali nya aku tengok lagi tu muka pegawai tu...dia pon main angguk jak masa tuh..Akhirnyaaaa....aku lepas jugak kat selekoh z dan keluar dengan selamat...Yessss....



Finally....aku lulus jugak test ni..Yahuuuuuuu...Masa tuh jugakkan nak jugak aku bagitau satu kampung yang aku akhirnya lulus test setelah 4 kali mengulang..hahaha..Tahniah untuk diri sendiri..Yeayyy...Masa aku nak balik pi ruang menunggu..entah kenapa tiba-tiba aku tengok cermin pandang belakang kan aikk tetiba ada pulak pegawai jpj tuh ikut dibelakang aku..Aikh..ni dah kenapa dah ni??Aku gagal test ke lagi??Dia nak tahan aku kah?Atau dia nak iring kejayaan aku ke apa??Haha..Lagi-lagi pulak pegawai yang bawak kereta tu pegawai yang kasih gagal aku di lebuhraya yang tiba-tiba ikut di belakang aku..Dia ni dah kenapa...Bila dah sampai tu kan di pondok menunggu kawan baru aku cakap...tukar orang rupanya dorang sebab test kat lebuhraya dah nak mula untuk calon baru..Ouh..rupanya..ingatkan tu pegawai saja-saja nak ikut dari belakang aku semata-mata untuk meraikan kejayaan aku..haha..Perasan jak aku ni..Lolllzzzz...haha...

So,aku rasa sangat-sangat bersyukur sebab test ulangan yang ke-4 ni aku lulus jugak akhirnya biarpun ada spoil sikit tadi..Haha..Yang kawan baru aku pon lulus sudah dia..Syukur sangat-sangat lagi-lagi sekarang ni bulan puasa.Orang bilang berkat puasa ni ari..:)..

Terima kasih cikgu sebab cikgu sudi ajar aku bawak kereta sampai aku pandai walaupon kali ni cikgu mogok sama aku..haha...Terima kasih ugak sama kawan-kawan baru yang super mesra sangat-sangat membantu time test di litar...Aku pun lupa pulak tanya nama kamu..haha...tapi ndak pa lah..harap kita jumpa lagi..:)..

Terima kasih kerana sudi baca entri ini

PLMPB : Ujian JPJ (Part 3)

14 September 2016/Rabu

Assalamualaikum

Bila tarikhnya aku ambil test jpj yang ketiga ni aku pun tak ingat dah..Tapi baru sekarang nak cerita kat blog...hihi...Okay...teruskan bercerita!!

Bila tiba ujian jpj ulangan yang ketiga ni,time bahagian 1 (RPK & RSM) aku dapat pegawai jpj yang sporting dan kena-kena pula masa ni giliran aku aku dapat no 1 calon ulangan..haha...Mana kau nerbesnya waktu tu...Tapi rileks jer nak hadap muka pegawai jpj tu sebab kali ni pegawai dia sporting gila ar...Tanpa tunggu lama lagi pegawai tu suruh aku mulalah buat RPK & RSM..

Aku dah start lah..Mula-mula tu rileks jak tu pegawai di mea duduk-duduk..Tapi sampai bab kena suruh buka bonet enjin...berdiri pulak dia betul-betul ya sebelah aku..Mungkin dia nak pastikan kot sebutan aku betul atau tak..So,bila semua benda-benda yang ada dalam enjin tu semua aku sebut yeayyy...dia suruh aku masuk dalam pulak buat RSM..

jap....aku terpikir seketika masa kat dalam kereta tu..."Eh..tadi dia tak de suruh pun aku buka bonet belakang walhal aku dah buka pun dari depan..."Blurr sekejap..pegawai tu hairan kenapa aku belum mula lagi..."Dek..kenapa belum mula lagi?"Tersentak aku terus dari lamunan seketika...Cewahh...Nak cakap ke tak nak...Cakap ke tak nak..Tu jer yang aku pikir masa tuh...Sekali lagi tu pegawai tegur aku "Dek oh dek"...Aku pun terus tengok lah muka pegawai tu sambil tersenyum..."Dek,kenapa belum mula lagi?"Kali kedua dia tanya soalan begitu baru aku bersuara..Kahkahkah.."Tuan,bonet kat belakang saya belum buka lagi.."Tu pegawai cakap "Oh,tak apa lah...Saya kasih ko markah bonus sedja lah.."Wahhh...masa tu jugakk...lega sangat aku bila pegawai tu cakap begitu..Biar betul ni...Arr..biarlah janji dia bagi markah bonus walaupun aku tak buat..hahahahahaha..

Selesai dah aku buat RSM & RPK tu,tiba masanya pula untuk bahagian litar.Ya Allah..gugupnya aku masa tu hanya Allah jak yang tahu...Mana tak nya giliran aku yang duluan.Nombor 1 calon ulangan beb...So,bila dah di panggil untuk ke litar tu...pasrah jak aku masa tuh...Lepas ni,apa nak jadi dengan aku jadilah..So,pegawai tu suruh aku jalan....aku jalan jak lah...Let's go bebeh!!


Bila dah sampai di selekoh s,aku tekan hon dan pegawai tu main angguk jak kepala dia..Tu tandanya dah mula dah...Dengan berhati-hatinya aku bawak tu kereta masuk dalam selekoh s..Takut pulak aku masa tu sangkut jugak aku kat situ sebab test sebelum ni aku tak pernah lagi sangkut dekat selekoh s..Dan akhirnya...lepas jugak aku kat selekoh s.

Tiba pula di bukit...Time aku sedang rest minyak tu sempat lagi aku tengok siapa pegawai yang jaga masa di bukit tu..Sekali aku tengok alamak.....pegawai tu lagi...yang dulu kasih gagal aku di lebuhraya...alamakkkkk...macam mana ni...Risau sudah aku masa tu sampai aku lupa mau naik bukit..sampai tu pegawai tengok aku bah kenapa aku belum naik-naik lagi..Hahahaha...So,tak nak failed lagi aku tekan hon then vrooooommm...kereta dah di atas garisan kuning..Entah kenapa masa tu,buat hal pulak tu kereta sama aku..Cantek sudah ngam-ngam tayar tu di atas garisan kuning...Aku sudah kasih turun brek tangan..tekan clucth sama brek...Boleh-boleh pula kereta tu bergerak sikit ke belakang...Terus tu pegawai tajam mata dia tengok aku..Perghhh..Boleh lepas ke tak lepas ni..Tu jak yang aku fikir masa tuh...Aku angkat balik tu brek tangan...tekan clucth dan rest minyak sampai ke angka no 3...Dan aku turunkanlah tu brek tangan dannnnn..di situ kereta tu betul betul buat hal sama aku...Boleh-boleh pulak keret tu mengundur...2 kali dah aku undur bukit so automatiknya aku failed lah lagi test yang ketiga ni..Erhm...masa tu berfikir aku nak salahkan pegawai tu tak jugak...nak salahkan kereta tu pun tak masuk akal jugak...arghhhh...nantilah fikir...Kena sound lagi aku dengan cikgu aku..Maaflah cikgu sebab akulah pelaar cikgu ayng paling bengap sekali..Test tak pandai lepas-lepas..

