Sis Gee First Giveaway

26 November 2017/Ahad

Assalamualaikum


Tarikh Tutup : 12 Disember 2017

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com

26 November 2017/Ahad

Assalamualaikum


Sempena buka kedai Print Photo Polaroid, Fiza nak buat satu "Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com" untuk semua blogger. Syarat-syarat mudah sangat. Tak perlu nak tekan follow atau like dan sebagainya. Hanya perlu buat satu entri copy paste dan letakkan link entri dalam kotak komen. Senang kan? jomlah beramai-ramai meriahkan Giveaway yang mudah lagi simple ni.


Hadiah
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.

Tarikh Tamat
30 November 2017, 23:59

Note : Pemilihan pemenang secara random.


Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : azhafizahmdnor@gmail.com atau whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/

Terima kasih kerana sudi baca entry ini.

Air paip tiada..

23 November 2017/Khamis

Assalamualaikum

Kerana kepenatan,aku tertidur selepas balik dari kerja dengan harapan malam nanti boleh lah mandi dulu kemudian sambung tidur lagi...La la la...Bila aku sudah bangun tidur,aku segeram ambil barang peralatan mandian aku dan terus ke bilik mandi untuk mandilah...:P..

Aku baru ja start mandi,tiba-tiba air paip tiada.Bagus punya air.Masa aku sedang nyenyak tidur tadi kau ada time aku start mandi sudah terus kau tiada ya wahai air..

Tapi tidak apa.Anggap jak ini adalah ujian.Aku tidak jadi mandi pada waktu itu dan aku mengambil semua peralatan mandian aku lalu aku buat keputusan untuk mandi di rumah kawan aku yang tinggal berdekatan dengan ku.

Alahmdulillah...Dah sampi pun dirumah kawan.Then,masa aku tengah jalan nak pi bilik mandi,jiran yang tinggal dekat rumah aku tu call :

Jiran : Geng,ada air paip sudah.

Aku : !@#$%^&*

Kau rasa aku jadi mandi tak dekat rumah kawan aku tu?Haaaa...cuba korang teka...Selamat menjawab...Hihihi..

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

Aktiviti hari ini...

19 November 2017/Ahad

Assalamualaikum

Dari pagi aku buka website blogger konon aku mempunyai semangat yang luar biasa untuk update blog aku pada hari ni tapi bila aku sudah log in blog aku tiba-tiba idea aku yang aku kumpul tu terbang ke laut..So aku jalan-jalan dekat Facebook jer lah nak cari ilham lah katakan...Scroll scroll scroll kat new post facebook aku nampak lah aku benda yang paling aku suka dan korang pun mesti suka..Mau tau apa dia?Ni haaa...Lazada ada buat MEGA CLEARANCE UP TO 80%..Wuwuwuwuwuwuwuwuwuwuwuwu...Gila kau ahhh sale lagi sale lagi..Haha...So,aku pun tidak ketinggalan juga lah nak cuba membeli barangan dekat website Lazada ni.Lepas ni...habis lah duit aku terbang di Lazada..Hahaha..Promo dia ni betul-betul gila..Terlajak murah..Mana mau dapat maaaa...Okay...MEGA CLEARANCE UP TO 80% bermula dari 18.11.2017 - 20.11.2017.Haaa..Esok dah last day tau promo ni..So,kalau korang risau barang korang habis stock malam ni masih boleh lagi korang shopping jalan-jalan cuti mata di website Lazada ya..Jom...cepat-cepat terjah Lazada..

MEGA CLEARANCE UP TO 80% bermula dari 18.11.2017 - 20.11.2017

Bila aku masuk di website Lazada ni...Ya ampun...Memang barang yang di jual dengan harga yang murah dan murah lalu mana yang aku berkenan aku rembat...Hohoho..Ada lah beberapa barang yang aku rembat sempana Lazad buat sale ni tapi aku tidak mau bagitau sekarang lah..Nanti aku bagi tau kalau barang tu dah sampai..Kalau aku bagitau sekarang tak surprise lah katanya..hihi..

Tunggu apa lagi...Jom lah shopping cepat-cepat dekat Lazaada sebelum sale tamat..

Terima kasih kerana sudi baca entry ini...

Perkara-perkara Yang Patut Korang Buat Sewaktu Menuntut Di Universiti atau Kolej

15 November 2017/Rabu

Assalamualaikum

Ehm...Rasa sekejap jak masa berlalu...Tadi masa aku online Facebook,nampaklah aku yang Facebook kasih throwback kenangan aku masa aku graduate.Rupanya dah setahun dah aku graduate..Alhamdulillah..Masa aku study dulu kan itulah antara zaman yang paling best yang penuh dengan satu ribu satu kenangan.Pelbagai kenangan manis dan pahit yang aku dapat time aku study di kolej.Memang best.Tapi,kalau aku asyik hidup di zaman yang sama sampai bila life aku asyik begini jak.Macam tidak berkembang.Sebagai seorang budak yang baru meningkat di alam remaja yang penuh dengan liku--liku kehidupan,tentunya aku mempunyai suatu matlamat yang ingin dicapai iaitu berjaya dalam hidup dan kejayaan yang kita dapat ni akan dapat membanggakan orang tua kita.



