Review : Razia Sultan

10 March 2017/Jumaat

Assalamualaikum



Kalau time petang start dari jam 2 lah gitu aku dah bosan tengok tv.Kalau aku bosan tengok tv maka nya aku online instagram wechat twitter blog dan penghujung nya aku sudah terlelap di katil bujang aku.Jarang sebenarnya aku layan drama-drama sebelah petang ni.Tapi disebabkan aku tertarik dengan cerita Razia Sultan ni yang pada masa tu first time ditayangkan di tv 3 so aku tengoklah cerita ni dari awal episod sampai episod akhir.Gigih nya aku.

Puas aku cari sinopsis Razia Sultan ni tapi banyak yang ditokok tambah sampai aku pon tak tahu dah yang mana satu aku nak baca.Last last aku sendiri yang buat sinopsis pasal Razia Sultan ni.Hohoho.

Kenapa aku tertarik nak tengok cerita Razia Sultan ni?Sebab jalan cerita ni diinspirasikan dari kisah benar di mana Razia Sultan pernah menjadi sultan Delhi sekitar tahun 1236 selama empat tahun.Kenapa empat tahun?Tunggu jer cerita selanjutnya.Tragis juga ya aku tengok cerita Razia Sultan ni di tv hari tu.Banyak lah pengajaran yang boleh dapat dalam cerita ni.Contohnya persahabatan percintaan kasih sayang kesetiaan penyalahgunaan kuasa perebutan takhta dan macam-macam lagi ar pengajaran yang korang boleh dapat dalam cerita Razia Sultan ni.Pernah juga drama hindi yang tiap hari Sabtu jam 2 petang sampai jam 5 petang menayangkan cerita Razia Sultan versi movie tapi tiada pula aku tengok yang itu.Bila cerita Razia Sultan dah di jadikan drama baru aku layan.Tak bosan pon kalau korang tengok cerita Razia Sultan ni biar pun panjang ceritanya sebab Razia Sultan ni mempunyai 85 episod.Banyak!

Aku pun ajak lah kawan aku tengok cerita Razia Sultan ni siap whatsapp si kawan lagi ya.

"Beb,ko tengok cerita Razia Sultan nanti jam 4 petang sampai jam 5 petang di tv 3.Di main tiap hari Isnin sampai Khamis tu.Tengok eh.

"Razia Sultan ni cerita pasal apa ar?Ndak pernah pula aku dengar cerita Razia Sultan ni."

Nak juga aku balas cam ni :

"Ya,memang lah kau ndak pernah dengar cerita Razia Sultan ni sebab dalam kepala hotak kau tu asyik tengok wayang ci ci ci ci ci ci ci ci ci cintaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa jak..."

Tapi takut kecik hati dia nanti so aku padam balik apa yang aku tulis dan aku ganti cam ni ayat dia :

"Cerita Razia Sultan ni pasal si Razia adalah salah satu nya perempuan yang menjadi sultan delhi sekitar 1236 selama empat tahun.Lepas tu,bila dia nak dinaikkan takhta untuk jadi sultan delhi,bla bla bla bla "

Panjang berjela lah aku bagi cerita kat kawan aku tu.Penat tangan aku taip!Dah lah keypad handphone ndak macam laptop punya keyboard..*LOL ....Bila dah panjang berjela aku cerita kan kat kawan aku macam ni jak dia balas :

"Ouhhh,ndak lah aku tengok.Ndak minat."

Aku pun apa lagi terus krik krik krik jak lah..haha..Jadi aku tengok lah cerita ni sorang sorang sampai habis episod.Ganti dia sekarang ni pulak sinetron indon Dia Buka Anakku..Sinetron ni pun 24 kali aku fikir mau tengok kah inda.Ni....aku nak review nak buat sinopsis sendiri ni pasal Razia Sultan tentang apa yang aku faham cerita nya di tv3 hari tu.

Pankhuri Awasthy ialah seorang pelakon yang memegang watak sebagai Razia dalam cerita ni.*Cantik juga orang nya...Episod pertama Razia Sultan ni pon dah cukup menarik sebab pembukaan ceritanya diserikan lagi dengan suara si hidung mancung iaitu Shah Rukh Khan.Siapa minat Shah Rukh Khan sini?Ada kah?