Cikgu aku yang duduk kat situ pun terus dibuka kan nya pintu untuk aku disuruhnya aku keluar dari kereta tu sebab student ndak boleh sudah kasih turun tu kereta kalau sudah gagal..Pegawai tu sempat lagi panggil aku nak bagitau apa kesalahan yang aku buat..Huhh!!Masa kat lebuhraya pun (part 1) begitu jugak dia buat aku..Bagitahu apa kesalahan yang aku buat..Erhmm...Sabar sedJalah...So,test kali ni aku failed lagi..Sabar..

Aku pun pulang dalam keadaan yang stress...Makan pon tak der selera dah..*masa ni belum puasa ok..Ndak habis fikir aku kenapa ndak boleh lepas lagi ni test...Orang lain ulang test 2 kali jak...nih aku pulak yang terlebih sangat nih sampai 4 kali ulang test...urhmmm...Masa ni fikir fikir fikir apa yang menyebabkan aku gagal...Ouh yess...jawapan dia aku dah dapat..

Time di bukit,aku tiada tukar gear pergi free...Lepas tu kereta tu belum ada pergerakan aku sudah pun kasih turun tu brek tangan.Clucth aku ndak angkat..Arghhhhhhhhh...Macam mana aku boleh lupa tu..Haizz..Tak pe lah...Boleh cuba lagi di rumah..Belajar sendiri di rumah...Sampai rumah pulak...lagi aku teruk kena marah..kena cuci telinga...Paksa lah aku tahan telinga..:)..

So...see you next test lah lagi..


Terima kasih kerana sudi baca entri ini..

Kehidupan Aku Berubah Setelah ....

01 September 2016/Khamis

Assalamualaikum

Hello September....Korang tahu tak bahawa sekarang ni kehidupan aku telah berubah..Dari seorang pelajar kini bertukar jadi seorang penanam anggur di rumah.Sebenarnya,terharu jugalah.3 tahun nak habiskan diploma tu bukan senang oii...

Dulu masa study,duduk kat hostel start dari sem 1 sampai sem 2.Lepas tu penghujung sem 2 sampailah sem 5 duduk rumah sewa dan sem 6 pulak duduk rumah sendiri sebab dapat tempat praktikal dekat dengan kampung sendiri..For the first time,asal korang nak tau kan masa sem 2 tu kan tu lah aku tinggal menyewa dengan kengkawan classmate aku sampai lah sem 5 sebab sem 6 (praktikal) kami dah tinggal di kediaman masing-masing.

Dulu masuk kelas,makan anytime tidur jarang sekali sebab kelas pun bukan selalu hado.Time praktikal tu kalau nak makan ikut time yang ditetapkan di ofis..Kalau lapar makan gula-gula lah..Huhuhu..

Dulu kalau nak pi kelas,bangunlah jam berapa kau nak bangun.Kalau kelas mula jam 8 pagi,jam 7.30 baru bangun and pi tunggu bas jam 8 pagi dan sampai kelas jam 8.30...Tup tup tup..sampai jer kelas,lecturer cakap class cancel..Nahhh...Hambek kau...Kalau time praktikal tu,tak ada istilah cancel-cancel bagai....Tak ada..Haha..Paling-paling pun kau buat cuti sendiri konon kau hade presentation LI lah,test LI lah,hantar laporan LI lah...Haa..tu jer alasan yang buat ko dapat cuti..Kadang-kadang,ofis dekat dengan rumah pon boleh jugak terlambat datang sikit..Hihi..

Gambar ni aku ambil time aku masih dalam sem 5.Masa tu sedang final exam..

Kadang-kadang bila dah habis study ni,pandai rindu jugak ahhhh zaman-zaman study ni..Rindu nak pergi kelas,rindu nak travel dengan kawan serumah,rindu nak lepak ngan kengkawan,jalan-jalan sana sini...Kalau hujung minggu tu kalau tak berjalan pi mana-mana,berkurung lah dalam rumah.Tengok tv,gosip-gosip,main masak-masak.Ahhhhhhhhhhhhhhhhh...Rindunyerrr..

Kalau boleh,nak jugak aku cari alat doraemon "Mesin pemutar masa"...Hahahaha....Tapi tapi tapi,sampai bila kan asyik nak balik jer ke zaman dulu-dulu..Tak best ar kalau life kiter ni tak berkembang..Asyik-asyik itu itu jer cer life kiterr..Orang pon bosan dengar cerita life kita kalau kiter kasih citer lah ngan orang.

And now,tinggal tunggu menghitung bulan menghitung hari jer nak konvo tapi sampai sekarang masih jugak jadi penanam anggur yang setia...Hihihi...Anyone yang ada tips nak senang dapat kerja tu boleh share tak....Hehe...I target ni i nak kerja sebelum konvo...Harap-harap lah sebelum konvo i dah dapat kerja...Amin amin amin 10x...

Sejak jadi penanam anggur setia ni jugak,banyak jugalah aku pergi karnival-karnival kerjaya di Kota Kinabalu.Tapi tu lah,belum ada rezeki kot..Belum ada lagi yang sangkut...Apa yang penting kena sabar.Rezeki kita ada juga tuh cuma lambat jer Allah nak bagi..Ya tak??Hehe...

Terima kasih kerana sudi baca entry ini.



Giveaway Follow and Like MY

09 Ogos 2016/Selasa

Assalamualaikum


Tips : Buat Hal Ini Untuk Jimatkan Data Internet Korang

09 Ogos 2016/Selasa

Assalamualaikum



Yes!!Hari ni aku terjumpa satu tips kepada mereka di luar sana yang ingin menjimatkan data internet daripada cepat habis.Kadang kala kita langgan internet untuk sebulan tapi data kita tidak pun sampai sebulan...Lagi-lagi kalau kita guna untuk online Whatsapp ke wechat ke facebook ke sekadar untuk tengok post-post terbaru kan tapi data cepat habis walaupun kita tiada downlod apa-apa dari lama sosial.