Tapi tapi tapi...dalam masa kita ingin berjaya tu,kejayaan itu seharusnya diisi dengan aktivti-aktivti yang menarik yang boleh dikenangkan sesudah habis study.Korang mesti ingat ya,kehidupan sebagai seorang student ni seharusnya mempunyai pengalaman yang paling seronok supaya pengalaman tersebut boleh dikenangkan kembali di suatu masa yang akan datang.

Bagi aku lah kan,pengalaman yang paling best masa aku study di kolej dulu adalah pengalaman yang paling wajib dilakukan ketika masih bergelar student.Percayalah pengalaman yang aku buat ni memang tiada gantinya...

1.Berkawan dengan semua penghuni asrama.

Mula-mula aku daftar kolej aku tinggal asrama time semester satu.Waktu tu lah aku berkenalan dengan orang bilik aku dahulu.Aku first time jumpa dorang dan berkenalan dengan dorang.Aku ingat lagi penghuni bilik aku.Kami ada empat orang tu antaranya aku dari Kuala Penyu,Wiwin dari Kinabatangan,Sabah,Hurin dari Papar dan yang satu lagi Pamela dari Keningau.Memang best ar berkenalan dan berkawan dengan dorang ni.Tapi sayang nya kami tiada ambil gambar time tu sebab belum up bah masa tu..Haha...


2.Join Kelab dan Persatuan.

Oh hal yang ini sorry lah aku cakap.Aku tidak minat ingin join mana-mana kelab atau persatuan yang dianjurkan oleh kolej.Haha.

3.Stay up sampai pagi.

Perkara ni aku dah pernah rasa dulu time aku masih bergelar student.Aku dan kawan-kawan aku stay up sampai pagi ni gara-gara Final Year Proejct lah.Hal ni terjadi time nak dekat hujung semester.Situasi macam ni terjadi ketika assignment berlambak dan menjelangnya waktu penilaian dan final exam..Memang waktu semua nak kena hantar lah satu kali.Besok pagi pergi kolej mata bengkak...Kahkahkah...Selalu jugak aku merungut dan mengeluh bila aku hadapi nya,tapi bila dah habis study ni memang aku rindu ar nak stay up lagi sampai pagi..

Mereka-mereka inilah dan termasuk aku yang stay up sampai pagi angkara FYP...haha...
4.Travel dengan kawan-kawan

Time hujung minggu selalu aku dan kawan aku plan nak travel ke tempat-tempat yang kami belum pernah pergi lagi.Kami travel yang dekat-dekat jak...Pergi balik.Lagipun time jadi student dulu duit pun cukup makan jak..Hew hew..

Aku upload gambar ni jak lah..Haha..Time ni waktu petang time class cancel...So,kawan ajak lepak-lepak di pantai Karambunai...

5.Berkenalan dengan senior dan junior.

Yes...yang ni memang aku buat.Aku ada jugak berkenalan dengan senior aku masa aku semester satu lagi yang sama-sama tinggal asrama dan sampai sekarang alhamdulillah masih berkawan dan selalu juga bercontact.Kalau ada subjek yang aku tak faham aku akan tanya dia dan kalau ada nota yang dia sudah tidak pakai aku pinjam..Hihihi..Junior pun aku ada juga lah tegur-tegur say hai dengan dorang.Biar nampak aku nih seorang yang peramah...Mana tahu time tu ada yang menyangkut jadi jodoh..Haha..

Yang nih aku dan kawan-kawan aku tu dah jadi senior...:p..

6.Cari Jodoh.

Haaa...Maybe ni point yang last mesti korang terkejut kan baca dia punya point tapi yang ni adalah perkara yang wajib kau orang buat time korang bergelar student.Memang benar jodoh itu rahsia Allah S.W.T tapi tidak salah kan kalau korang cuba cari.Ketahuilah bahawa apabila korang sudah bekerja dan mungkin akan sibuk dengan kerja  korang tu korang akan hadap muka yang sama jak setiap hari.Hadap kerja yang sama setiap hari.Nak cari jodoh di tempat kerja pun belum tentu dapat..:P..

Jadi,masa di kolej atau universiti korang berkenalan lah dengan semua penghuni di situ dan kalau nak acari jodoh tu harus mempunyai iman yang kuat.Dan berushalah time cari jodoh.!Tapi korang buat cara yang betul ya..Ingat...Selamat mencuba...:)..

Terima kasih kerana sudi baca entry ini.

Sylvia....Dia kawan aku...