Selain Pankhuri Awasthy,terdapat juga beberapa barisan pelakon turut menjayakan drama Razia Sulta ni.Antaranya ialah :

Sooraj Thapar : Iltutmish
Bhavna Chauhan : Shazia
Rohit Purohit : Malik Altunia
Mohit Abrol : Nasir-Ud-Din Mohammad
Seema Kapoor : Shamsad Begum
Khalida Turi : Qutub Begum
Sambhavna Seth : Shah Turkan
Ankit Arora : Rukn-ud-din Firuz

Razia Sultan mengisahkan cerita tentang Razia,anak perempuan kepada Shams-Ud-Din Iltutmish dan juga cucu kepada Qutub-Ud-Din Aibak.Razia debesarkan seperti seorang anak lelaki yang dilatih menguasai ilmu pedang dan menunggang kuda.Razia ialah seorang puteri yang baik hati berjiwa rakyat dan seorang yang murah hati.Razia selalu menyelinap keluar masuk dari istana untuk membantu golongan miskin.

Bila Shah Turkan(bekas perempuan simpana Iltutmish) muncul kembali bersama anaknya iaitu Rukhn-Ud-Din mula lah berlaku konflik sebab Shah Turkan nak jadi kan anak dia tu pewaris takhta kerajaan Delhi namun berjaya di tentang oleh Sultan Iltutmish.Tapi yang aku pelik kan kenapa juga Sultan Iltutmish tu masih benarkan bekas perempuan simpanan dia tinggal dalam istana tu juga.

Shah Turkan mendapat tahu bahawa Nasir-Ud-Din Mohammad ingin dinaikkan takhta untuk menjadi sultan Delhi lalu Shah Turkan bersama anak nya Rukhn-Ud-Din berkomplot dengan Sultan Yildoz untuk membunuh seluruh ahli keluarga tersebut dan pada masa yang sama Puteri Razia sudah pun bertunang dengan Sultan Yildoz.

Lepas si Razia pulang dari berjumpa dengan Mirza masa majlis si Nasir-Ud-Din tu,Razia terkejut apabila banyak mayat bergelimpangan di istana serta ada ahli keluarganya turut terkorban.Lagi-lagi bila Razia menjumpai mayat abangnya Nasir yang dibunuh dengan kejam oleh iblis*orang upahan Sultan Yildoz bersama mayat ibunya Qutub Jaan dan Sultan Iltutmish yang sedang bertarung dengan iblis*aku yang bagi gelaran ni akhirnya Sultan Iltutmish rebah akibat banyak kecederaan di tubuh badan beliau menyebabkan Sultan Iltutmish koma dan menjadi lumpuh selama beberapa bulan.

Scene lepas si Razia berjaya menamatkan riwayat hidup iblis tu sebab iblis tu dah bunuh mak dan abang Razia.Kau mampu berdiri di tengah-tengah dengan mayat bergelimpangan tu macam Razia?Mampu??

Ni Fatimah kawan baik Razia.Fatimah ni mula jatuh cinta dekat abang si Razia ni dan abang si Razia ni pun dah jatuh cinta lah dengan Fatimah.Tapi abang si Razia dibunuh oleh iblis tu tak sempat lah si Fatimah ni nak kenal-kenal dengan abang si Razia ni.Darah tu darah si Nasir sebab masa tu Nasir lah yang menyelamatkan Fatimah time si Fatimah kena kepung.Tiba-tiba datang pulak iblis tu pi jahanam kan hidup si Naisr.

Itulah rupa iblis yang aku maksudkan tu yang dah bunuh abang dan mak si Razia.Korang tengok macam iblis kah muka dia dalam drama tu?:P..

Selama pemerintahan Rukhn-Ud-Din di istana tu,jadi huru hara semuanya sampai istana tu pun aku tengok tunggang langgang jak bila si Rukhn-Ud-Din yang memerintah Delhi masa tu sebab Rukhnuddin sudah pun menyalahgunakan kuasa yang dia ada.Razia pon ndak dapat buat apa-apa sebab masa tu pemerintahan berada di pihak Shah Turkan dengan anak dia.

Semasa majlis perkahwinan Sultan Yildoz dan Razia,Malik Altunia datang bersama orang upahan Sultan Yildoz semasa peperangan berlaku dan sebelum mati,orang upahan Sultan Yildoz tu sempat juga dia bagitau siapa dalang di sebalik peperangan tu.Lepas tu Sultan Yildoz pi bunuh pulak orang upahan dia.Lepas kejadian tu,Malik Altunia pulak pi serang Sultan Yildoz dan akhirnya Sultan Yildoz pun mangkat.Berita kemangkatan Sultan Yildoz tersebar dengan cepat ke anak nya dan dalam pada waktu yang sama Malik Altunia hampir di hukum bunuh sebab membunuh Sultan Yildoz tapi keajaiban berlaku di mana Sultan Iltutmish kembali pulih dan segera menyelamatkan Malik Altunia.Selesai lah sudah hal kemangkatan Sultan Yildoz.