Data korang cepat habis ni adalah disebabkan faktor mood telefon korang mempunyai setting auto download.Contohnya whatsapp lah kan.Selalu kawan-kawan korang hantar gambar or video yang tidak penting apatah lagi dalam group whatsapp...Lagi banyakkan..

Hal tersebut akan merugikan korang kerana gambar or video yang dihantar kepada korang dan ianya mendownload secara automatik dan secara tidak langsung akan 'memakan data' korang.

Tidak ketinggalan juga update-update apps di play store.Memang bagus untuk kerap update tapi lebih bagus jika mengupdate menggunakan WiFi..So,data korang tidaklah juga terganggu sangat.Facebook dan Instagram pun tidak terkecuali.Post-post yang melibatkan sesuatu video kini dimainkan secara automatik bila korang sedang menscroll kan..

Jom,sekarang kita ubah setting tiga apps ini untuk menjimatkan data internet korang...

1)Facebook
  • Buka Facebook
  • Pilih apps setting
  • Pilih video play
  • Pilih off/Wifi only
2)Play store
  • Buka playstore
  • Pilih setting
  • Pilih auto update apps
  • Pilih auto update apps over WiFi only
3)Whatsapp
  • Buka apps Whatsapp
  • Pilih setting
  • Pilih chat setting
  • Pilih media auto download
  • Pilih When Using Mobile Data
  • Hilangkan semua tanda 'tick' dalam kotak
Selamat mencuba...

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman!

08 Ogos 2016/Isnin


Assalamualaikum
hye semua ^_^ 

*sticky post*

Jom join Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !

Syarat :

1. Follow blog atau google +


2. Follow instagram *jika ada 

3. Follow twitter *jika ada


4. Like sahaja fanpage 
Cara mudah :

1. Follow SEMUA syarat.
2. Buat entry bertajuk "Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !"
3. Letak banner dekat entry. 
4. Backlink kan ke sini.
5. Publish!
6. Tinggalkan link entry giveaway anda di ruangan komen entry ini sahaja.


Special untuk anda?

Wang tunai RM30 x1 
Wang tunai RM20 x1 
Tapak Iklan free selama sebulan x1 
Topup RM5 x1 
[SyiraLokman]


(TOP REFERRAL)
 Wang tunai RM50 x1 
[nurfuzie] 


Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara random oleh Syira sendiri (penganjur) :)

jom ramai2 memeriahkan Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !  ^_^
InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow anda juga :)
Bersama merapatkan ukhwah ^_^


Mula : 1 Ogos 2016 
Tamat : 21 Ogos 2016

Welcome Back

08 Ogos 2016/Isnin

Assalamualaikum

Hai uollssss.....Sekarang ni masuk bulan 8 sudah..Puasa dan hari raya pun sudah habis dan sekarang bulan merdeka sudah mau tiba...So,apa kau bikin sempena bulan merdeka ni?

Alhamdulillah akhirnya berupdate jugak blog aku kembali macam dulu lagi setelah sebulan lebih menghilangkan diri dalam dunia blogging ni..Bukan suka-suka tau aku hilangkan diri dari dunia blogging ni...Mesti lah ada sebab dan sebabnya tu biarlah aku sorang jer yang tau..:p..

Sebelum aku mo aktif balik berblog ni,tahniah lah untuk diri sendiri sebab sudah berjaya untuk segarkan balik mood berblogging ni.Template masih pakai template lama lah design pun masih pakai yang lama punya cuma warna jak lah yang aku tukar...Kali ni tema warna blog aku ialah biru + turquise...

Macam...Cantekk kah??Header pun baru jugak....Header tuh adalah hasil rekaan dari blogger design yang terkenal pada abad ni..Alah..Ndak payah sebut nama pun tau sudah kan kamu siapa orang nya...Jeng jeng jeng.....Ni lah orang nya yang sudi tolong edit header tolong letak background dekat sidebar..So,big thanks to blogger Sheda Ucu.Hasil kau memang terbaiklah sangat!!5/5 bintang aku bagi...:)..

Ni header aku yang lama...Hasil tangan daripada blogger Sheda Ucu

And this is my new header from blogger Sheda Ucu....So,macam mana??Cantekk..hehe..

Bukan header dan blog sahaja yang baru okehh tapi nama dan url blog aku pun bertukar jugak...Kalau dulu nama blog aku Nurul Baidurah kan and now dah bertukar kepada Anum Abdullah...Url blog pula kalau dulu http://nurrahabdullah.blogspot.com kan now bertukar pulak kepada http://Anumabdullah93.blogspot.com....

Menjadi kebiasaan lah kan kalau seorang blogger ni tiba-tiba feeling blogging dia ni mo tukar mood blog...Dan menukar mood blog ni ada kebaikannya jugak...Kan..Kalau kita ubah mood blog kita,follower kita mahupun diri sendiri tidak akan rasa bosan untuk menjenguk di blog kita kan.

Nampak macam ceria tak warna tema blog aku kali ni??Krik krik...

Terima kasih kerana sudi baca entri ini..


Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016

19 Jun 2016/Ahad

Assalamualaikum

Hello korang semua??Macam mana puasa korang hari ni....ok tak?Sekarang kita sudah 14 hari sudah kita berpuasa.Alhamdulillah...Untuk bulan Ramadhan pada tahun ni,aku bersyukur sangat-sangat sebab puasa tahun ni aku dapat berpuasa penuh di kampung bersama keluarga tersayang aku..Selalunya hari pertama puasa aku selalunya dah duduk kat asrama or rumah sewa..Tapi kali ni aku berbuka puasa dan bersahur kat kampung aku sendiri..

Dengar-dengar,nile.com.my ada buat giveaway lagi.Woww...Bukan alang-alang dia punya giveaway..Kali ni mesti join punya sebab hadiah dia pon best giler-giler..Ye lahh..Walau pun selalu jer ikut giveaway yang dorang buat tapi tak pernah menang lagi tapi masih jugak aku nak join..Manalah tahu lepas ni ada rezeki pula menang..Kan...Belum cuba belum tahu...Yang penting kena usaha baru dapat..:P..


Memandangkan dia suruh pilih 5 item yang aku nak dari nile.com.my ni,so aku pilih barang-barang yang memang aku nak sangat...Biasalah perempuankan...Suka fesyen..