10 November 2017/Jumaat

Assalamualaikum

Aku dan Sylvia selalu berjalan bersama-sama ke kolej pada zaman masih study.Kemesraan kami berdua memang menjadi bahan kutukan kawan-kawan yang lain yang iri hati melihat persahabatan kami yang rapat.Kami memang rapat sehingga Puan H,Ketua D pernah menggelar kami 'sepasang lesbian'.OMG!!Kami bersahabat ikhlas biarpun lain agama...Cehhhhhh...Kami berdua sudah mempunyai buah hati.Mereka lelaki.Alhamdulillah...Nama buah hati Sylvia ialah Tidak manakala nama buah hati aku pula masa tu ialah Ya..:P..

Aku fikir dia lah teman sehidup dan teman semati aku sampailah suatu hari kami dikejar oleh seekor anjing liar semasa sedang berlari menyeberang jalan.

Aku : Syl....tunggu aku...

Tapi Sylvia tetap meneruskan langkah kaki dia untuk menyelamatkan drii dari digigit anjing liar.Ketika anjing tersebut hampir ke arah aku,datang seorang makcik untuk menyelamatkan aku.Dia bilang begini :

Makcik : Amoi....Kalau area sini you jangan lari-lari aaaa...Kalau anjing nampak you lari-lari macam tadi dia kejar terus maaa..*bercakap logat cina..

Aku : Terima kasih anti..Itu anjing anti kah?

Makcik : Tidak.Ni anjing memang sini punya.Tiada tuan.

Aku : Ooooo..Jalan dulu lah arr..*Makcik tu mengangguk jak...

Aku tengok kelibat Sylvia sudah tiada.Mungkin dia sudah sampai di rumah.Tak guna punya kawan.

Seperti orang lain juga,kami sering mengejek diantara satu sama lain seperti kami menngejek fizikal kami.

Sylvia : Anum...Kenapa kau pendek?

Aku : Kau pun pendek jugak bah Syl....Kenapa kau tanya?

Sylvia : Aku tanya kau,kau tanya aku balik...

Aku : Hahahahaha...Padan muka...!

Gambar kami berdua hilang tidak tau pergi mana so aku masukkan sini gambar bertiga lah...Yang pegang handphone tu lah Sylvia...Dan yang satu lagi Whitney..Dua-dua aku rindu dorang..Lama tak jumpa sebab semua dah habis study dah kerja...:)..Kebetulan hari tu jalan-jalan di One Borneo semua pakai baju warna biru.Kebetulan..

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

Giveaway Cash RM100by Qiya Saad for November 2017

10 November 2017/Jumaat

Assalamualaikum

Jom join.Tarikh tutup GA : 30 November 2017

Terima kasih sudi baca entry ini.

SPM Fever Giveaway

10 November 2017/Jumaat



Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Bersempena dengan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada hari ini, 6 Nov 2017, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati dengan secara rasminya melancarkan SPM Fever Giveaway. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan pelbagai hadiah menarik dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

Hadiah Pertama: Full Edit Blog X 1 pemenang
Hadiah Kedua: RM30 X 1 pemenang
Hadiah Ketiga: Instant Shawl X 2 pemenang
Hadiah Keempat: Preloved Novel X 3 pemenang
Hadiah Kelima: Buku Agama X 1 pemenang
Hadiah Keenam: Buku Cerita dan Year Planner X 1 pemenang
Hadiah Ketujuh: RM20 X 3 pemenang
Hadiah Kelapan: RM10 X 5 pemenang
Hadiah Kesembilan: Topup RM10 X 8 pemenang

Kesemuanya 25 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog penganjur dan penaja-penaja berikut:

* Abam Kie * Henrietta Jose * Aira * Najah Mustapa * Mamapipie * JMBelog * Shalimar Yusof * Lea Azleeya * Sheila Adziz * Shikin Razali * Kak Yong * Pokucu * Nona Sani *

2. Follow instagram berikut: (Bagi peserta yang ada akaun IG sahaja)

* Hernee Nazir * Najah Mustapa * JMBelog * Shalimar Yusof * Lea Azleeya * Sheila Adziz * Kak Yong * Pokucu * Nona Sani *

3. Like Facebook berikut:

* Abam Kie * Hernee Nazir * Aira * JMBelog * Shalimar Yusof * Shikin Razali * Kak Yong * Pokucu *

4. Follow Google Plus berikut:

* Abam Kie * Hernee Nazir * Aira * Sheila Adziz * Shikin Razali *

5. Letakkan URL Blog Mamapipie di dalam blog list anda.

6. Buat entri bertajuk 'SPM Fever Giveaway'.

7. Salin dan tampal kod HTML di bawah:

8. Dengan tidak melebihi 100 patah perkataan, tuliskan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa menduduki SPM dahulu. Contohnya, terlewat bangun, terlupa membawa MyKad, terpaksa ambik periksa di dalam wad, terkantoi dengan pengawas SPM dan sebagainya. Perenggan ini hendaklah ditaip di dalam entri anda dengan menggunakan huruf italic. Pemenang-pemenang akan dipilih berdasarkan coretan pengalaman yang paling menarik dan asli (authentic).