Sultan Iltutmish

Shah Turkan dan Rukhnuddin amat terkejut bila Sultan Iltutmish sudah pulih.Kehidupan mereka kembali menjadi huru hara macam otak dorang juga..Haha..Nasib juga hati Sultan Iltutmish ni mulia sangat ya bila beliau tahu apa yang dilakukan oleh Shah Turkan dengan anaknya semesa mereka memerintah Delhi.Kalau lah Sultan Iltutmish seorang yang garang + panas baran dah lama dah Shah Turkan sama anak dia tu mati dipancung kepala dorang..Kahkahkah.

Sultan Iltutmish rupanya hidupnya ndak akan lama bila dia dapat tahu bahawa kesan luka lama nya masih berbisa telah membuat keputusan muktamad iaitu ingin menjadi Razia sebagai sultan Delhi bila Sultan Iltutmish sudah tiada.Sultan Iltutmish juga pernah cakap dengan Malik Altunia macam ni bunyi nya :

"Saya ini macam mayat hidup.Baru sahaja sembuh dari koma datang pula penyakit lain"

Sultan Iltutmish telah menjemput tiga orang adik beradik tiri Razia untuk bertandang ke istana sempana apa tuh aku pun lupa dah.Dan tidak lama kemudian ibu kepada Malik Altunia pun muncul dan semasa majlis perkahwinan Razia dan Malik Altunia,ibu si Malik Altunia dibunuh oleh si Yakut atas rancangan Shah Turkan.Bertambah lah lagi konflik.

Sultan Iltutmish juga sudah merestui hubungan Razia dengan Malik Altunia untuk berkhawin.Semasa majlis menaiki takhta untuk si Razia berita buruk datang secara mengejut iaitu Sultan Iltutmish telah mangkat akibat diracun oleh Rukhnuddin yang pada masa itu sudah gila kuasa untuk menjadi sultan Delhi.Semasa majlis pengebumian Sultan Iltutmish pengumuman juga sudah dibuat bahawa Rukhnuddin akan jadi Sultan Delhi.

Malik Altunia tiba-tiba berubah fikiran untuk membalas dendam sama si Razia dek kerana termakan hasutan Shah Turkan.*Perghhh...Power betul ayat Shah Turkan ni.Macam-macam perkara yang sudah dibuat oleh Malik Altunia terhadap Razia supaya Razia hidup menderita.Muncul pula Yakut yang dibawa sendiri oleh si Razia untuk menghancurkan lagi hubungan Razia dan Malik Altunia.

Semasa Rukhnuddin berada di majlis pewarisan takhta,muncul Razai bersama ahli keluarga nya yang dikurung di tingkat bawah tanah untuk menghalang majlis tersebut dan rancangan tersebut berjaya menghalang Rukhnuddin untuk menjadi pewarisan takhta sultan delhi dan akhirnya impian Sultan Iltutmish berjaya dipenuhi sebab Razia sudah pun menjadi sultan delhi.Shah Turkan dan Rukhnuddin mati ditangan Razia sebab hasrat si Razia untuk balas dendam diatas kematian ahli keluarga nya tercapai.Dalam diam,Muizuddin pulak tetiba pi masuk campur hal istana.Dia pun nak jadi sultan juga.Masa si Muizuddin lari tu aku ingatkan dia lari sebab takut kena bunuh rupanya lari pi cari orang untuk bunuh si Razia dengan Malik Altunia.Dan Akhirnya Razia dan Malik Altunia pun dibunuh konon si Muizuddin pi racun dorang dan si Muizuddin tu lah jadi Sultan.Tamat dah cerita Razia Sultan.

Korang macam mana?Apa pula pendapat korang pasal cerita Razia Sultan ni?

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.


7 comments:

  1. drama hindi razia sultan ni mmg best..seronok ditonton tpi kenapalah diorang ganti razia sultan dengan sinetron indon pulak kan, patutnya tyg drama hindi yang baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu..patutnya drama hindi lah ditayangkan skarang ni..

      Delete
  2. Mai memang minat hindi, tapi tak minat yang bercirikan sejarah macam ni, haha. Mengantuk nanti.

    Tak pernah tengok lagi Razia Sultan ni, walaupun ramai cakap best, tak rasa nak tengok lagi,hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa..rugi tak tengpk..best cerita nya..

      Delete
  3. Tak sangka ada yang tengok cerita ni. huaaaaa syed tak minat la sebab boring. cerita dia macam sejarah2 macamtu tak boleh masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tak memboring kan pun tengok cerita dia..

      Delete

Assalamualaikum...
Bah...Rajin - rajin kamu komen sini..