Product : Luggage Organizer Bag
JLM2016 Sales Price : RM 13.70
Date : 16/06/2016
Time Start : 4.00pm
Time End : When limited quantity sold out
Limited Quantity : 400 Units Only (Sold Out)

http://www.nile.com.my/products/15788


Product : Bow Design Princess Flats
JLM2016 Sales Price : RM 12.50
Date : 23/06/2016
Time Start : 4.00pm
Time End : When limited quantity sold out
Limited Quantity : 250 Units Only


Product : Trendy Candy Color Pant
JLM2016  Sales Price : RM 14.90
Date : 29/06/2016
Time Start : 3.00pm
Time End : When limited quantity sold out
Limited Quantity : 300 Units only

http://www.nile.com.my/products/14220

Product : Traveler Backpack
JLM2016 Sales Price : RM 19.90
Date : 30/06/2016
Time Start : 3.00pm
Time End : When limited quantity sold out
Limited Quantity : 300 units only

http://www.nile.com.my/products/16773

Product : Stylish 3-in-1 Women Bag
JLM2016 Sales Price : RM 24.50
Date : 17/06/2016
Time Start : 4.00pm
Time End : When limited quantity sold out
Limited Quantity : 360 units only

Ok...Dah siap...Harap-harap giveaway kali ni ada rezeki lah kan..

Terima kasih kerana sudi baca entry ini....



PLMPB : Ujian JPJ (Part 2)

11 Jun 2016/Sabtu

Assalamualaikum


Seperti yang ditunggu-tunggu,akhirnnya sampailah tarikh yang ditunggu-tunggu untuk aku ambil test JPJ ulangan.Dah daftar ambil nombor.Sekali tengok nombor...makkk aihh..terkejut aku..Kenapa jauh sangat nombor aku nihh.....Gara-gara aku tak puas hati dengan nombor giliran yang aku dapat aku pon tanya lah kakak-kakak kat situ

Aku "Sis,kenapa no giliran aku jauh sangat nih?No 36?"

Sis "Sebab kau mengulamg dua-dua bahagian kan.Litar sama lebuhraya.Jadi kau kena ikut calon baru meskipun kau calon mengulang..."

Aku..."Oooooo..."

Alamakkk...Kena tunggu lah jawapnya sebab giliran aku mau penghabisan sudahh..Arghhh..Sabar jak lah masa tuh..Erhmm..

Tunggu punya tunggu sampailah jugak pi giliran aku..Masa tuh aku dah lah mengantuk sangat sebab tengha hari jo..

Untungnya masa tu bahagian 1 aku dapat penceramah JPJ tu pulak.Sebab aku tahu yang ketua JPJ tu sporting..Yeahhh dan kali ni dai bagi aku full mark dan markah bonus sebab bahagian 1 RPK dan RSM aku dah buat yang terbaik..Hehhe..Now kena tunggu bahagian litar.

Bahagian Litar (Bahagian 2)

Selekoh S,bukit dan parking undur aku sudah lepas..Ok..Cuma di bukit hari tu ada spoiled sikit..Boleh-boleh pulak kereta aku terundur sikit 1 kali nasib yang JPJ tu bagi peluang kedua untuk aku dan aku cuba bertenang...Tekan hon...Tekan clulct dan brek..Angkat brek tangan..Rest minyak clucth jangan lepas.Rest minyak sampai jarum pergi ke angka 3...Lepas tu bila dah yakin angkat clucth perlahan-lahan tunggu sampai kereta ada pergerakan dan turunkan brek tangan dan automatik kereta aku terturun jugak dari bukit..Huh!!Nasib...Lepas jugak aku di bukit...

Parking undur pun ok..Lepas jugak..Tapi bila aku dah sampai kat tiga penjuru sana lagi aku sangkut...Eeeee..Masa nak keluar parking boleh-boleh pulak ternaik bonggol.Test lalu naik bonggol jugak...Test yang kedua ni pulak naik bonggol jugak.So,automatik aku gagal lagi..

Cun-cun sudah masuk dalam parking tadi tetiba time nak keluar cari pasal pulak dia..Haizzzz..Cikgu aku masa tuh dia bagitau aku aku awal pusing stereng...Masa tu baru aku teringat..Ya Allahh..macam mana aku boleh lupaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa???Masa kita dalam parking dan nak keluar parking...ke depan sedikit dan pusing stereng perlahan-lahan dan bila nak keluar tu baru pusing habis tu stereng..Baru tak ternaik bonggol...Arghh...Masa nih aku masih ok lagi..Cool.Haha..So pasrah jer lah aku masa tuh.Haiz...

Jadiiiiiiiii,alamatnyaaaaaaaa mengulang lah lagi aku test...Erhm...Rilekssss...

Bahagian Lebuhraya (Bahagian 3)

Part ni aku suka...hihi..Sebab aku dapat JPJ yang sama jugak masa aku di bahagian 1.Macam biasa lah..sebelum jalan buat RSM dulu baru jalan..Masa nak jalan tu dia tanya aku lah "Macam mana tadi di litar?Ok kah?"Aku cakap "Tak ok tuan.Kandas lagi""Dimana lagi kau kandas ni"JPJ tu tanya aku.."Di tiga penjuru""Nahh...Mengulang lah lagi"..Aku senyum jer masa tuh...

Masa di lebuhraya tuan JPJ tu tak banyak cakaplah...Sampai dia suruh aku berhenti,aku berhati-hati sikit.Nasib aku tak gemuruh masa tu jadi aku tak lupa lah tukar gear masa tu dan alhamdulillah masa aku nak buat u-turn tu tak mati enjin...Yahooooo...

Sampai jak dilitar baru dia kasih tahu silap aku di situ...Katanya,"Kau belum pandai kawal stereng..ke kiri dan ke kanan...gagal mengawal kelajuan...Tu jak..sepatutnya gagal sudah kamu tapi ndak apa..Saya kesiankan kamu sebab minggu lalu kamu sudah gagal kedua-dua bahagian dan tadi pun kamu kata kamu sangkut lagi di litar...saya kasih lulus ja lah..".."Terima kasih tuan..."Begitulah bicara aku dengan tuan JPJ...Syukur lah aku dapat JPJ macam dia..Yehaa..Lulus jugak aku di lebuhraya atas jasa baik tuan..

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii,litar lagi aku belum lulus...erhmmm...Tak pe lah...Bukan reeki kot nak lulus JPJ masa tu..Cuba lagi di next test..Huhu..



Terima kasih kerana sudi baca entri ini..

Diari Ramadhan 2016 (1) : Menggosok Gigi Ketika Berpuasa

09 Jun 2016/Khamis

Assalamualaikum

Alhamdulillah...Sekarang ni kita sudah pun berpuasa pada hari keempat.Macam mana puasa korang pada hari keempat?Ok tak?