Pengalaman aku masa ambik exam SPM waktu tahun 2010.Aku punya tabiat kalau exam nya dah minggu depan esok exam malam tu baru aku berabis nak study.Biasanya aku study start tengah malam sampai ke subuh.Pernah hari tu otak aku tak boleh hadam dah dengan subjek-subjek yang aku nak belajar malam tu so aku tidur jak lah..Tawakal orang bilang...Hahaha..Kesudahannya bila result SPM dah keluar...alhamdulillah lulus jugak aku..:)..Ada lagi satu cerita yang aku tak boleh lupa masa tu time exam SPM ialah boleh-boleh time exam tu aku dan kawan aku pi mengurat pengawas exam yang handsome...Nasib dia ok jak..Haha..

9. Terbitkan

10. Tinggalkan pautan entri giveaway anda di ruangan komen entri di SINI sahaja.

11. Siap!

Pastikan anda mematuhi segala syarat yang dinyatakan. Boleh follow blog2 di atas tu sikit2. Lama2 habis la. Honesty is the best policy. Kerjasama rakan2 blogger amat diperlukan dan Abam Kie akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi menyertai GA ini.

Jom klik di SINI jika nak join SPM Fever Giveaway.
Peraduan berlangsung sehingga 11.59 malam, 30 November 2017.

SEKIAN. TERIMA KASIH.

Kenapa Blog Aku Tidak Berupdate?

09 November 2017/Khamis

Assalamualaikum

Setiap hari aku tengok dashbord blog aku banyak entry-entry yang terbaru muncul di dashbord aku.Setiap hari juga aku view blog aku lepas tu aku tekan pangkah di hujung tab tu..bila aku dah nak menaip dekat new post mulalah syaitan kecil menghasut aku supaya jangan update blog.Bagus tidur dia  bilang..Hahaha..Kesudahannya blog aku tidak berupdate...Krik krik krik...

Konon hari tu dah nekad nak update blog tiap hari yang macam dulu lagi tapi satu entry pun tiada muncul dan blog aku pun jadi sunyi sepi.Bila blog terlampau lama krik krik krik korang pun tak tau dah kan apa khabar tuan empunya blog ni....Lama mendiamkan diri..Hihihihi....

Asal korang nak tau kan,life aku sekarang ni kebanyakkannya aku habiskan masa aku di tempat kerja.Dari pagi sampai petang.Memandangkan sekarang aku tengah sibuk dengan kerja...(tau tau aku kerja dah nak masuk 7 bulan dah..huhu...lama tak aku tak update blog aku?) jadi aktiviti aku selalunya bermula di tempat kerja seperti yang aku katakan tadi...Habis kerja aku balik mandi makan malam buka FB buka Twitter buka IG lipat baju dan bila mulut dah menguap terus tidur.

Now sekarang ni aku asyik berkurung jak dalam rumah sebab malas nak keluar pi mana-mana sebab aku malas nak tengok perangai masyarakat diluar sana yang entah apa-apa tapi terpaksa juga aku hadap.Ada hari tu kawan aku ajak aku pi shoppping.Aku ikut sebab aku ingat kena belanja tapi kena belanja pakai duit sendiri....woahhhhh...Kawan ajak aku pi hiking aku join jugak sebab nak mencari pengalaman dalam bidang hiking pula...

Masa ni aku dan kawan aku tengah hiking di Bukit Padang,Tun Fuad Stepen,Kota Kinabalu.Entah aku sendiri pun tidak tau samaada dah sampai puncak atau belum..Haha..Janji seronok.

Kawan-kawan ajak ke Mall aku ikut jugak..Dah kena bawa jalan kan so ikut je lah..Hihi..

Pasal blogging pula,aku sebenarnya rindu juga nak aktif lagi macam dulu.Tiap hari ada jak entry-entry baru yang aku sahrekan di blog aku.Sampaikan ada lah kawan-kawan blogger tanya "Eh,Anum...you tak blogging ke lagi?Apasal blog you sunyi?"Time orang tanya aku soalan begini kan Allahu terharu sangat sebab ada jugak orang yang sudi baca entry-entry yang ada di blog aku nih..Kenapa?Best ker?

Okeh...Sementara semangat nak blogging aku nih dah kembali aku akan try update blog aku tidap hari ya...Aku akan cuba share apa-apa entry yang bermanfaat di blog aku.Satu hari satu entry pun boleh lah kan...Okai..bai..

Terima kasih kerana sudi baca entry ini.

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

05 November 2017/Ahad

Assalamualaikum


Bagaimana aku kenal dengan blogger Mia Kassim ni?Aku kenal dengan beliau ni start aku join komuniti sabahan blogger.Aku suka dengan entri entri yang beliau update di blog sebab entry beliau sememangnya sangat memberi manfaat kepada para pembaca dan cara penulisan beliau pun aku suka .I wish for u Mia Kassim good luck..:)...

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

Semuanya Bulan Oktober

07 Oktober 2017/Sabtu

Assalamualaikum

Yeahhhh...Akhirnya berupdate jugak blog aku setelah hati aku puas meronta-ronta ingin kembali aktif lagi dalam dunia blogging..Hihi..Aku sibuk dengan kerja harian pun tidak jugaklah sibuk sangat tapi aku pun tidak tau lah kenapa sejak akhir-akhir nih aku malas sangat nak update blog.Paling-paling aku buka laptop layan sinetron..layan drama..Haha..Itu sebenarnya kes boring itu..:P...

