Ketiadaan Elektrik

18 July 2017/Selasa

Assalamualaikum

Masa aku baru pulang dari hospital,aku hairan kenapa kawasan yang selalu aku lalui dalam keadaan gelap gelita.Eh,elektrik tiada kah?Dan bila aku dah sampai di kawasan rumah sewa aku nah....sah lah tu elektrik tiada.

Aku baru jak buka pintu bilik aku tiba-tiba pintu jiran bilik sebelah aku tiba-tiba buka pintu.Terkejut jugak lah aku.Aku ingat kan aku sorang jak yang ada di rumah sewa aku tapi jiran bilik sebelah aku pun ada jugak masa tu.Dia balik awal rupanya.Syukurlah..Ada jugak kawan aku masa tu.Kalau tiada bergelapan sendirian lah aku..Cewahh..Kata si kawan dia takut sorang-sorang dalam bilik dalam keadaan gelap so aku kasih kawan lah dia sampai ada karan.Mula-mula tu kami cerita-cerita di koridor lepas tu tak lama kemudian aku bawa dia masuk dalam bilik aku sambung gosip..Jiran bilik sebelah aku ni perempuan tau.Orang Tenom.Nama dia aku lupa tanya.Bagus kan!Cun-cun masa tu jenguk kat luar jendela tiba-tiba ada elektrik.Yesss!!Dan jiran sebelah bilik aku tu pun balik lah pi bilik dia.Hoho.Nasib jugak ar ndak berapa lama elektrik mati.

Itu jak lah cerita aku.:)..

Terima kasih sudi baca entri ini.

Selamat Hari Raya

16 July 2017/Ahad

Assalamualaikum

Sebelum berakhirnya bulan 7 dan sebelum bulan syawal habis,ada baiknya aku cepat-cepat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin k..:)..

Berlalu lah sudah ramadhan
Sebulan berpuasa
Tiba masa kita rayakan 
Dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan
Semua nya pulang kedesa
Cuti raya aku kali ini
Cuma sampai raya keempat sahaja....~~

*Selain daripada tengok bulan dan kiraan kalender,satu lagi cara nak tau esok raya adalah korang dah start jadi syaitan balik..Haha..Selamat Hari Raya...:)...

Raya kedua at Kuala Penyu...

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com

09 July 2017/Ahad

Assalamualaikum


DUE DATE : 09 JULY 2017 - 19 JULY 2017

AIDILFITRI GIVEAWAY BY FAYE AND FRIENDS

09 July 2017/Ahad

Assalamualaikum


DUE DATE : 03 JULY 2017 - 03 OGOS 2017

Kehidupan Aku Setelah Bekerja

09 July 2017/Ahad

Assalamualaikum

Semenjak bekerja,aku kehilangan berat badan.Aku kenal sangat dengan ciri-ciri yang ada dalam tubuh badan aku sendiri.Badan aku ni jenis yang cepat kurus bila aku banyak berjalan.Sebab tu bila aku pualng ke kampung halaman aku ketika waktu cuti,aku akan pulang dengan senyuman yang paling manis sebab boleh dikatakan juga lah ramai family and kawan-kawan aku puji aku yang aku dah kurus..Ahahaha..

Kehidupan aku sekarang tidak macam dulu lagi.Tiap kali tidur malam jantung aku sentiasa berdebar-debar sebab takut terbangun lambat.Kejap-kejap terjaga.Walhal semua gadjet yang ada sudah aku set kan alarm nya.Aku juga tidak boleh jatuh sakit kerana makmal aku akan kekurangan staff.Bila dalam makmal kekurangan staff,bebanan kerja akan melampui batas.Setiap hari aku minum milo dan mineral agar tekak ku tidak kekeringan air.Pagi pergi kerja,tengah hari pulang sekejap untuk menjamah makanan tengah hari dan petang baru balik kerja dan malam tidur.Kadang-kadang kalau OVERTIME pun paling lewat aku balik jam 06 petang.Tiada kawan,tiada family dan tahu-tahu sudah dapat gaji.

Adakah ini dipanggil fasa perubahan kehidupan?

Zaman ketika jadi penanam anggur paling setia suatu ketika dahuli..Pic taken in Wilayah Persekutuan Labuan (2016)

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

GIVEAWAY NURUL & FRIENDS

09 July 2017/Ahad

Assalamualaikum


DUE DATE : 03 JULY 2017 - 31 JULY 2017

Saya Nak Duit Raya by Opzzpinky

09 July 2017/Ahad

Assalamualaikum


DUE DATE : 09 JULY 2017 - 22 JULY 2017