For the frist time,bulan ramadhan tahun ini aku secara tiba-tibanya terrajin pulak nak buat DIARI RAMADHAN segala..haha..alaa...bukan selalu pon kan...time bulan ramadhan jer selalu ada DIARI RAMADHAN ni....Hari-hari lain diari biasa dah...

Straight to the point lah ar..Okay..tajuk DIARI RAMADHAN yang pertama aku nak buat ni ialah pasal menggosok gigi...Kenapa pulak pasal bab gosok gigi ni keluar?Sebab ramai orang konfius kalau kita sedang berpuasa dan masa tu jugak kita nak berus gigi.Ramai orang kata kalau berus gigi selepas subuh puasa jadi makruh or batal..Nak jawapan yang sebenar?


Okay..Teruskan membaca..

Seperti yang kita tahu,agama Islam memerintahkan umatnya untuk menjaga kebersihan terutama nya kebersihan gigi.Oleh itu,menggosok gigi ketika berpuasa tidak akan membetalkan puasa.Faham kan korang..?

a) Apakah hukum puasa seseorang yang memberus gigi selepas azan Subuh berkumandang?
  • Sah puasanya.Yang makruh dalam Mazhab Syafi'i adalah memberus gigi selepas waktu zuhur.
b) Adakah dibolehkan memberus gigi ketika sedang berpuasa?
  • Boleh (harus) tetapi sehingga sebelum zuhur.Memberus gigi selepas waktu zuhur makruh mengikut pendapat muktamad dalam Mazhab Syafi'i.
Dan korang pun dah tahu kan samada menggosok gigi ketika sedang berpuasa atau menggosok gigi selepas azan subuh tidak membatalkan puasa atau pun makruh.Yang jadi makruh nya ialah bila kita menggosok gigi selepas zuhur..Selamat berpuasa...

Terima kasih kerana sudi baca entri ini...


Ramadhan Datang Lagi..Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

04 Jun 2016/Sabtu

Assalamualaikum


Di kesempatan ini Nurul ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak yang akan tiba tidak lama lagi kepada kawan-kawan alam maya dan kawan-kawan alam realiti..

Moga kita semua dapat menjalani ibadah puasa kali ini dengan sebaiknya.InsyaAllah.

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.



PLMPB : Ujian JPJ

26 Mei 2016/Khamis

Assalamualaikum


Time test JPJ,punyalah banyak manusia..Makkk aihhh...Masa aku test QTI dulu pon tak de lah banyak nyerr sampai 40 orang.Bila tiba giliran aku,JPJ tu nampak muka aku dia kata "Kenapa muka kau?Chickenpox kah?"Aku yang bingung-bingung ni terus buat muka bingung dan JPJ tu terus cakap "Ouh,jerawat.Hahaha.."Terus dia ketawa...Ewahh...Mulut langsung tiada insuran..Kuang ajo!!Uihnahh...Mau jak aku terajang tu JPJ tu..Mulut punyalah seitan betul..Kau pikir kau tu hensem sangat kah?????*Tetiba...

Mula-mula bahagian 1 dulu kena buat kan yang pasal RPK dan RSM..Mula-mula okay dah..tak der masalah...Sekali sampai di bonet belakang aku kena suruh buka oleh JPJ tu....

JPJ tu cakap "Dek,buka bonet belakang"

Aku "Okay tuan"

Dengan yakinnya aku pon bukalah bonet belakang viva tu macam kereta kancil sebab tempat buka bonet belakang viva tu didepan kan..kancil dibelakang..Aku pun tercari-caru lah di mana tempat buka bonet dia..

Aku "Aikh...mana tempat buka dia ni"

JPJ "Erhm..mana tempat buka dia?Kan sudah kena ajar sebelum ni"

Aku "Iya.Ada kena ajar tuan"

Masih lagi aku terkial-kial mencari tempat membuka bonet viva.Mungkin JPJ tu kesian tengok aku dia kasih tau lah "Dek,tempat buka bonet nya di depan bukan di belakang"...Masa tu jugakkan aku rasa macam aku nak tunda jak tu test sebab kuyak sudah kan depan JPJ...Hahahaha..Berabis mau buka bonet belakang viva tu baru ingat yang tempat buka dia di depan..So malulah aku..Hahaha..

Bahagian litar pulak...

Selekoh S aku lepas...Bukit pun aku dah lepas..Ok cantekk!!Time nak masuk parking undur.Masa nak keluar parking tu tetiba kereta tu ternaik bonggol pulak...Wulawehhh......Automatiknya aku gagal lah di situuuuuu...Alamakkkk...Kena bayar lagi lepas ni...Aih...Dimana silapku di parking tu aku pun tak tau sebab kereta tu ternaik bonggol..Huh!!Ingat boleh lepas lah part parking ni rupanya sangkut..Haizz...

So,cikgu aku suruh aku balik lah pi pondok menunggu sebab gagal satu mana boleh sambung lagi..Kena lah ulang test lagi...Erhmmm..Masa nih masih ok aku...So cool jer lah dulu..

Bahagian jalan raya....

Haaaa....aku berdoalah sangat dapat JPJ yang sporting sekalinya bila tiba giliran aku erhm...aku dapat JPJ yang tegas pula ya...Masuk masuk jer dalam kereta "Uishhh...hensemnya..." tapi aku cakap dalam hati lah..

Masuk duduk buat RSM dan bila JPJ tu kata "okay,jalan" dan kau pun jalan lah...Jom kita ke lebuhraya..Masa aku tengah drive,JPJ tu diam jer..Dia tanya pun sikit-sikit jer.."Umur berapa" "Dah habis sekolah ke belum" Nak tak nak aku layan jer lah JPJ tu..Karang free FAILED pulak kat lebuhraya gara-gara aku tak layan tu JPJ..Dah lah di litar pon aku FAILED jugak..

Memandangkan aku tak nak FAILED jugak kat lebuhraya,aku layannnnn kan jer JPJ disebelah aku ni..Sebab dorang bukan apa...Kadang-kadang saja jer dorang bawa kita bercerita untuk menguji kita samaada kita nervous atau tidak masa tu.So,layannnnn sedjalah dorang...Tapi kalau korang dapat yang jenis memang GATAL tu,Memang GATAL lah jawapannya.Nasib korang lah kalau tetiba korang kena ajak pi dinner pulak malam tu..Hahahaha..

Dah dia asyik tanya-tanya aku so aku pun masa tu bergegar jugak.Mana tak nya,masa aku berhenti nak buat u-turn boleh-boleh pulak aku lupa nak tukar gear pi gear 1 sebab masa aku nak berhenti tadi aku pi gear 3.Kereta tu pun balik-balik matilah masa nak mula jalan dan automatiknya lah aku FAILED jugak kat lebuhraya...erghhhh...