Dan...Dalam bulan Oktober jugak nih lah bulan yang sangat bermakna bagi aku...Nak tahu kenapa?Sebab nya ialah pada tanggal 06 Oktober 1993 adalah tarikh keramat aku apabila aku keluar dari perut mak aku pada tarikh tersebut dan hari Jummat (06 Oktober 2017)..Alhamdulillah...Now....umur aku dah official 24 tahun...Happy birthday untuk diri sendiri..:)..Bila umur dah official 24 tahun nih...aku cuma berharap semua impian aku termakbul.Amin.

Dan....kepada kawan-kawan yang wish birthday aku tuh kemarin (06 Oktober 2017) terima kasih aku ucapkan.Semoga kalian dimurahkan rezeki dan sihat walafiat.Amin..

Ini caption bikin aku terhibur bah..Kena lagi dengan diri sendiri..Haha..


Hahaha...Sudah namanya sahabat memang begini kejadiannya..Thanks sahabat wish my birthday..


Paling-paling terhibur jugak lah aku bila kawan aku begini chat dia..hihi..

Okay...Aku happy masa hari birthday aku biarpun jiwa aku jiwa kacau masa tuh..kikikiki..

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.


Demam

03 Oktober 2017/Selasa

Assalamualaikum

Itu hari aku demam.Pulang dari kerja terus aku manjakan diri seketika.Bila malam menjelma,aku makan nasi dan sesudah makan nasi aku makan ubat sebab demam aku masih panas waktu itu.Alhamdulillah...Berkurangan sudah panas demam aku selepas aku makan ubat.Lepas tu terus aku mandi dan tidur awal sebab waktu itu memang aku tak larat dah nak buat kerja lain.

Bangun besok paginya,ya Allah...Makin bertambah pula demam panas aku.Nak bangun pun tak larat.So,aku whatsapp lah officemate aku.Begini bunyinya...

Aku : Good morning geng...Hari ni aku tidak masuk office sebab demam panas.

Officemate : Kenapa kau boleh demam?

Aku : Mungkin aku demam sebab ada orang rindu aku kali...☺

Officmate : Bah..Ya lah...Oh ya..Nanti sebelum kau pergi jauh,jangan lupa kasih tinggal dulu ko                             punya surat wasiat ar..

Aku : Silaka...Ini biadap..

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

Rutin Harian Dan Rutin Hujung Minggu

09 September 2017/Sabtu

Assalamualaikum

Secara umumnya,ramai rakan-rakan blogger mahupun kawan-kawan aku yang lain ingin mengetahui bagaimana rutin harian aku semenjak aku bekerja.Sebab sebelum ni,rutin harian aku memang banyak masa free tapi selepas aku dah ada kerja rutin kehidupan aku memang berubah lagi-lagi bila aku hidup sendiri-sendiri di daerah yang pertama kali aku jejak.Cam tuh..

Rutin harian saya.

05.00 Subuh : Bangun dari tidur.Minum air putih yang ada di meja sebelah katil.Malas nak pergi kat dapur sebab masih mamai.Alasan : MASIH MAMAI!!Mandi,solat subuh,buat sarapan untuk diri sendiri dan siapkan diri untuk pergi kerja sebelum jam 8.00 pagi.

7.50 Pagi : Keluar dari rumah dan berjalan kaki menuju ke tempat kerja dengan kiraan tiga langkah sahaja dan aku macam biasa orang terakhir yang sampai lewatg di office iaitu 7.53 pagi.

8.00 Pagi : Start buat kerja di lab.

12.30 Tengah Hari : Balik rumah dan berehat di rumah.Solat Zuhur dan masak makanan untuk makan tengah hari.

1.20 Petang :Kembali ke office untuk kembali bekerja.Work work work...

5.00 Petang : Balik dari kerja.Kalau overtime sampai jam 7.00 malam baru balik.Nasib jarak dari office ke rumah sewa aku tiga langkah jak..Hoho..Korang bayangkanlah macam mana keadaannya kalau jarak dari office ke rumah sewa aku cuma tiga langkah jak...

06.00  Petang sehingga 1.00 Pagi : Rehat,mandi,bersihkan diri untuk solat Maghrib kemudian solat Isyak.Masak makanan untuk makan malam.

Bila dah hilang penat aku,aku update blog tu pun kalau rajin dan aku nak tidur lah lepas tu.Selalu aku tidur jam 1.00 pagi paling lewat dan paling awal aku tidur ialah pada jam 9.00 malam.Haaa..Kau hado?

Jadi,korang dah tau lah kan kehidupan harian aku macam mana.Lebih kurang macam ni lah setiap hari.Disebabkan aku kerja sampai hari sabtu,jadi hari ahad jak lah cuti aku.Dan hari ahad tu aku akan gunakan sebaik-baik nya.KIkikiki..

