Pantai Batu Luang,Kuala Penyu

05 March 2017/Ahad

Assalamualaikum

Korang pernah dengar kah nama Pantai Batu Luang,Kuala Penyu yang terletak di sabah?Mungkin sebelum ni korang memang ndak pernah dengar nama pantai ni tapi hari ini aku sendiri yang akan buat entry pasal Pantai Batu Luang,Kuala Penyu.

Keindahan yang terdapat di Pantai Batu Luang mungkin ramai yang tidak tahu tetapi apabila kaki korang dah jejak di Pantai Batu Luang ni komfom korang ndak mau balik sebab bagi aku tempat ni tersangat lah mendamaikan dan bila tengok air laut tu terasa tenang jak.Hilang semua stress.Biarpun aku dah beberapa kali pergi ke Pantai Batu Luang ni untuk melepaskan tekanan nak berjiwang-jiwang nak fell fell hindustan konon rasa macam aku nak pergi lagi pantai ni.Ada suatu hari tu ....

Lepas kenduri...Aku cadangkan nak bawa anak-anak buah aku pi Pantai Batu Luang ni so dorang pun on dan dorang memang suka dengan pantai kami pun pergi lah.Time tu waktu petang.Sampai sana.............................................

Sampai jak kami di sana.....1 2  3 selfie...Hooooooo..

Rasa kali ni aku pi pantai tu excited sangat sampai main lompat lompat sebab anak buah aku ikut sekali..

Kalau korang nak tahu,batu-batu yang ada dalam gambar tu mempunyai satu mitos.Mitos nya macam ni...

Misteri Isteri Lesap Di Gua Batu Luang

"Peristiwa ini dikatakan berlaku pada suatu ketika dahulu melibatkan pasangan pengantin yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka di rumah pangantin perempuan. Setelah beberapa hari mereka menaiki pelamin, maka mereka dikatakan ingin pulang ke rumah pengantin lelaki atau disebut maya wagu mengikut bahasa suku kaum Kadazandusun Tatana.
 
Dengan diiringi oleh keluarga masing-masing, pasangan pengantin itu berangkat pada suatu pagi yang indah. Ketika mereka hampir di gua Batu Luang, tiba-tiba angin bertiup kencang dengan awan manjadi gelap dan diikuti oleh hujan yang turun dengan lebatnya.
 
Berikutan situasi yang tidak mengizinkan mereka meneruskan perjalanan itu, kedua mempelai tersebut pun bergegas untuk berlindung di dalam sebuah gua yang kini dikenali Gua Batu Luang.
 
Setelah hujan berhenti, mereka mula keluar dari gua tersebut. Pengantin lelaki dikatakan merupakan orang yang kedua terakhir keluar. Orang yang terakhir masih di dalam gua tersebut ialah isterinya.
 
Sebaik sahaja pengantin perempuan tersebut menghulurkan kedua tangannya untuk ditarik oleh suaminya, tiba-tiba tanah di dalam gua itu mendap dan runtuh. Si suami cuba menyelamatkan isterinya dengan segala kudrat namun wanita itu hanya mampu menghulurkan cincin perkahwinan mereka lalu lesap di telan bumi. 

Sejauh mana kebenaran cerita ini sukar untuk dibuktikan namun yang nyata gua tersebut yang terletak di kawasan pantai Batu Luang masih wujud hingga ke hari ini."









Hilang kata-kata aku terus bila tengok pic ni..Hekhek..

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

10 comments:

  1. tragisnya kisah perkahwinan tu :( .
    Tapi kalau lepak dekat pantai memang best! sambil tangkap gambar2 macam ni hehee.

    ReplyDelete
  2. byk tempat menarik di sabah ye.. bila la boleh kesana agaknye.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak tempat yang best dekat sabah..jom lah datang sabah..

      Delete
  3. Nice view tempatnya, memang best ambik gambar kat situ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik kalau nak ambil gambar dekat situ..

      Delete
  4. Alahaiii...jauh pulak. Nak jejak sabah entah bilalah. Cantik permandangan kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cui panjang boleh lah jejak pi sabah..

      Delete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..