Masa dalam perjalanan balik tu JPJ tu bagitau lah apa-apa kesalahan yang aku buat.JPJ tu cakap "Kau belum pandai kawal stereng..Kereta ke kanan dan ke kiri..Tapi masa tu saya boleh bersabar lagi dengan kamu tapi bila buat u-turn di situ saya tak boleh sabar dah..Maunya kalau ada kereta masa tu jugak silap haribulan kita dua boleh eksiden sama-sama.."...Entah kenapa lain pulak difikiran aku masa tu bila JPJ tu cakap begitu yang last sekali..Hahahaha...Lolzz...

Mula-mula dia nak bagi aku lulus jer kat lebuhraya tu sebab kat litar tu aku dah FAILED tapi memandangkan cara aku bawak kereta tu bahaya terpaksa lah JPJ tu kasih FAILED aku..Huhhu..So,SEE YOU NEXT TEST lah katanya...

Masa tu jugak nak jugak aku pulas-pulas kepala JPJ tu..Tu lah...bawak lagi aku bercerita..Erhm..Dan automatiknya lah jugak time pulang tu JPJ yang bawak kereta..Aku pulak jadi penumpang..Sampai aku di pondok menunggu bila aku turun dari kereta jak semua tengok aku macam aku baru lepas bunuh orang.Padahal aku gagal test jer ponnn...

Tapi baru satu kali aku FAILED tak aperr...Gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya kan..:P..


Terima kasih kerana sudi baca entri ini..

PLMPB : Ujian QTI

25 Mei 2016/Rabu

Assalamualaikum



Selepas KPP02 dan KPP03 aku dah habis akhirnya aku buat ujian QTI.Mula-mula aku risau jugak kalau ujian QTI aku tak lepas tapi bila tahu sudah kesudahan dia akhirnya lepas jugak aku ujian QTI.Lulus dan minggu depannya boleh sudah ambil ujian JPJ

Asal korang nak tahu eh..Ujian QTI ni adalah ujian trial sebelum kita test JPJ.Ujian QTI ni cikgu-cikgu di sekolah memandu yang urus dan bukan JPJ.Kalau tets JPJ dah mula barulah JPJ sebenar yang urus.

Masa QTI tu tak lah sangat ramai orang..Ntah aku tak ingat dalam beberapa orang tapi yang aku ingat giliran aku yang ke 7.

Sampailah giliran aku cepat-cepat aku datang ke ruang RPK dan RSM sebab tak nak cikgu tu tunggu lama-lama pula nanti free kena potong markah..huhuuhu..lepas dah lepas buat semua tu bahagian litar pulak menunggu.

Di litar,di bukit aku failed.Terturun 2 kali....Masa tu kan takut sudah aku sebab kan kalau bukit terturun 2 kali memang failed.Tapi yang ni nasib QTI.Tenang lah dulu sekejap.Jangan gelabah.Bila ada cikgu perempuan di bukit sebelah tolong bagitahu aku,dia cakap "Dek,tekan clucth sama minyak tarik brek tangan..seimbangkan minyak sama clucth...tekan minyak sampai angka 3 dan clucth angkat perlahan-lahan turun kan brek tangan" dan akhirnya turun jugak kereta yang aku pakai tu...Gelabah dah masa tu.Nasib ada orang tolong..Huhu..Nasib jugak QTI aku lulus.

Korang bayangkan jer korang masa tuh tengah test di bukit..Huhu..

Selekoh S sama selekoh Z ok lah..Lepas tak de masalah.Parking undur dengan tiga penjuru pun ok jugak..Lepas semua..Markah aku masa tu aku tak ingat berapa aku dapat tapi mau dekat markah full lah..Dalam anggaran 67 or 68 daripada markah lulus.Markah lulusnya pulakk erhm 70 kot tak silap..Tak ingat dah... dan yang penting syukur lah sangat-sangat lulus jugak aku QTI..

Masa aku ambil borang tu,aku sempatlah tengok apa-apa keselahan yang aku sudah buat masa di litar.Sekali tengok...alalalalalalalalalala...banyak nyerr..Kesalahan yang aku buat masa tu ialah CITO tak der buat,hon tiada tekan dan terundur bukit 2 kali..Nah...free-free markah aku kena tolak tapi nasib lulus..Huhu..

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

Haiiii...Selamat Hari Rabu Korang!

25 Mei 2016/Rabu

Assalamualaikum



Hai korang...Hehe..Sorry..Nurul baru muncul setelah beberapa hari menyepi kan diri dari dunia blogging.Selepas beberapa hari Nurul biarkan entri yang lepas menari-nari di blog Nurul akhirnya Nurul dah pun delete entri tu sebab masa Nurul tengah taip entri pasal tu,Nurul tengah stress masa tuh.Makin Nurul stress makin pulak Nurul sakit hati sama kawan-kawan dorang.

Tiba-tiba dorang pi chat Nurul untuk minta maaf lah pasal yang entri Nurul minggu lalu.Mungkin dorang ada singgah kot kat blog Nurul sampai dorang minta maaf sama Nurul.:P..Mula-mula tu Nurul memang tak nak maafkan dorang sebab semua perbuatan yang dorang buat sama Nurul dulu terlampau menyakitkan so bila dorang dah bagitau Nurul dari A sampai ke  dan dorang mengaku kesalahan dorang akhirnya Nurul maafkan jugak lah.Tak bagus jugakkan kalau kita simpan benda tu lama-lama takut nanti Nurul berdendam pulak dengan dorang.Tu yang tak bagus tu.Ditambah pula tinggal beberapa hari lagi umat Islam nak menyambut bulan Ramadhan kan..

Dan sekarang..semua pergaduhan yang Nurul dan kawan-kawan Nurul diakhiri dengan perdamaian dan membuat perbincangan secara matang.Alhamdulillah.Hati dorang dah lega dan hati Nurul pun dah lega sebab semua sudah settle.

Biarpun entri minggu lalu dapat pageview yang sangatt tinggi di antara entri-entri lain tapi Nurul tetap delete jugak demi menjaga nama baik Nurul dan jugak blog Nurul..

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

PLMPB : KPP02 & KPP03

19 Mei 2016/Khamis

Assalamualaikum

Lepas test komputer aku lulus,beberapa minggu kemudian barulah aku dipanggil untuk datang ke kelas memandu setiap hari sabtu atau ahad.

Kereta Viva ni lah aku guna masa belajar driving dulu.Masa aku belum mahir dulu pakai kancil.