Terima kasih kerana sudi baca entry ini.




First Giveaway By Blog Buku Pinky

09 September 2017/Sabtu

Assalamualaikum


Nak join?Klik banner.


Cerita Hari Raya Haji Tahun 2017

07 September 2017/Khamis

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidiladha..
Semoga ibadah korban kita diterima..
Raya haji dah habis tapi aku tetap mau jugak bagi ucapan dengan korang semua...:)



Cuti raya haji aku pada tahun ini boleh lah di katakan agak lama jugak sebab aku start cuti dari hari rabu sampai hari isnin yakni aku start cuti dari 31 September 2017 - 04 September 2017.Kiranya cuti aku tuh adalah mau seminggu jo cuti aku..

Raya haji tahun aku lebih banyak pergi kenduri kahwin kenduri kendara orang ampung sebab aku mau makan free sampai kenyang.Sebab bila aku dah mula masuk kerja nanti tiada lah aku dapat merasa lagi makanan free itu.Boleh kah aku bagi alasan begitu?

Dan...kebanyakannya aku menghabiskan cuti-cuti aku di rumah sahaja.Dan ini sahaja lah cerita raya haji aku pada tahun ini.

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

Macam mana family aku boleh bela kucing

05 September 2017/Selasa

Assalamualaikum

Hai uolls...Macam mana kehidupan korang pada masa kini?Best ke tidak?Sebenarnya hari ni aku malas mau pergi kerja sebab mood aku masih dalam mood cuti-cuti malaysia lagi tapi aku gagahkan jugak diri aku untuk pergi kerja.Lepas balik dari kerja aku tidak tahu mau buat apa.Dari tadi asyik merenung di luar jendela jak lepas tu bila dah bosan tengok pemandangan di luar aku tengok handphone check FB lepas tu check IG lepas tu ulang buat benda yang sama sampai mau masuk maghrib.Anggaran aku dalam satu jam setengah kot aku buat begitu.Hohoho.

Tujuan aku update new entry kali ini bukanlah aku mau kasih cerita dengan korang apa yang aku buat lepas aku balik dari kerja.Tidak.Bukan.Tapi aku ada benda mau kasih cerita sama kamu semua.Cerita aku nih pasal kucing.Siapa suka kucing kita geng.Hehe..

Macam ni lah.Aku kasih tau sejarah awal macam mana family aku bela kucing.Kami start bela kucing pada awal tahun 2013.Pagi tu,masa aku mau sapu-sapu di halaman rumah aku aku ternampak lah ada seekor anak kucing dia jalan-jalan di sekitar kereta mak aku.Bila dia jumpa orang mengiau ngiau dia.Bunyi macam kelaparan.Jadi aku ambil lah sisa-sisa makanan yang kami makan lepas sarapan tu.Bila tu makanan dekat tu kucing,aku tengok kucing tu kelaparan betul macam satu minggu tidak jumpa makanan.

Selesai sudah dia makan,aku ingat tu kucing dia balik pergi rumah tuan dia dulu tapi aku tengok dia stay-stay jak di garaj.Masa aku dukung tu kucing aku tengok mata dia warna biru.Kucing siam.Tengok jantina dia betina.Comel lagi.Masih kecil.Apalagi aku terus lah ambil tu kucing pelihara dia.Nasib jugak mak bapak aku izinkan aku bela kucing sebab masa tu rumah kami memang tiada kucing.

Tapi kucing siam ni belum ada nama.Bapa aku dapat idea lah untuk kasih nama ni kucing.Bapa aku kasih nama tu kucing Toyi sebab kucing ni kerja dia asyik berak sedja.Tu sebab nya bapa aku kasih nama dia Toyi.Haha.Mula-mula jak lah dia berak-berak lepas tu lama-lama dia biasa di persekitaran rumah tidak lah sudah dia berak.Dia pandai sudah berak di luar rumah kadang-kadang tu pandai jugak dia berak di tandas.Bagus nih kucing.

Ni lah si Toyi kucing siam yang aku pergi ambil masa dia sedang berkeliaran di luar rumah.Time nih dia masih kecil lagi.

Ada suatu hari tu kucing jantan kepunyaan jiran depan rumah aku datanglah pergi kasih bunting si Toyi nih.Jadi,terberanak lah si Toyi.Mula-mula kucing siam anak dia lepas tu dia beranak lagi beranak lagi dan beranak lagi sampai lah dia beranak kucing yang bulu dia belang-belang.Nama-nama anak si Toyi ialah Pemarah,Atan,Tina,Gulung,Puteh,Itam,Tiada Nama,MukMuk,Bulat,Putut,Mata,Kuyus, dan yang lain aku tidak ingat sudah nama anak-anak si Toyi.

