Punca Blog Aku Tidak Berupdate

04 March 2017/Sabtu

Assalamualaikum

Mula-mula dikenali sebgaia student praktikal Dr.Syed Nadzhan..
Lepas tu dikenali pula sebgaia adik tiri Dr.Syed Nadzhan...
Tup tup tuo at least dah jadi bini Dr.Syed Nadzhan...

Hairan kan tiba-tiba blog aku dulu bising jer..Hari-hari ada entri baru keluar kat dashbord korang and now tiba-tiba krik krik pula kan blog aku...Punca nya sebab....drama baru tu lah yang baru ja minggu lalu ditayangkan di tv3.Haaa...Drama Meh,Sandar Pada Aku! tu lah punca nya aku ndak update blog sebab aku lebih fokus tengok  kat sini ...Hewhewwww...First aku tengok dari episod satu minggu lalu macam aku dah tau dah yang cerita nya tu best sampai ke akhirnya.Jadi,aku tengok marathon lah dekat sini.☺☺

Sekarang ni aku jarang dah tengok drama melayu ni dari awal episod tapi bila sampai jak episod akhir baru aku rajin tengok.May be,oleh kerana jalan cerita drama Meh,Sandar Pada Aku! masa episod pertama tuh menarik,haaaa tu lah yang membuatkan aku layan jer cerita ni sampai episod akhir di sini.

Sebab nak tengok Mira Filzah berlakon tu ya jugak.Aliff Aziz,Ye lah...Kan Aliff Aziz dah lama dah aku tak tengok dia berlakon drama.Begitu juga dengan Redza Rosli ni..Last aku tengok Redza Rosli ni berlakon dalam drama Seindah Takdir Cinta,Aisya Illiyas ni pon aku nak tengok jugak dia berlakon sebab dia cantik larrr bagi aku..Haaaaa...Tu lah sebab nya aku nak tengok jugak cerita Meh,Sandar Pada Aku! ni sebab nak tengok dorang berlakon...Lagi-lagi pelakon yang aku minat pulak tu...Erhmmm..Hero dan heroin dalam drama ni pon mata sedap memandang jugak.Begitu jugak dengan pelakon lain.Sedap jugak mata aku pandang dorang dari skrin laptop aku tengok dorang berlakon.Haha..Lagu-lagu dalam drama ni pon best.Boleh lah korang tengok sambil santai-santai sebelum tidur Kalau malas nak tengok dekat tv boleh jer korang tengok dekat sini.Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi fell lah korang bila korang tengok sorang-sorang drama ni..☺☺☺..Drama Meh,Sandar Pada Aku! ni lah drama yang aku tengok secara marathon ni setelah beberapa bulan aku ndak tengok drama melayu yang sebelum ni..


Masa episod pertama tu okay lah jalan cerita dia.Lagi-lagi bila si Afnan Tasneem tu start praktikal dan dapat pula supervisor yang sombong nak mampus..Haaa...Asyik gadohhhhhh jer memanjang.Afnan Tasneem ni pula tersangatlah bendul ndak bertempat.Haiyoo..First day si Afnan Tasneem  ni praktikal,untung ar kena belanja ngan Dr.Syed..

Tiba-tiba,mak si Tasneem ni dengan ayah si Syed Nadzhan ni berkahwin dan Tasneem dengan Syed Nadzhan tu opkos lah kan jadi adik beradik tiri.Dah lah si Afnan Tasneem tu student praktikal Dr.Syed.Tup tup tup tiba-tiba terjadi pula sebagai adik tiri Dr.Syed.Hal tu jadi rahsia buat Afnan Tasneem dengan Dr. Syed Nadzhan.


Lepas jak dorang Afnan Tasneem dengan Dr.Syed Nadzhan balik dari Cameron Highland,ayah dorang pulak nak sambut birthday Tasneem.Nahhh..di situ lah terbongkarnya rahsia antara Dr.Syed dengan Tasneem yang dikenali sebagai adik beradik tiri.


Yang ni part dorang ajak si Adam Naufal keluar jalan-jalan ngan dorang.Mula-mula aku ingat ni Adam Naufal baik lah sangat..Rupanya dalam diam ubi berisi.Gittuuuu.


Jahat ehh Dr.Aleesya ngan Tasneem.Dia pi bocorkan pula apa yang Adam Naufal dah buat kat Dr.Syed.Jadi Afnan Tasneem pun dah tau siapa Adam Naufal yang sebenar.Kecewa Aneem sebab Adam Naufal mainkan hati dia..Masa Adam Naufal konvo tu di situlah terbongkar rahsia Adam Naufal yang sudah pun bertunang dan akan berkahwin ndak lama lagi..


Selepas dapat berita yang mak bapak diorang terkorban dalam ribut salji di Tokyo,Dr.Syed terus buat keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Dr.Aleesya dan berkahwin pula dengan adik tiri dia,Afnan Tasneem.Dr.Aleesya pula jenis yang ndak dapat menerima kenyataan terus buat macam-macam agenda supaya Dr.Syed dapat kahwin dengan dia and last last Dr.Aleesya mengalami tekanan jiwa dan akhirnya Dr.Syed sendiri yang bantu Dr.Aleesya sampai dia sembuh.


Lepas Adam Naufal putus tunang,pandai pulak dia minta tolong balik ngan Tasneem.Siap main ugut lagi ya kalau Afnan Tasneem ndak mau tunaikan permintaan dia.Untung Dr.Syed sampai awal di rumah kalau ndak,ndak tau lah apa yang si Adam Naufal buat kat Afnan Tasneem.


Beginilah keadaan Dr Aleesya masa dia sedang sakit.Sabor jer lah Dr.Aleesya..Tapi at least dia sembuh jugak atas bantuan Dr.Syed.Pandai Dr.Syed atur rancangan ya.


Ni time first day Afnan Tasneem praktikal.Baru jer first day praktikal dah kena belanja dengan supervisor.Untung lerrr..

Haaa....tengok..Ndak pasal-pasal aku ceritakan semua apa yang terjadi antara Dr Syed dan Afnan Tasneem.Hehe...Maybe aku terlebih excited kot sampai ndak sabar tunggu episod terakhir.Hahaha..Sebab aku malas nak tengok di tv sebab aku nak rasa feelling tengok cerita ni sorang sorang sambil sedut hingus..Wkwkwkwkwkwkwk...*Mengena jugak aku sama cerita ni ya..

Bagi orang macam aku ni yang malas nak baca novel dia dan ndak tahu apa sinopsis kat novel ni *sebab aku memang malas baca novel so aku tengok jer lah kat tv .Yang aku suka sangat cerita ni sebab cerita ni ndak meleret dan cepat.Satu episod tu macam dia dah cover semua benda kalau dekat drama lain mungkin satu minggu kena kasih tayang satu minggu tu jugaklah benda yang sama kena kasih tayang.Ndak best lah kalau begitu.

Mira Filzah dalam cerita ni pon cantik gak ar biarpun makeup dia biasa-biasa jer.Yang lain pon sama jugak.Aku suka time dia buat ootd dekat insta dia semua lawo-lawo.Tu lah yang menyebabkan aku rajin pi skoding insta Mira Filza tu..Muehehehehehe..Minggu lalu start sudah drama ni.Korang tengok kah Meh,Sandar Pada Aku! ni?Terhibur ndak korang tengok si Tasneem dengan Dr.Syed hari hari gaduh..Hehe..

Terima kasih sebab sudi baca entri ini.

2 comments:

  1. jarang gak tengok drama melayu ni, kadang2 jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun jarang jugak layan drama melayu ni..

      Delete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..