Aku dapat bekas cikgu kakak aku dulu yang ajar dia driving.Nasib baik aku dapat cikgu yang baik sporting sangat pada abad ini tapi bila tiba part aku pula dia ajar balik-balik kena sound dengan cikgu tu sebab aku lah student dia yang paling bangang sekali...Hahaha...Lupa pasang signal kena teriak.Kereta mati enjin time naik bukit kena teriak.Automatiknya lah mulut cikgu tu pet pot pet pot 2 jam membebel jak kerja..Hihi..

Mula-mula tu kena ajar di litar lah kan lepas tu baru pergi lebuhraya.Time 1st naik bukit tu kan balik-balik mati enjin...Asal berenti di tengah-tengah garisan kuning tu kan mesti mati enjin.Stress aku lagi-lagi yang stress betul tu cikgu aku..Haha,,

Hahaha..Opkos aku tak pernah buat begini dengan cikgu aku..Di suruh tekan brek tapi tekan kaki cikgu tu pulakk...Kau dah kenapa??Haha..Ini dah cari pasal namanya..


Dekat lebuhraya pula,aku lemah kawal stereng so kereta yang aku bawa tu ke kiri ke kanan lah cikgu aku bilang..Lupa pasang signal kena teriak lagi..Adeii..Parking sama selekoh ok pula aku..Huhu..

Dekat 2 bulan lebih lah jugak aku belajar driving dengan cikgu aku tu..Lepas cukup-cukup sudah 10 jam aku belajar baru boleh ambil QTI.KPP02 & KPP03 10 jam kena ambil..Huhu..sehari 2 jam lah aku belajar.

Terima kasih kerana sudi baca entri ini

Menjadi Sponsor di Segmen Bersama Amirah Azman dan Sponsor

14 Mei 2016/Sabtu

Assalamualaikum

Alhamdulillah...Buat pertama kalinya,Nurul diberi peluang untuk menjadi salah seorang sponsor di Segmen Bersama Amirah Azman dan Sponsor untuk tahun 2016 ni.Ni baru segmen ringkas yang Nurul baru sponsor dan kalau ada lagi rakan-rakan blogger yang sedang dalam pencari mencari sponsor untuk segmen/ga mereka boleh lah korang pm Nurul..:P..Hadiah pun ringkas jugak sebab namanya pun segmen ringkas.

http://eira-shamiera.blogspot.my/2016/05/segmen-bersama-amirah-azman-dan-sponsor.html

Disebkan segmen yang di anjurkan oleh Amirah Azman ni adalah segmen yang ringkas,jadi Nurul sponsor Shawl Chiffon untuk 3 pemenang.Kalau nak ingin mendapatkan shawl free dari Nurul,cepat-cepatlah korang join segmen ni yerr..Segmen ni tak lama..Segmen ni bermula hari ini 14 Mei 2016 dan akan berakhir pada 31 Mei 2016.Syarat mudah dan nak dapatkan hadiah tu pun mudah jugak..Good Luck!!

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

Tiba-tiba Aku Rindu..

14 Mei 2016/Sabtu

Assalamualaikum

Tiba-tiba pula aku rindu kenangan dulu iaitu kenangan masa aku masih duduk di bangku sekolah.Aku rasa selama aku sekolah,masa aku berada di tingkatan 6,masa tu jugaklah banyak kenangan manis aku dapat.

Hari ni pula,aku ternampak post kawan aku di wechat....Katanya mereka baru balik dari ceramah Kesusasteraan Melayu di SMK Majakir dan secara automatiknya aku pun tiba-tiba rindu kenangan yang dulu..


Entah di mana sudah keberadaan kawan-kawan ku sekarang...Semua lost kontek..Maksud aku kawan yang bukan satu sekolah...Kawan yang satu sekolah ni selalu jugak kontek dan tau lah jugak khabar dorang...Dah kahwin ke belum??Anak dah berapa??Laki dah berapa...Opss...:P..

Aku di sini hanya mampu mendoakan kalian semua wahai sahabat-sahabat ku yang dari kecil sampai sekarang masih berkawan,yang berkenalan time tingkatan 6 lepas tu terus lost kontek supaya Allah SWT memanjangkan umur mereka dan diberi kesihatan yang baik dan kalau boleh aku mau jumpa sama kalian semua...Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu sangat mau jumpa kalian lagi..Mau bergelak tawa,mau bergosip sama kamu...

Kenal 3 hari jak pun erhm....boleh menciptakan rasa yang paling best sebab dapat kawan baru masa Perkemahan Kadet Polis tahun 2012 di SMK Kota Klias,Beaufort....Lepas tu jumpa lagi masa bengkel Kesusasteraan Melayu di SMK Dato Peter Mojunting..alahai....

Dan sekarang,bila semua kawan-kawan sudah tamat belajar di tingkatan 6...semua membawa haluan masing-masing sehinggalah ada yang lost kontek dan ada jugak yang jarang-jarang berkontek..Yer..masing-masing sibuk dengan hal sendiri...Tapi tidak apa...kalau ada jodoh terjumpalah kita tu and then kalau tiada jodoh apa boleh buatlah...Doa sedjalah yang mampu diberi..Tapi...kalau dah terjumpa aku atau siapa-siapa lah yang masih kamu ingat jangan pula kamu sombong tidak mau tegur..Hahaha....

Mungkin kamu pernah terjumpa aku di mana-mana tempat tapi kamu ragu-ragu mau tegur atau kamu masih kenal sama aku dan aku tidak kenal sama kamu sudah...ceiii..haha..*perasann....Mohon tegur...Asal kamu tau ar aku ni jenis yang mudah lupa kalau bertahun-tahun tidak jumpa...Jangan kamu takut kalau mau tegur aku,aku ni layan jugak bah..*ayat pun entah apa macam jadinya..

Tapi...serius..aku betul-betul rindu sama kenangan manis kita masa kita sama-sama masih di bangku sekolah...Harap-haraplah lepas ni kalau ada jodoh kita terjumpa di mana-mana tempat..Asal terjumpalah...Aminnn...

#RinduTeamKadetPolis
#RinduTeamSastera
#RinduTeamSMKKP
#Tahun2012

Review : Mr Boss Miss Stalker ( Dahlia TV3)

03 Mei 2016/Selasa

Assalamualaikum

Asal korang tau kan,sekarang ni TV3 Slot Dahlia ada wayang baru lah ke aku sorang jak ni yang baru tau??Ar..Biarlah kalau aku sorang jak yang ketinggalan...Yang penting dapat tengok cerita dia pun ok sudah..Tajuknya Mr Boss Miss Stalker yang dilakonkan oleh Mia Ahmad dan Ashraf Muslim.Wahh...Lamanya aku tak tengok Ashraf Muslim berlakon.