Beberapa tahun kemudian...Aku masih ingat lagi pada malam sebelum si Toyi hilang...Malam tuh time mau tidur aku kasih keluar si Toyi sama anak-anak dia sebab tidak mau bagi diorang berak dalam rumah.Besok pagi,aku panggil-panggil si Toyi mau main-main sama dia tiada pula dia muncul-muncul.Tunggu sampai hari kedua tiada jugak si Toyi muncul sebab selalunya kalau si Toyi berjalan ada jugak dia balik rumah tapi yang masa dia hilang tu langsung tiada tanda-tanda dia mau balik.Tunggu punya tunggu tiada jugak si Toyi muncul.Last-last aku beranggapan bahawa si Toyi dia merajuk sama aku sebab aku kasih keluar dia pada malam tersebut sebelum dia hilang.Sedih tu memang sedih lah sebab tu kucing  yang first time aku bela dari dia kecil lagi.Time tuh dia tengah bunting.Menyesal tuh memang aku menyesal lah sebab aku paksa dia tidur  di luar.Kejam kah aku??

Lepas si Toyi hilang tuh,aku tidak sudah bagi kucing tidur di luar.Surrender sudah aku.Si Toyi hilang dia ada jugak kasih tinggal anak-anak dia di rumah.Nasib sudah anak-anak dia masa tuh besar sudah.Pasal anak si Toyi tu nanti aku kasih cerita.

Nih si Toyi masih kecil lagi.Masa tuh si Toyi tidak suka kena kurung jadi mengamuklah si Toyi dalam kurungan minta di kasih keluar.

Ni si Toyi sudah besar.

Dia tunggu di jendela sebab dia mau jendela tu dibuka mau masuk di dalam rumah.

Aku memang suka ambil gambar si Toyi time dia tidur sebab comel.

Comel jak si Toyi dalam kotak nih.

Nanti lagi aku sambung cerita pasal kucing aku.

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

Kehidupan Masa Study VS Kehidupan Masa Kerja

27 August 2017/Ahad

Assalamualaikum

Happy weekend uolls...Beberapa jam lagi,hari ahad yakni hari untuk berehat dah nak habis.Esok dah masuk kerja balik.Ish....

Masa study dulu kan,asal hujung minggu kan wajib ada di 1Borneo.Dari pagi sampai ke petang,aku round tu satu bangunan mall tu.Tapi satu barang pun aku tiada beli.Last-last penat jak yang aku dapat.Dan duit pun habis beli makanan sama minuman.Aku sendiri pun tak tau lah macam mana boleh tahan lepak di 1 Borneo tiap-tiap hujung minggu dulu.

La nih bila dah kerja nih,nak jalan-jalan ke nak pergi mall ke nak ke kedai beli makanan ke nak ke tandas,memang aku malas sudah mau berjalan.Apa lagi mau angkat kain di jemuran.Lagilah malas.Tapi,bila ada kawan ajak aku pergi jalan-jalan dekat mall baru aku jalan.Haa...Nampak sangatkan sampai mana tahap pemalas aku nih.

Jadi,weekend aku sekarang nih bila aku sudah berkerja,lagi best bila asyik duduk rumah,update blog,buka youtube,manjakan diri di atas katil,tidur sampai petang.Oh...indahnya dunia.Tapi kadang-kadang kalau rajin masak jugak untuk diri sendiri sebab sekarang ni aku jauh dari family and tinggal di rumah sewa sendirian.So,apa-apa kerja kenalah buat sendiri.

Hari nih aku duduk rumah sedjalah diam-diam.Buka laptop tengok youtubee update blog dan macam-macam lagilah yang aku buat.Minggu depan aku rasa excited terlebih pula sebab minggu depan aku dah balik kampung.Yeayyyyy..Gila.Sebulan wei aku tak balik kampung.Rindu sesangat ngan family aku.

Memang dalam fikiran sekarang nih ingatan di kampung jak nih.Harap-harap lah dapat fokus buat kerja esok.Uh..

Terima kasih sudi baca entry ini.

GIVEAWAY BLOG BYCIKRENEX

27 August 2017/Ahad

Assalamualaikum


DUE DATE : 24 SEPTEMBER 2017

Terima kasih kerana sudi baca entry ini.

Mari belajar bahasa Brunei

23 August 2017/Rabu

Assalamualaikum

Hari tu ada nih officemate aku dia tanya aku macammana bahasa Brunei ni..Sebab bangsa aku Bisaya tapi aku lebih faham kepada bahasa Brunei..Cam tuhhh..Sebab di Penampang nih majoriti orang dia adalah orang berbangsa Kadazan Dusun.Jadi,aku sebagai pendatang baharu di daerah tersebut,dorang tanya lah aku macam mana bahasa brunei ni.

Kawan : Nurul,kalau 'iya' dalam bahasa Brunei 'awu' kan.
Aku : Ya.Kalau kamu maksud 'awu' tu 'tidak'.
Kawan : Ya.Betul.Kalau 'aku' apa dalam bahasa Brunei?
Aku : kalau 'aku' dalam bahasa Brunei 'Saya' lah.
Kawan : Kalau 'kau' dalam bahasa Brunei?
Aku : Kalau 'kau' dalam bahasa Brunei 'awak' lah.
Kawan : Jadi kalau 'kau dan aku' dalam bahasa Brunei apa?
Aku : Kalau 'kau dan aku' dalam bahasa Brunei 'You and i'.
Kawan ; !@#$%^&*

Hahaha...

