Budu pun make tapi jare

28 March 2017/Selasa

Assalamualaikum

Hari tu adalah aku online facebook aku and then nampak lah aku pasal cerita ni "Budu pun make tapi jare".Aku ingatkan orang putih mana lagi sesat pi Malaysia.Bila aku baca sampai habis jak ooooooo rupanya...

Kota Bharu: “Saya buat buku sendiri dan tulis semua loghat Kelantan yang dituturkan, kemudian terjemah kepada bahasa Inggeris serta bahasa Melayu untuk mudahkan pertuturan. Apabila tak tahu, saya tanya rakan.
"Demi nak mudahkan berkomunikasi juga, saya tengok drama Melayu yang ada terjemahan supaya saya dapat dalami budaya orang Malaysia keseluruhannya," kata pemuda berasal dari Istanbul, Turki, Mat Daud atau nama sebenarnya Fatih Imamoglu, 24, yang fasih bertutur dalam loghat Kelantan, malah makan budu.
Mat Daud kini terkenal selepas sejak minggu lalu, videonya bercakap loghat Kelantan tular di laman sosial terutama Facebook selepas dimuat naik seorang rakannya.
Kini, di Terengganu ada Mat Dan, di Kelantan pula ada Mat Daud.Korang rasa mana satu handsome Mat Dan atau Mat Daud?Loll!!
Menurutnya yang kini di Jakarta, dia makan budu tetapi tidak selalu dan menggemari Nasi Kak Wok.
"Budu pun make (makan) tapi jare.. jare (jarang) lah. Lagi satu Nasi Kak Wok sedap, susoh nok (susah nak) cari di luar (Kelantan)," katanya.
Menurut Mat Daud, dia tidak menyedari seorang rakannya memuat naik video pendek berdurasi seminit itu ke laman sosial sehinggalah Facebook miliknya menerima banyak mesej dan permintaan kenalan.
"Telefon saya sampai 'hang' disebabkan tiba-tiba banyak sangat 'notification' Facebook. Saya pun tak sangka boleh viral (tular) dengan cepat. Dalam masa sama, saya cuak juga kerana tiba-tiba jadi 'buruan'... tiba-tiba popular.
"Sebelum ini kawan yang rekod video itu tanya sama ada saya mahu popular atau tidak... saya jawab nok lah (nak lah) tapi kami hanya bergurau sahaja ketika itu dan saya pun tidak ambil pusing.
"Saya tak sangka yang dia betul-betul 'popularkan' saya dengan muat naik video terbabit," katanya.
Mat Daud anak sulung daripada lima beradik berkata, dia memahirkan diri dengan bahasa Melayu dan loghat Kelantan selama setahun selepas menjejakkan kaki ke negeri ini pada 2009.
Katanya, ketika itu dia berusia 16 tahun berkunjung ke Malaysia kerana mengikut keluarga yang menjalankan perniagaan pakaian di Kelantan.
"Saya sempat belajar di sekolah antarabangsa, Wadi Sofia di Binjai, di sini selama enam bulan sebelum ibu bapa kembali ke Turki dan saya menetap terus di sini kerana terpikat dengan suasana dan orangnya.
Mat Daud berkata, dia kini mengusahakan perniagaan berkaitan kecantikan dan kesihatan di bandar ini tidak menolak untuk menjadi sebahagian daripada penduduk tempatan kerana keenakan makanan, budaya dan kemesraan orangnya.

Sekarang ni femes pula ya orang putih kena kasih gelar nama MAT kalau dorang datang Malaysia.Kalau kita pulak yang datang pi negara dorang agak-agak korang lah nama apa yang orang putih kat situ bagi kita..Haha..

Sumber : MyMetro

Terima kasih kerana sudi baca entry ini.

14 comments:

  1. Dulu Mat Saleh. Lening Mat Dan, Mat Daud. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas tuh mat apa pula wujud lepas nih ar??hehehe..

      Delete
  2. Hi Anum...salam kenal...
    Yeah, tahu blog ni dari Unni, since dia notify dah ada blogger Sabahan..
    Seronok bila tahu sabah ni ada ramai blogger juga...
    Anum pun makan budu ka? Saya ndak mkn, kawan bawa makan time di kolej, mmg saya tolak tepi, hehe.
    Cheers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai mrs pip...salam kenal jugak...blogger dari sabah jugak kah mrs pip ni?belum pernah lagi makan budu...pernah dengar ja ayat budu ni..

      Delete
    2. Jemput singgah blog mrs pip...
      Org sabah juga, asal KK, now menetap di membakut.

      Delete
  3. hehehe dah semakin ramai pulak omputeh dok belajo loghat yg ada di malaysia ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kan..kita pulak bilak nak belajo cakap orng putih?hekhek..

      Delete
  4. sedap la budu, makan nasi panas2 best kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke..belum pernah lagi lah merasa budu tu..

      Delete
  5. hi.. saya datang singgah sini..
    kite tak penah makan budu.. hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah...aku pun belum pernah lagi makan budu

      Delete
  6. Pantang budaya kita di pelajari org luar, mmg confirm jadi viral =D ju suka tgk tu org putih ckp mlayu, mcm lain dr yg lain ba tu perasaan hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm baru sekarang kan viral orang putih mau belajar budaya orang melayu..

      Delete
  7. wahhh mat daud pulakkkk. hehehe

    Jom ke Blog Uyul Rosli >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..