 Mr Boss Miss Stalker ditayangkan di Slot Dahlia Tv3 setiap hari Jumaat-Ahad pada jam 07.00      malam - jam 08.00 malam.

Mengisahkan Sara Azreen(Mia Ahmad) diberikan tugasan oleh Encik Hamzah(Aman Shah) untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil,iaitu Hariz Zhafran(Ashraf Muslim),CEO kepada Mentari Angkasa Sdn. Bhd.Bagi memudahkan kerja penyiasatannya,Sara perlu diterima sebagai jurutera di syarikat tersebut.

Sara serba salah.Namun,dia bersetuju untuk menolong bapa saudaranya demi membalas jasa.Encik Hamzah telah membiayai segala perbelanjaan Sara sewaktu belajar di Australia kerana bapanya mengalami masalah kewangan pada masa itu.

Sara berjaya diterima sebagai jurutera di Syarikat Mentari Angkasa Sdn.Bhd.Sikap Hariz yang garang dan tidak bertimbang rasa menguatkan lagi tanggapan Sara bahawa bosnya ialah seorang yang kejam dan mungkin tidak bertanggungjawab atas kematian Tan Sri Jalil(Zulkifli Ismail).Malahan Sara juga percaya Hariz ialah dalang kepada kehilangan anak perempuan Tan Sri Jalil,Liza(Nazeera Sardi).

Izzudin(Riz Amin),pengurus kewangan di syarikat itu sering mencari peluang untuk mendekati Sara.Kehadiran Sara turut mengundang ketidakselesaan daripada teman wanita Hariz iaitu Ria Alisya(Miera Liyana),seorang pelakon popular yang bercita-cita mahu menjadi menantu kepada keluarga Hariz.

Sara mula mengenali keperibadian Hariz yang sebenar dan mereka mula mencipta keserasian tidak kira dalam soal kerja ataupun hubungan peribadi.Sara diberikan tugasan baharu untuk berpura-pura menerima cinta Hariz.Lebih merumitkan keadaan apabila Hariz Zafran telah melamarnya.Adakah Sara Azreen akan berterus terang ataupun meneruskan rancangannya untuk terus memerangkap Hariz?

Jom..kita layan cerita ni di TV3 setiap jumaat-ahad pada jam 07.00 malam-jam 08.00 malam...Tajuk lagu ni Dekat Tapi Jauh dari kumpulan Forteen..



Terima kasih kerana sudi baca entri ini.


The End Of Diploma (3 Years)

02 Mei 2016/Isnin

Assalamualaikum

Hai kawan-kawan blogger semua!!Sorry gaissss sebab menghilangkan diri dari dunia blogging untuk seketika sebab mood nak update blog hilang di lautan...Idea nak update blog pun tenggelam dah di tengah laut...Ni pun update untuk bulan Mei ni terpaksa juga gigihkan diri untuk update blog ni supaya blog aku tidak sunyi...

Untuk pengetahuan am korang,aku baru sahaja menamatkan praktikal aku pada hari jumaat (29 April 2016) di Pejabat Pendidikan Daerah,Kuala Penyu(PPDKP)...Sepatutnya aku habis 01 Mei 2016 tapi memandangkan 01 Mei 2016 tu hari ahad so aku tamatkan praktikal aku pada 29 April 2016 lah..Perit juga nak tamatkan diploma aku ni dalam masa 3 tahun..Macam-macam pengalaman baru yang aku dapat selama praktikal di PPDKP ni..Sibuk mengira hari bila nak habis tup tup tup...dah habis dah hari Jumaat tu..Bukan apa...Cuma tak tahan hari-hari duduk di bawah aircond...Sejuk beb..Ditambah lagi ada WiFi free...Nahh..Di sanalah hari-hari aku online tapi blog tidak berupdate..:P..Ni lah padahnya kalau praktikal tidak mau pilih yang swasta punya..Konon kalau dapat di site kulit jadi hitamlah tapi dapat elaun daripada ambil kerajaan kulit makin putih tapi tiada elaun...Tapi ada atau tiada elaun tu kira bersyukur lah aku sebab ada juga tempat praktikal aku akhirnya...Daripada tiada kan...Mengulang lagi sem depan..Itu sudah dikira failed..Okeyy..Aku praktikal kat PPDKP selama 6 bulan dan sekarang sudah habis diploma...Alhamdulillah..


Ujian JPK Teori dan Amali,Presentation,hantar laporan praktikal...Semua sudah selesai dan sudah hantar...Ingat kan tak balik lagi kat KYS tu rupanya balik lagi..Demi markah untuk semester 6 ni,ku gagahkan diri untuk pergi jugak lah sebab tak nak gagalkan...Masa nak hantar laporan praktikal tu kan,ingatkan lama lagi nak di hantar..Tup tup tup 10 April 2016 tarikh tutup...Alaaaaa....Sudahlah masa tu baru 30 muka surat sahaja masa tu...Ingatkan bebes syaratnya rupanya TIDAK BOLEH KURANG DARIPADA 85 MUKA SURAT....Omaigodddd....So,hari khamis tu terpaksalah cepat-cepat buat supaya siap hari tu...Dan masa nak print tu laporan,ada lagi satu masalah...Erhm..Printer  habis ink...Terpaksalah print di kedai dan akhirnya sempat jugak hantar laporan tu hari Jumaat..Nasib tiada masalah sudah...Alhamdulillah..


So now,boleh lah tarikh nafas lega sebab perjuangan aku selama 3 tahun dalam bidang Diploma Binaan Bangunan sudah pun tamat...Yang penting tak ada satu subjek pun yang kena repeat dari sem 1 sampai sem 5 walaupun result aku dari sem 1 sampai sem 5 itu itu sahaja dan bersyukur jugalah sebab setiap sem makin naik 2-3 anak tangga gitulah pointer aku walaupun pointer aku tu kepala 2..Syukur sangat-sangat..Tinggal tunggu result sem 6 lagi ni..Harap-haraplah makin naik...Amin..Dan...konvo pun sedang menunggu jugak..InsyaAllah,kalau tiada halangan bulan 10 tahun ini dah konvo dah..


Tahniah kepada kawan-kawan seperjuangan actually programe DBB under 2013 – 2016 kerana telah berjaya menamatkan diploma selama 3 tahun pada tahun ini..Jumpa nanti konvo..

Terima kasih kerana sudi baca entri ini..