Konon-konon tu kawan aku dia mau kasih kena aku lah ni sekali dia pula yang terkena sendiri.Padan muka!!

Hahaha...

Terima kasih kerana sudi baca entry ini.

Giveaway by LZ

22 August 2017/Selasa

Assalamualaikum


DUE DATE :  14 August 2017 - 31 August 2017


Pendapat aku berkenaan dengan blog ladyinredplanner ni kan ialah pertama sekali aku suka tengok header blog dia..Cantik dan sample design dia..Kedua blog dia kemas.Ketiga aku suka background dia warna putih.Dan keempat blog dia kemas dan tulisan pun kemaslah.

Jom ramai-ramai kita join GA ni..Support rakan-rakan blogger..:)..

Terima Kasih kerana sudi baca entry ini.

Aku Dan Tanah

20 August 2017/Ahad

Assalamualaikum

Ramai kawan-kawan aku termasuklah pembaca blog aku nih tanya aku,macam mana life aku dekat makmal.Belum pernah lagi aku cerita dekat blog.Entahlah kenapa aku begitu malas sekali ingin menceritakan pasal life aku di dalam makmal.Tapi sebab ramai yang dah request,inshaallah aku akan update jugak pasal life aku dekat makmal.

Dulu aku study aku ambil Building Construction tapi bila dah kerja nih aku dapat pula bidang Civil Engineering nih.Civil Engineering nih ada anak-anak dia lagi dan aku dapat bidang Geoteknikal Engineering.Bila dah masuk dalam bidang geoteknikal engineering nih hari-hari lah aku pegang tanah pegang batu.

Bila kawan-kawan aku yang bukan belajar arkitek,engineering dan yang seangkatan dengannya tahu yang aku nih kerja bahagian tanah,mulalah diorang hamburkan dekat aku dengan soalan-soalan yang pelik dan yang tidak munasabah itu.Aku pon kadang-kadang malas jugak mau layan dengan soalan dorang tu..Huh!!

Kawan : Belajar kos bangunan best kah?
Aku : Best.
Kawan : Kerja bahagian tanah best kah?
Aku : Best
Kawan : Tangan kau ndak rosak kah hari-hari pegang tanah?
Aku : For you information,tangan i dah lama dah rosak sejak i pegang simen masa study dulu.
Kawan : Erhmmmmm....
Aku : Krik krik krik

Baiklah...Dunia khayalan sudah tamat.Besok aku harus menyarung kan kemeja and tudung dan sebelum jam 8.00 pagi mesti ada di makmal sudah.

Terima kasih kerana sudi baca entry ini.

GIVEAWAY Merdeka By Kisahsidairy.Com

20 August 2017/Ahad



Assalamualaikum
Hai korang. Kisahsidairy.com sedang mencari lebih 10 orang pemenang untuk memenangi Wang Tunai, Voucher, Top up dan barangan lain .Jom pakat Join Giveaway yang mudah ini.

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

Giveaway berlangsung bermula 16 OGOS sehingga 29 Ogos 2017

JOM JOIN GIVEAWAY NI BERAMAI-RAMAI, PAKAT SHARE UNTUK MEMERIAHKAN LAGI GIVEAWAY INI.

Terima kasih kerana sudi baca entry ini.

N.A.NHijabs_ : Shawl Heavy Chiffon

13 August 2017/Ahad

Assalamualaikum

Zaman sekarang nih tengah femes kan tudung SHAWL HEAVY CHIFFON nih.Pergi mana-mana mesti orang akan tanya :

'Eh,pakai Shawl Heavy Chiffon ker?'

'Eh,berapa harga Shawl Heavy Chiffon nih?'

'Cantiklah colour Shawl Heavy Chiffon yang you pakai nih'

'Berapa harga'

And apa-apa lah lagi orang tanya pasal Shawl Heavy Chiffon nih...Pokok nya Shawl Heavy Chiffon nih memang laku keras lah dari start dia dijual sampai lah sekarang.Tak pernah orang jemu nak beli lagi.Asal tak cukup satu colour mesti nak colour yang lain lagi.

Haaa...Kepada mereka mereka yang tengah mencari-cari Shawl Heavy Chiffon tu aku ada jual.Harga jangan risau.Harga dia harga kasih sayang aku kasih.

Shawl Heavy Chiffon nih material dia mempunyai qualiti gred AA+,jahitan tepi baby seam,lepas tu tak jarang(untuk colour terang better pakai inner neck),mudah bentuk,iron less,1.8 meter panjang x 0.8 meter lebar.
































Ada yang berminat kah dengan colour-colour Shawl Heavy Chiffon yang aku jual nih?Kalau korang berminat sila whatsapp saya okay ke nombor 014-8690515...

Terima kasih keran sudi cuci mata di entry ini..